Sudah lama aku tak menjengok blog aku ni..
berhabuk habis
banyak kena under construction
Inshaa Allah...lepas ni takkan sunyi2 lagi rasanya
banyak yang berlaku sepanjang aku tak berblog
sibuk dengan kerjaya, rumah tangga dan macam2 lagi
pertengahan tahun lalu aku dan keluarga dikejutkan dengan berita ayahanda tersayang mendapat penyakit cancer.
setelah berbulan-bulan melawan penyakit, akhirnya alhamdulillah segalanya Allah SWT yang tentukan.
Abah kembali tersenyum.
Penyakit yang dihidapinya dapat dibendung kerana masih lagi diperingkat awal.
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, kerana masih lagi memberi kami peluang untuk merasa kasih seorang ayah!
Namun, ujian bukan setakat itu saja, pertengahan bulan October pada subuh yang sunyi aku dikejutkan dengan berita, suami tersayang kemalangan.
Hanya Lailahaillah sahaja yang bermain dibibirku, yang memberikan aku semangat, subhanallah!
setelah 3 hari dimasukkan ke ICU, alhamdullah akhirnya dimasukkan ke dalam wad pemantauan. perkembangan yang positif dan aku tabah dengan dugaan yang Allah SWT berikan. Aku tahu ada hikmah disebalik semua ini.
Setelah hampir 2 minggu aku berulang alik ke hospital Seberang Jaya, Penang, suami dibenarkan balik tetapi masih lagi tidak dibenarkan membuat kerja berat. aku redha Ya Allah. Pintu rezeki Kau ada dimana2.
Alhamdullah...
Pada ulangtahun perkahwinan aku yang ke 2, aku dikejutkan dengan berita yang menggembirakan semua family aku. Terima kasih Ya Allah, kau hadirkan jua zuriat buat suami aku yang selama ini dinantikan.
Sekarang, usia kandunganku hampir 4 bulan, banyak kenangan yang ingin aku coretkan disini. Pengalaman sebangai seorang ibu. Inshaa Allah, jika ada kesempatan kita bersua lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan