Memaparkan catatan dengan label soal jawab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label soal jawab. Papar semua catatan

Ahad, 25 November 2012

N3 Soal Jawab~Isteri Kuat Membebel-Alahai...~



SAYA dan isteri baru saja enam bulan melangsungkan perkahwinan. Namun, dalam usia perkahwinan yang singkat ini, kami sering bergaduh.
Selalunya isteri membebel dan meradang hanya disebabkan perkara remeh.
Tindakannya seolah-olah tidak matang dan tidak bersabar dalam sesuatu perkara.

Sudah puas saya menasihati isteri, namun semuanya berakhir dengan pertengkaran. Tidak dinafikan, isteri memegang jawatan yang lebih tinggi daripada saya. 
Saya runsing memikirkan hal ini dan pelbagai usaha sudah saya lakukan termasuk tidur berasingan, tetapi masih tidak membuahkan keinsafan. 
Sebaliknya, dia enggan memohon maaf kepada saya. Ada ketikanya terdetik di dalam hati kekesalan dengan perkahwinan ini, namun saya cepat-cepat beristighfar.

Bantulah saya menangani masalah ini. Saya hanya mahukannya menjadi isteri yang baik dan tidak dimurkai Allah kerana saya amat sayangkannya.

SUAMI SEDIH,
Kedah




MEMANDANGKAN tempoh perkahwinan anda baru dan masih dalam konteks penyesuaian, anda perlu bersabar dalam menangani kerenah isteri.

Menurut al-Quran, lelaki adalah pemimpin bagi wanita. Ini kerana Allah memberi beberapa kelebihan kepada seorang lelaki antaranya menanggung nafkah bagi wanita.

Bagi wanita yang bergelar isteri, mereka perlu taat kepada suami dan memelihara maruah diri terutama apabila suami tiada bersama.

Jika isteri tidak bersifat seperti yang dianjurkan Islam atau mungkin terlanjur (nusyuz), al-Quran memberi beberapa jalan menyelesaikan soal isteri bermasalah. Antaranya, menasihati isteri secara baik.

Ini sudah saudara lakukan dan boleh diulangi jika perlu. Seterusnya al-Quran mencadangkan suami memulaukan isteri daripada tempat tidur. Dengan kata lain, suami perlu mengasingkan diri buat sementara daripada tidur bersama.

Ia dilakukan sebagai pengajaran kepada isteri. Jika isteri masih tidak taat kepada suami dan sikap derhaka (nusyuz) makin menjadi-jadi, tindakan berbentuk kekerasan boleh diambil dengan memukul secara betul dan bukan bertujuan mencederakan (Surah an-Nisa’ ayat 24).

Kadangkala ada isteri yang mempunyai sifat ‘jahat’ berlebihan. Hanya dengan tindakan tegas dan keras membawa isteri kepada kebaikan. Ini antara kaedah yang diajar Islam.

Nampaknya, anda sudah mengambil langkah kedua dengan memulaukan isteri di tempat tidur. Saya berpendapat ia terlalu awal dalam tempoh ini. Ini kerana anda perlu mengambil langkah pertama dengan sebaik mungkin.

Bawalah isteri berbincang dan timbulkan kemesraan suami isteri. Jangan hanya ingin menang dan bertindak kasar dengan isteri. Kajilah kerenah dan perangai isteri serta cari titik penyesuaian antara anda berdua.

Bagaimanapun, sekiranya tidak berjaya, anda boleh meminta bantuan keluarga terdekat dalam menyelesaikan masalah anda berdua. Mungkin nasihat mereka dapat melembutkan hati isteri. Perceraian adalah jalan terakhir dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga.
Harian Metro: 22/11/12

Khamis, 21 Jun 2012

N3 Sentap ~6 Soalan Untuk Renungan~



Suatu hari Seorang Guru berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu beliau mengajukan enam soalan 



Pertama …

“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini …???” Murid-muridnya ada yang menjawab… “Orang tua”, “guru”, “teman”, dan “keluarganya”. Sang Guru menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “kematian”. Sebab kematian adalah PASTI adanya …..



Lalu Sang Guru meneruskan pertanyaan kedua …

“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini …???” Murid-muridnya ada yang menjawab. “Negara China”, “bulan”, “matahari”, dan “bintang-bintang”.

Lalu Sang Guru menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar, tapi yang paling benar adalah “masa lalu” … Siapa pun kita … bagaimana pun kita … dan betapa kayanya kita … tetap kita TIDAK dapat kembali ke masa lalu sebab itu kita harus menjaga hari ini … dan hari-hari yang akan datang …




Sang Guru meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga…

“Apa yang paling besar di dunia ini …???” Murid-muridnya ada yang menjawab “Gunung”, “bumi”, dan “matahari”. Semua jawapan itu benar kata Sang Guru …

Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”. Banyak manusia menjadi celaka kerana menurut hawa nafsunya. Segala cara dihalalkan demi mewujudkan impian nafsu. Kerana itu, kita harus hati-hati dengan hawa nafsu ini jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka (atau kesengsaraan dunia dan akhirat) …




Soalan keempat adalah …

“Apa yang paling berat di dunia ini …???” Di antara muridnya ada yang menjawab … “Baja”, “besi”, dan “gajah” “Semua jawapan hampir benar …”, kata Sang Guru tapi yang paling berat adalah “memegang amanah” …




Soalan-soalan yang kelima adalah …

“Apa yang paling ringan di dunia ini …???” Ada yang menjawab “kapas”, “angin”, “debu”, dan “daun-daunan”. “Semua itu benar …”, kata Sang Guru, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah “meninggalkan ibadah” …




Lalu soalan keenam adalah …

“Apakah yang paling tajam di dunia ini …???” Murid-muridnya menjawab dengan serentak … “PEDANG …!!!” “(Hampir) Benar …”, kata Sang Guru, tetapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri …