Rabu, 31 Oktober 2012

N3 Pengajaran ~Susu Masam Keluar Dari Mulut Gadis Tanpa Henti~



Sejak dari kita lahir lagi, kita telah dididik dan diajar supaya sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Terutamanya ibu dan bapa. Bagi seorang ibu, jika anaknya derhaka kepadanya maka jika dia berdoa maka Allah SWT akan membalasnya sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Kisah ini menceritakan tentang seorang gadis yang cuba menderhaka kepada ibunya dengan mengeluarkan kata-kata kesat, akhirnya dirinya jatuh sakit. Ikuti kisah di bawah ini.

“Kalau betul engkau anak kandung aku, minum susu dari badan aku…aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau!” Itulah kata-kata sumpahan yang ditujukan ibu kepada saya. Sejak hari itulah saya jatuh sakit. Susu sentiasa meleleh dari mulut saya tanpa henti. Tubuh saya yang dahulunya agak comel jadi kurus melidi tak ubah seperti mayat hidup. Saya terbaring dan menyesali perbuatan lampau saya terhadap ibu.

Tetapi sejahat mana pun seorang anak, ibu tetap mengambil berat sewaktu saya terlantar. Ibu juga risau melihat keadaan saya, hari demi hari semakin teruk. Ibu serba salah dan tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk membantu saya. Ibu juga memberitahu saya, menyesal menyumpah saya. Ibu tidak menyangka begitu kuat sumpahan seorang ibu.

Waktu itu hanya tuhan yang tahu betapa seksanya termakan sumpah seorang ibu. Sebulan saya merana kerana sakit. Sebulan itu juga saya tidak makan nasi.

Saya langsung tidak ada selera untuk makan nasi. Biarlah saya lapar begini daripada merana seperti ini. Setiap saat, susu sentiasa mengalir dari mulut saya tanpa mengira masa…

Saya masih ingat , kejadian itu berlaku ketika tiga orang rakan saya datang ke rumah. Sambil berborak, ibu bertanya kepada mereka. “Kamu ni kerja apa?” Tanya ibu kepada rakan-rakan saya.

“Kami semua kerja kilang kat hujung kampung ni mak cik,’ jawab tiga rakan saya. Ibu terdiam lalu pergi keruang tamu dan duduk di kerusi. Saya buat tidak kisah dengan fiil ibu dan terus ke dapur membuat air untuk di hidang. Waktu itu saya masih ingat saya buat air Milo panas.

Sebaik siap , saya bawa air di dalam teko itu keruang tamu. Tapi, belum sempat meletakkannya di atas meja, ibu terus mengherdik saya.

“Kalau hari-hari engkau hidang air bagi orang makan percuma larilah perbelanjaan kita! Dah, hentikan. Simpan balik air tu!” herdik ibu kepada saya.

Saya merasa malu. Kawan saya semua terdiam kerana merasa terkejut dengan sikap ibu. Saya beritahu ibu supaya jangan berbuat begitu di depan kawan-kawan. Malu!

Sepatutnya ibu harus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya di beri rezeki melimpah-ruah dan kami sekeluarga tidak lagi perlu kais pagi makan pagi.

Saya tidak setuju dengan perangai ibu menghina orang miskin. Sebaliknya rakan-rakan yang setaraf atau lebih kaya dari kami dilayannya seperti raja. Mereka diajak datang kerumah dan dihidangkan dengan pelbagai makanan sedap-sedap. Saya betul-betul malu dan terkilan dengan sikap buruk ibu.

Saya ingatkan ibu, dulunya kami sekeluarga pun susah seperti mereka juga. Setelah hidup senang, kita herdik-herdik mereka. Apa perasaan mereka apabila ibu buat begitu?

“Ah! Kau apa tau? Bukan kau yang cari duit ! Aku ni yang susah payah cari duit siang malam, kau senang-senang saja nak menghabiskan!” tambah ibu lagi.

Ketika itu saya seperti orang hilang akal. Saya tidak dapat terima cara ibu memarahi saya di depan kawan-kawan. Tidak semena-mena tangan saya yang sedang memegang teko air Milo panas dihayun lalu tersimbah ke muka ibu.

Ibu melolong-lolong menjerit kesakitan terkena simbahan air Milo panas. Saya mula menyinga. Kawan-kawan terkejut dengan tindakan saya dan cuba menenangkan saya. Tetapi ketika itu saya bagai dirasuk syaitan. Tanpa sedar, saya terus berlari ke dapur mengambil sebilah pisau pemotong sayur.

Sekali lagi kawan dan ayah saya menahan perbuatan saya. Mereka memegang saya dengan sekuat hati. Ibu berlari dan keluar ke pintu depan rumah takut ditetak pisau di tangan saya. Ibu berdiri tercegat di situ. Saya pula terjerit-jerit seperti terkena hysteria.

Disinilah bermulanya episod duka dalam sejarah hidup saya apabila ayat ini terpancul dari mulut ibu.

“Kalau engkau betul anak kandung aku, minum susu dari badan aku, aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau!”

Selepas keadaan reda sedikit, rakan-rakan balik rumah. Tiga hari selepas kejadian itu, saya terus jatuh sakit. Saya di serang demam teruk. Ayah bersusah payah menjaga saya. Ibu hanya buat-buat tidak tahu sahaja. Mungkin ibu masih lagi geram dan marah dengan tindakan saya. Ketika itulah berlaku satu kejadian pelik yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini.

Tiba-tiba air susu berwarna putih dan berbau busuk mula meleleh dari mulut saya tanpa henti. Air susu masam itu jatuh membasahi dagu saya setiap detik tanpa henti.

Ayah juga merasa hairan melihat susu aneh tiba-tiba meleleh dari mulut saya. Setiap kali dikesat, air susu itu meleleh lagi tanpa henti. Ibu pula masih tidak endahkan saya.

Keesokan harinya saya masih lagi demam dan susu masih lagi mengalir. Kali ini lebih teruk. Ayah membawa saya ke sebuah klinik.

Anehnya selepas diperiksa, doktor juga mengatakan hairan, mengapa susu masam itu meleleh dari mulut saya. Doktor pun tidak dapat menjelaskan punca dan sebab saya mengalami penyakit aneh ini. Doktor juga mengatakan tiada ubat untuk merawat penyakit yang saya alami ini.

Ayah bawa pula saya ke hospital besar di Bandar. Keputusannya tetap sama juga apabila doktor tidak dapat mengenal pasti punca penyakit saya. Jadi saya dibawa pulang semula dan terbaring siang malam. Selama sebulan saya terlantar ibu mulai risau dengan keadaan saya yang semakin kurus ini. Ibu beberapa kali meminta maaf kepada saya kerana tidak menyangka kata-kata yang dilafazkannya betul-betul menjadi kenyataan.

Akhirnya ibu sendiri pergi berjumpa dengan seorang ustaz di kampong saya. Ustaz ini memang dikenali ramai kerana kealiman dan kehebatan ilmunya. Ibu membawa ustaz ini berjumpa saya di rumah. Apabila ustaz melihat keadaan saya, beliau terus menggeleng-gelengkan kepala.

“Ada tak apa-apa yang ibu kamu buat sebelum terkena penyakit ini?” Tanya ustaz itu. Ayah lalu menceritakan tentang perbuatan saya menyimbah air panas ke muka ibu. Selepas itu, ibu terus mengeluarkan kata-kata sumpahan tentang air susu yang pernah di minum ketika saya masih bayi.

Sekali lagi ustaz itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Ustaz itu dalam nada perlahan memberitahu saya terkena sumpahan ibu. Ustaz itu lalu mengajak ibu dan ayah saya ke dapur.

Ustaz itu menerangkan penyakit saya tidak ada ubatnya kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu. Ustaz itu menyuruh ibu membasah kedua-dua tangannya di dalam baldi diikuti kedua-dua belah kakinya seperti orang mengambil wuduk.

Ustaz itu menerangkan penyakit saya tidak ada ubatnya kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu.

Setelah selesai, ustaz itu menyuruh ibu meludah di dalam baldi itu sebanyak tiga kali. Kemudiannya air ludah di dalam baldi itu disimpan di dalam sebuah bekas khas. Utaz itu berpesan kepada ibu supaya memberi air ludah itu untuk diminum oleh saya dan selebihnya disapu di ubun-ubun kepala saya sehingga habis.

Selepas ibu memberi minum dan menyapu air ludah itu di kepala, pada masa itu juga saya terus merasa lapar dan meminta nasi untuk dimakan. Selera saya yang tersekat selama sebulan lebih datang kembali. Mujarab sungguh cara rawatan ustaz ini. Serta merta air susu masam yang meleleh sejak sebulan lalu berhenti mengalir.

Saya mencium kaki ibu. Saya menangis. Saya menyesal berdosa kepada ibu. Ibu memberitahu sejak kejadian, ibu telah memafkan perbuatan saya. Ibu memeluk saya dan kami bertangis-tangisan di depan ustaz. Ustaz itu membacakan doa dan menasihati ibu supaya tidak mengeluarkan kata-kata sumpahan terhadap anak. Ustaz itu mengingatkan bahawa sumpahan seorang ibu amat ampuh dan berkesan terhadap seorang anak. Akibatnya sangat buruk dan tiada penawarnya kecuali anak itu diberi ampun selain meminum air kaki dan tangan ibunya dengan ikhlas dan redha.

Sejak hari itu, saya tidak lagi meninggikan suara kepada ibu. Ibu juga sedar kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Yang paling penting, ibu tidak lagi sesombong dahulu! Ibu juga tidak kedekut dan suka menghina orang susah.

Saya ingin berpesan kepada pembaca, jangan sesekali bertindak biadab terhadap ibu biar sejahat mana sekalipun ibu kita. Saya sudah merasai betapa sengsara, merana dan terasa ajal hendak tercabut akibat disumpah ibu. Ingat, sumpahan seorang ibu itu adalah benar kerana ianya telah benar-benar menimpa keatas diri saya sendiri.

‘Saya’ dalam artikel ini adalah Roseyatimah bt Ahmad, berasal dari Sabah. Kejadian berlaku ketika beliau berusia di awal remaja. Kini beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Walaupun berjauhan, Rose tetap sayang dan menghormati ibunya.

Selasa, 30 Oktober 2012

N3 Gempak ~Pakai Barang Kemas RM800,000.00! HEBAT~


kalau nak kahwin kena pakai barang kemas banyak2!!!  
Aku dulu nikah pun tak la pakai banyak sangat. setakat rantai tangan besaq urat rambut dengan cincin tunang.
Tak macam orang dolu dolu...nak nikah ja..pinjam merata...nak tunjuk kata raja sehari la kononnya...
tapi la..takdak pa aih....pakai silver pun orang cakap mas putih...yer tak!!

benda ni jadi kat china...mak dia ambik masa 1 jam gak la nak siap pengantin nih!!! 
nampak macam kedai barang kemas pun ada dah...

lagi gambaq kat bawah!!!







Rabu, 17 Oktober 2012

N3 Kahwin ~ Lee Chong Wei Nak Kahwin~


Kenal tak mamat kat atas tu?? 
Sapa tak kenal memang layak dapat tulah lah!!!
ekekeke
Tengok kat Encik Yahoo tadi, dia dah nak kahwin dah...
bila tu??
10 November 2012
nasib baik tak sama dengan aku punya anniversary. 
2 hari lepas tu...12.11
pasangannya mestilah pemain badminton wanita no 1 negara jugak
WONG MEW CHOO
11 tahun dia tunggu tau...memang berbaloi-baloi hehehehe

korang baca ler kat sini yer...aku dah taktau nak merapu dah!



comel kan....sweetnyer macam ABC (erk!!)

Selasa, 16 Oktober 2012

N3 Sentap~Komen Jika Nampak 2 Posisi~

cer komen jika nampak pemuda ini dalam kedudukan 2 posisi!!

N3 Gosip ~Neelofa dengan SIAPA itu??


Nampak macam mesra gitu...
aku pun ambik kat http://www.rileksantai.com
betul ke salah ke...sorry ek!!!

Tapi aku tak nafikan, nampak mesra gitu...ala manja2 cheq........
huhuhuhu

Depa cakap like Mr. H...yes or not..i realyy dont know...
we wait n see.....

Isnin, 15 Oktober 2012

N3 Agama ~Cara Tidur Yang Betul. Bagus nih!!~


(SUNNAH RASULULLAH SEBELUM TIDUR)



1. Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.

2. Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.

3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?

Subahanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali

4. Membaca 4 Qul lalu meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia

5. Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajud. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajud sepanjang malam. Solat tahajud adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang

6. Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat

7. Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita

8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

PERINGATAN:

Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain. :)

Ahad, 14 Oktober 2012

N3 Agama ~Isteri Bekerja, Suami Tak Beri Nafkah! Bolehkah??~

Suami tak beri nafkah



WAJARKAH seorang suami tidak memberi nafkah kepada isterinya dengan alasan isteri bekerja?
Sudahlah dia tidak memberi nafkah, malah menyuruh saya membayar sewa rumah dan mengeluarkan belanja membeli barangan dapur setiap bulan. 
Dia seolah-olah belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami. Saya sangat terkejut dengan perubahan suami. Sepanjang kami berkawan sehingga masuk sembilan bulan berkahwin, suami tidak pernah jujur terhadap saya.

Saya dan keluarga sangat terkilan dengan keadaan sekarang kerana suami seolah-olah melepaskan tanggungjawab kepada saya untuk menguruskan hal perbelanjaan rumah tangga.

Setiap kali meminta belanja, suami akan memberitahu tiada wang. Tetapi apabila masa gaji bulanan saya masuk ke akaun, suami minta dibelanja sedangkan apabila berkaitan wang, suami terlalu berkira.

Apabila saya meminta nafkah, kami bergaduh dan dia beri pelbagai alasan. Ketika bujang, suami memang tidak pernah keluarkan duit belanja kepada keluarga.

Dia anak sulung dalam keluarga. Saya cuma inginkan hak saya dan mohon Dr beri penjelasan dan nasihat yang sewajarnya.

FATONAH,
Pulau Pinang

PERKARA di atas tidak wajar berlaku. Islam sudah menetapkan kewajipan suami menyediakan nafkah kepada isteri dan anak dalam bentuk makanan dan minuman, tempat kediaman, pakaian dan perubatan.

Pengecualian hanya kepada isteri nusyuz atau anak sudah baligh dan mampu bekerja. Bagaimanapun, dalam menentukan kadar nafkah, ia bergantung kepada kemampuan suami.

Islam menyuruh suami bekerja untuk menanggung isteri ketika tempoh perkahwinan.
Isteri pula tidak wajib bekerja. Seorang isteri hanya bertanggungjawab mengurus keluarga, mendidik anak dan melayan suami.

Apabila ingin bekerja, isteri perlu mendapat keizinan suami dan pekerjaan mestilah yang baik, halal dan sesuai dengan ciri wanita dan taraf pendidikannya.

Isteri pula perlu bersungguh-sungguh mematuhi hukum Islam ketika di luar rumah dan waktu bekerja. Selain itu, suami tidak boleh menyekat isteri bekerja apabila sudah ditetapkan kerja sebagai syarat ketika pernikahan.

Bagaimanapun, suami boleh meminta isteri berhenti bekerja untuk kepentingan keluarga dan anak walaupun ada syarat bekerja sebelum ini. Islam juga tidak membenarkan suami mensyaratkan isteri berkongsi pendapatannya dengan suami apabila bekerja.

Islam membenarkan adanya persefahaman antara suami isteri dalam berkongsi hasil pendapatan dan pengurusan kewangan antara kedua-dua mereka.

