Selasa, 9 April 2013

7-eleven Malaysia vs 7-eleven Di Dunia --Tahukah Anda??




7-ELEVEN MALAYSIA

  • 7-Eleven pertama di Malaysia dibuka pada 9 Oktober 1984 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan masih beroperasi sehingga kini.
  • “Cawan Lutsinar” untuk Slurpee diperkenalkan pada 21 Januari 2008 supaya pelanggan dapat membuat campuran mereka sendiri dari perisa yang ditawarkan.
  • >8oz. Cawan kecil slurpee pertama diperkenalkan pada 10 November 2008 untuk waktu yang tertentu.
  • 7-Eleven menggunakan beg plastik yang mesra alam.
  • 7-Eleven Malaysia meraikan ulang tahun 25 nya pada on 6 April 2009, ia juga bersempena pembukaan kedainya yang ke seribu 1,000 di Bandar Sunway.
  • Di Malaysia, hari 7-Eleven diadakan pada 7 November (7/11) yang mana Julai 11 juga adalah hari kelahiran rasmi 7-Eleven.


7 ELEVEN DI SELURUH DUNIA

  • 7-Eleven, Inc. Merupakan kedai serbaneka terbesar dunia dengan mempunyai 39,400 kedainya di 16 negara, sebanyak 8,300 kedai di Amerika utara sahaja, dan mempunyai cawangan terbanyak di luar dari tempat ditubuhkan mengatasi mana-mana cawangan kedai-kedai lain termasuk cawangan makanan ringan seperti KFC atau McDONALD.
  • 7-Eleven menambah satu lagi kedainya di seluruh dunia setiam 6 ½ jam.
  • 7-Eleven adalah yang pertama … beroperasi 24 jam sehari … menjual kopi dengan bancuhan sendiri … menjual minuman bergas dengan pelanggan menuangnya sendiri … dan menjual minuman bergas bersaiz besar.
  • 7-Eleven kedai yang pertama mengiklankan kedainya di televisyen..
  • 7-Eleven adalah kedai serbaneka pertama yang memberi pelanggannya “kebebasan untuk memilih” dengan menawarkan pelbagai jenama minuman bergas yang terkenal di mesin airnya.
  • 7-Eleven adalah kedai serbaneka pertama yang menjual top up.
  • Slurpee® terjual paling banyak di Winnipeg, Manitoba, di Canada, diikuti dengan Detroit, Mich. Tetapi kedai yang paling banyak menjual slurpee terletak di Kennewick, Washington.
  • Pelanggan 7-Eleven di seluruh dunia menghirup 13 juta Slurpee® setiap bulan. Sejak diperkenalkan pada 1966, hampir 6.5 bilion Slurpee telah dijual, hampir mencukupi untuk membekalkan slurpee kepada setiap manusia di muka bumi ini.
  • 7-Eleven menjual 60 juta donat dan pastri setiap tahun – sebagai purata, setiap minit, 7-Eleven menjual 275 ‘fresh bakery’.
  • Jika disusun makanan ‘fresh bakery’ yang dibuat untuk 7-Eleven setiap tahun, ia akan memanjang sehingga 6,000 batu.
  • 7-Eleven menggunakan 365,000 paun gula setiap bulan untuk membuat donut dan pastri lain.
  • Hampir satu pertiga dari 6 juta manusia yang singgah di 7 eleven di Amerika setiap hari hanya untuk membeli makanan ringan.
  • 7-Eleven adalah destinasi terkenal untuk membeli minuman di Amerika. Lebih dari separuh pengguna di sana membeli minuman tanpa alkohol disitu.
  • Dianggarkan sebanyak 25 peratus dari penduduk Amerika tinggal kurang dari satu batu dari kedai 7-Eleven.
  • 7-Eleven menjual lebih banyak kopi segera dari barangan lain –1 juta cawan setiap hari. Ianya lebih dari 10,000 teko kopi dalam setiap jam, setiap sehari, setahun. 7-Eleven boleh menyediakan kopi untuk penduduk kelahirannya di Dallas setiap hari
  • 7-Eleven menjual lebih kurang 100 ‘hot dog’ setiap tahun, ianya lebih banyak dari mana-mana kedai di Amerika,
  • Apabila Big Gulp 32-auns diperkenalkan pada 1980, ianya adalah minuman ringan terbesar didunia. 8 tahun kemudian, 7-Eleven memperkenalkan pula 64-auns Double Gulp, ianya masih lagi memegang rekod sebagai minuman ringan terbesar di dalam pasaran.
  • 7-Eleven menjual hampir 38 juta gelen minuman ringan setahun – cukup untuk memenuhkan 51 kolam renang bersaiz olimpik.
  • 7-Eleven menjual 41 juta gelen susu setiap tahun–mencukupi untuk menuang dua gelas susu untuk semua kanak-kanak, lelaki dan perempuan di Amerika.
  • 7-Eleven menjual lebih 2,300 sandwich setiap jam.
  • Jika semua kad prabayar yang dijual 7-Eleven disusun, ia mencukupi untuk membuat 30 padang bolasepak.
  • Jika semua minuman ringan yang dijual di 7-Eleven dalam setahun, ianya mencukupi untuk memenuhi Typhoon Lagoon di Walt Disney World sebanyak dua kali.
  • 7-Eleven mempunyai rangkaian terbesar ATM dari mana-mana kedai lain di Amerika.
  • Jualan murah terbesar di 7 Eleven adalah pada hari Krismas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan