Rabu, 10 April 2013

Sapa suka makan telur???........

Telur?
Telur mata
Telur Dadar
Telur Rebus....
Ingat tak dulu kita pergi kenduri kahwin mesti dapat bunga telur kan...
sekarang ni takdak dah..
asyik2 sumi, gula2...
yang paling hampeh, dapat bekas telur jerla...
dulu selalu berebut telur dengan adik2....
tapi selalunya aku saja yang dapat telur merah huhuhu...
kentut busuk..
ceh.....

tapi korang tahu tak, kadang2 telur ni ada yang lama dan ada yang baru...
boleh ke macam tu..?
boleh.....
jangka hayat telur ni bermula dari keluarnya dari tuttttttt ayam tersebut..
oleh itu, adala telur yang lama dan yang baru..

cer tengok pic di bawah...
hopefuly dapatla kita pilih telur lepas nih....

p/s: jangan plak kita buat semasa beli telur di kedai yer...


Gambar Lama di Hard Rock Hotel, Penang - Dec 2012

Rasanya dah banyak kali n3 ni tertangguh..
bila line tenet dok slow jer...so niat nak meng-n3 pun jadi slow jugakla...
pic ni masa sebelum diner  tahun lepas...
apa yang boleh ckap, bila kat sini...that place are beautiful and more expensive...
tak tahula bila boleh dok bilik macam ni...
sedikit sebanyak pic yang sempat ambil masa kat sana..

swimming pool yang bersih dan cantik..
nasib bek tak terjun jerk..



u see..bangun jer tido boleh terjun terus masuk kolam...

best kan.........

hahaha..kat dalam bilik seminar..sajer jer..ngetest jadi mc jap

kat dalam cafe..bar nih..tapi tak minum pun...
sempat jeling air tuttttt kat tempat tu jerk...
nak tengok pekerja melayu ke cina..
nasib bek cina...

ada band malam nih..tapi omg dia punya set makan, walawei..fengsan loi


 sopan gitu walaupun tengah panas

 xcerly this time nak masuk dalam, my pren sibuk jer nak snap pic...jadi model buka pintu jap huhuhu


ni dinner malam...4 tunggak yang menjayakan dinner MACE Instrumentation Sdn Bhd,
1 Malaysia sungguh..
Yang lelaki tu, we all punya tokey...sporting habis...
thanks Jolim, Ai Fen & Visi for xciting experience...

5 Panduan Untuk Makanan Yang Selamat - Rasanya semua orang dah tahu kot....


Selasa, 9 April 2013

7-eleven Malaysia vs 7-eleven Di Dunia --Tahukah Anda??




7-ELEVEN MALAYSIA

  • 7-Eleven pertama di Malaysia dibuka pada 9 Oktober 1984 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan masih beroperasi sehingga kini.
  • “Cawan Lutsinar” untuk Slurpee diperkenalkan pada 21 Januari 2008 supaya pelanggan dapat membuat campuran mereka sendiri dari perisa yang ditawarkan.
  • >8oz. Cawan kecil slurpee pertama diperkenalkan pada 10 November 2008 untuk waktu yang tertentu.
  • 7-Eleven menggunakan beg plastik yang mesra alam.
  • 7-Eleven Malaysia meraikan ulang tahun 25 nya pada on 6 April 2009, ia juga bersempena pembukaan kedainya yang ke seribu 1,000 di Bandar Sunway.
  • Di Malaysia, hari 7-Eleven diadakan pada 7 November (7/11) yang mana Julai 11 juga adalah hari kelahiran rasmi 7-Eleven.


7 ELEVEN DI SELURUH DUNIA

  • 7-Eleven, Inc. Merupakan kedai serbaneka terbesar dunia dengan mempunyai 39,400 kedainya di 16 negara, sebanyak 8,300 kedai di Amerika utara sahaja, dan mempunyai cawangan terbanyak di luar dari tempat ditubuhkan mengatasi mana-mana cawangan kedai-kedai lain termasuk cawangan makanan ringan seperti KFC atau McDONALD.
  • 7-Eleven menambah satu lagi kedainya di seluruh dunia setiam 6 ½ jam.
  • 7-Eleven adalah yang pertama … beroperasi 24 jam sehari … menjual kopi dengan bancuhan sendiri … menjual minuman bergas dengan pelanggan menuangnya sendiri … dan menjual minuman bergas bersaiz besar.
  • 7-Eleven kedai yang pertama mengiklankan kedainya di televisyen..
  • 7-Eleven adalah kedai serbaneka pertama yang memberi pelanggannya “kebebasan untuk memilih” dengan menawarkan pelbagai jenama minuman bergas yang terkenal di mesin airnya.
  • 7-Eleven adalah kedai serbaneka pertama yang menjual top up.
  • Slurpee® terjual paling banyak di Winnipeg, Manitoba, di Canada, diikuti dengan Detroit, Mich. Tetapi kedai yang paling banyak menjual slurpee terletak di Kennewick, Washington.
  • Pelanggan 7-Eleven di seluruh dunia menghirup 13 juta Slurpee® setiap bulan. Sejak diperkenalkan pada 1966, hampir 6.5 bilion Slurpee telah dijual, hampir mencukupi untuk membekalkan slurpee kepada setiap manusia di muka bumi ini.
  • 7-Eleven menjual 60 juta donat dan pastri setiap tahun – sebagai purata, setiap minit, 7-Eleven menjual 275 ‘fresh bakery’.
  • Jika disusun makanan ‘fresh bakery’ yang dibuat untuk 7-Eleven setiap tahun, ia akan memanjang sehingga 6,000 batu.
  • 7-Eleven menggunakan 365,000 paun gula setiap bulan untuk membuat donut dan pastri lain.
  • Hampir satu pertiga dari 6 juta manusia yang singgah di 7 eleven di Amerika setiap hari hanya untuk membeli makanan ringan.
  • 7-Eleven adalah destinasi terkenal untuk membeli minuman di Amerika. Lebih dari separuh pengguna di sana membeli minuman tanpa alkohol disitu.
  • Dianggarkan sebanyak 25 peratus dari penduduk Amerika tinggal kurang dari satu batu dari kedai 7-Eleven.
  • 7-Eleven menjual lebih banyak kopi segera dari barangan lain –1 juta cawan setiap hari. Ianya lebih dari 10,000 teko kopi dalam setiap jam, setiap sehari, setahun. 7-Eleven boleh menyediakan kopi untuk penduduk kelahirannya di Dallas setiap hari
  • 7-Eleven menjual lebih kurang 100 ‘hot dog’ setiap tahun, ianya lebih banyak dari mana-mana kedai di Amerika,
  • Apabila Big Gulp 32-auns diperkenalkan pada 1980, ianya adalah minuman ringan terbesar didunia. 8 tahun kemudian, 7-Eleven memperkenalkan pula 64-auns Double Gulp, ianya masih lagi memegang rekod sebagai minuman ringan terbesar di dalam pasaran.
  • 7-Eleven menjual hampir 38 juta gelen minuman ringan setahun – cukup untuk memenuhkan 51 kolam renang bersaiz olimpik.
  • 7-Eleven menjual 41 juta gelen susu setiap tahun–mencukupi untuk menuang dua gelas susu untuk semua kanak-kanak, lelaki dan perempuan di Amerika.
  • 7-Eleven menjual lebih 2,300 sandwich setiap jam.
  • Jika semua kad prabayar yang dijual 7-Eleven disusun, ia mencukupi untuk membuat 30 padang bolasepak.
  • Jika semua minuman ringan yang dijual di 7-Eleven dalam setahun, ianya mencukupi untuk memenuhi Typhoon Lagoon di Walt Disney World sebanyak dua kali.
  • 7-Eleven mempunyai rangkaian terbesar ATM dari mana-mana kedai lain di Amerika.
  • Jualan murah terbesar di 7 Eleven adalah pada hari Krismas.


Air Mineral - Tahukah Anda Perbezaan Dengan Air Minuman BIasa??