Ia dibuat tanpa paksaan dan kerelaan isteri. (Lihat perbincangan, ‘Wajibkah Memberikan Nafkah Jika Isteri Bekerja?’ dan petikan Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 di Dubai pada 9-14 April 2005 http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12243.0).

Dengan kata lain, suami tidak boleh lepas tangan dalam memberi nafkah kepada isteri dengan alasan isteri bekerja. Memberi nafkah tetap menjadi tanggungjawab suami.

Mana-mana isteri yang tidak berpuas hati dengan pengabaian nafkah bolehlah melaporkan aduan kepada pihak berkuasa agama untuk penyelesaian.

Harian Metro, 2012/10/11
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Khamis, 11 Oktober 2012

N3 Blog Walking ~Sape Nak Tambah Follower by Leyla ~


harini aku tak berapa banyak kerja..
kerja ikut suka aku ja
atau aku ikut suka kerja ja...
erk..boleh kew....
hamtan sajala...

so bila dah free, aku pun blogwalking..
memula masuk kat page mama lynn 
terus jumpak n3 ni..aku pun nak try jugak la...kot2 la muleh banyak follower...

3 perkara atau komen saya bagi blog aswaleyla 

bagi saya blog ni nice...damai saja hati bile tengok page nih!
dengan warna pink, memang diakui pemiliknya seorang yang gegirl..
and almost nampak macam 'giler-giler'  and cute gitu2....;-)
tapi sory to say ler...daun yang jatuh berguguran tu macam mengganggu ler..nampak macam semak, 
tapi bukan semak...ntahla...tapi macam ganggu saja..



Khamis, 4 Oktober 2012

N3 Agama ~Subuh 'Gajah'~


SAYA kerap berjaga malam untuk mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan. Ia menyebabkan saya sukar bangun dan menunaikan solat Subuh esok hari.
Saya juga ada rakan yang mempunyai masalah sama, tetapi mereka dapat menunaikan solat Subuh sebaik saja terjaga daripada tidur walaupun matahari sudah terbit. 
Saya keliru adakah itu dibenarkan dalam Islam memandangkan terdapat waktu dilarang menunaikan solat termasuklah waktu selepas terbit matahari.

Mohon penjelasan Dr.

KELIRU, Sabah


SEBENARNYA Allah SWT menjadikan malam untuk berehat dan tidur bagi mengembali tenaga kita. Dengan adanya kerehatan tubuh menjadi sihat.

Apabila peraturan dan ketetapan Allah diubah, tentu ada akibatnya tersendiri. Itu sebenarnya yang berlaku kepada anak muda sekarang termasuk diri anda yang berjaga malam dan tidur siang.

Mungkin tidak cukup tidur apabila banyak pekerjaan perlu dibuat pada siang hari. Ini akan merosakkan kesihatan, pembelajaran dan pekerjaan anda nanti.

Sebenarnya, Allah sudah mengatur solat fardu supaya dapat menjaga jadual hidup kita sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di muka bumi. Apabila kita lalai dalam menjadi hamba tentu ada akibat tertentu.

Mengenai solat Subuh yang dilaksanakan selepas waktu atau terbit matahari, terdapat beberapa pandangan, antaranya ia dibolehkan bagi melaksanakan kewajipan solat fardu itu.

Lebih-lebih lagi, apabila kita tertidur dan bukannya kerana saja malas bangun. Ketika terjaga, kita hendaklah segera melakukannya tanpa berlengah-lengah lagi. Dengan itu, dosa meninggalkan solat Subuh tidak terkena.

Bagaimanapun, amalan berjaga malam sehingga tidak dapat menunaikan solat Subuh dalam waktunya berdosa dan tidak sepatutnya diteruskan.

Solat Subuh itu wajib diqadak dan jangan diulang-ulang kesalahan berkenaan. Ubah tabiat tidur dan elak mengamalkan berjaga malam kerana ia tidak baik untuk kesihatan selain melalai menunaikan solat Subuh.

Allah berfirman mengenai ciri orang mukmin yang mendapat ganjaran syurga: “Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Quran, Surah al-Mukminun (23): 9-11).