EMPAT kes di bawah adalah sebahagian kecil daripada kes malang menimpa wanita berikutan keghairahan mahu cantik sehingga sanggup menggadaikan muka mereka di tangan individu yang bukan pakar dalam bidang tertentu. Jika mahu dicatatkan satu persatu, senarai kes seumpama itu akan jadi panjang.
Pembedahan kosmatik menghasilkan kelopak mata berganda adalah antara yang paling popular di negara kita. Jangan terkejut, bukan wanita saja yang menjalani pembedahan ini, lelaki pun ada cuma tidak begitu ramai (20 peratus) berbanding wanita (80 peratus). Istilah digunakan bagi pembedahan ini ialah blefaroplasti Asia (Asian blepharosplasty).
Kebanyakan permintaan menjalani pembedahan kelopak mata dari golongan mempunyai satu lapisan kelopak mata. Untuk lebih mudah faham, satu lapisan kelopak mata merujuk kepada mata yang kita nampak seperti tiada kelopak mata contohnya mata keturunan China, Korea atau Jepun.
Mereka mahukan kelopak mata berganda untuk kelihatan lebih cantik yang sekali gus boleh menaikkan keyakinan diri, kata Pakar Pembedahan Oftalmologi dan Okuplastik, Dr Chua Chung Nen.
“Mata menjadi penghubung apabila kita berbicara dengan seseorang. Hampir 90 peratus daripada masa berbicara itu, pandangan kita akan tertumpu pada mata teman berbual. Mata sangat penting kerana ada orang membuat tafsiran peribadi berdasarkan mata kita.
“Kehadiran kelopak mata berganda sebenarnya boleh ‘melembutkan’ wajah seseorang. Wajah individu yang mempunyai satu kelopak nampak lebih garang dan keras, membuatkan orang mungkin menganggap dia sukar didekati.
“Malah ada kalanya ia juga mempengaruhi peluang mendapat pekerjaan khususnya bagi individu mempunyai mata sepet dan kelihatan mengantuk. Ini akan menyebabkan majikan tidak yakin untuk mengambil mereka bekerja,” katanya.
Malangnya permintaan tinggi itu menyebabkan ada sesete�ngah pihak tidak bertauliah me�ngambil kesempatan mengaut keuntungan dengan melakukan pembedahan ini.
Lebih membimbangkan pembedahan bukan saja dijalankan di salun kecantikan, tetapi dilakukan individu tidak mempunyai kepakaran. Untuk kelihatan cantik, ada yang sanggup (keba�nyakannya wanita) menyerahkan mata mereka ke tangan doktor dari luar negara yang tidak bertauliah. Sedihnya ada juga yang percaya kepada individu begini walaupun pembedahan itu dilakukan di bilik hotel.
Selain menggunakan peralatan tidak bersteril, ramai ‘tukang bedah’ tidak bertauliah tak mampu menangani masalah berbangkit yang timbul selepas pembedahan.
Apa jenis kelopak mata anda?
Kebanyakan penduduk negara kita mempunyai kelopak mata berganda. Dianggarkan 50 peratus kaum Cina mempunyai kelopak mata berganda, tetapi bentuknya berbeza sedikit daripada kaum lain.
Kelopak mata berganda yang dimiliki orang Cina boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis melekat dan selari. Bagi jenis melekat, kelopak mata kedua ini bercantum di hujung kelopak mata di bahagian dalam (berdekatan hidung) dan terpisah di hujung luar.
Bagi jenis kelopak mata selari pula garisan kelopak mata kedua kelihatan seiring dengan hujung kelopak mata. Dalam kajian yang dijalankan di China, didapati 80 peratus kaum Cina mempunyai kelopak mata jenis melekat dan hanya 20 peratus memiliki kelopak mata selari.
Selain itu, ada juga kelopak mata yang dipanggil semilunar (bulan sabit) khususnya pada orang kulit putih apabila kelopak mata kedua kelihatan sangat tinggi di bahagian tengah mata dan rendah di kedua-dua hujungnya.
Menurut Dr Chua, ketiadaan kelopak mata berganda adalah ciri eksklusif penduduk Asia Timur (orang China, Korea dan Jepun). Dianggarkan 50 peratus penduduk Asia Timur dilahirkan dengan satu kelopak mata sementara 50 peratus lagi walaupun mempunyai kelopak mata kedua, kedudukannya sangat rapat atau rendah berbanding bangsa lain.
Katanya, ada banyak kajian dilakukan untuk menerangkan keadaan ini membandingkan dengan anatomi mata penduduk Barat. Bagi penduduk Asia Timur, otot yang berfungsi membuka kelopak mata termasuk kulit dan kedudukannya lebih rendah berbanding otot mata orang kulit putih.
“Kehadiran kelopak mata kedua bergantung kepada kedudukan otot atau berapa jauh ia terperosok ke dalam kulit. Faktor inilah yang menentukan adanya kelopak mata berganda sama ada boleh dilihat dengan jelas atau tidak, atau tiada kelopak mata kedua langsung.
“Selain itu, bahagian lemak di kelopak mata atas penduduk Asia Timur lebih tertonjol yang menyebabkan ia kelihatan ‘penuh’.
“Bagi orang kulit putih dan bangsa lain, kedudukan otot yang membuka kelopak mata lebih tinggi dan jelas. Bahagian lemak pada kelopak mata mereka terletak jauh ke atas yang menyebabkan mata nampak cengkung,” katanya.
Adakah pembedahan pembentukan kelopak mata ini perlu?
Walaupun kebanyakan kes dilakukan atas tujuan kosmetik (70 peratus), ada sesete�ngah keadaan pembedahan perlu dilakukan apabila menyebabkan ketidakselesaan, mempengaruhi kualiti hidup atau menjejaskan penglihatan (30 peratus). Antara keadaan yang memerlukan pembedahan ialah:
Masalah ptosis (kelopak mata jatuh).
Mengurangkan gejala kantung mata.
Dermatokalasis (kehadiran kulit kelopak mata yang tidak diperlukan dan boleh me�nyebabkan kelopak mata atas terkulai. Ia disebabkan penuaan dan biasanya berlaku pada orang tua).
Ketumbuhan pada kelopak mata (jarang berlaku).
Biasanya masalah ptosis berlaku pada orang tua, tetapi jika anak anda dilahirkan dengan keadaan begini, bawalah berjumpa doktor kerana ia boleh menyebabkan gejala mata malas dan menjejaskan penglihatan. Jika dibiarkan, anak anda akan menghadapi masalah yang lebih besar kerana ia akan mempengaruhi tumpuan dalam bilik darjah.
Dr Chua berkata, ada dua kaedah yang biasa digunakan untuk membentuk kelopak mata kedua iaitu melalui:
Jahitan - untuk kaedah ini, tiga jahitan dibuat pada kulit kelopak mata. Kaedah ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kelopak mata kecil dan mata tidak nampak bengkak akibat kehadiran lemak. Kelebihannya, tempoh pembedahan lebih pendek (20 minit) dan cepat sembuh.
Bagaimanapun, ada kemungkinan garisan kelopak mata yang dibentuk ini akan hilang selepas tempoh tertentu namun, jika jahitan dilakukan dengan baik, kelopak mata ini akan kekal.
Insisi - dalam kaedah ini kulit kelopak mata akan dipotong dan dijahit. Kulit akan dipotong pada ketinggian yang dikehendaki. Sebelum dijahit, kulit tidak dikehendaki dan lemak dibuang. Kaedah ini sesuai untuk semua golongan dan kesannya kekal.
Kekurangannya ialah tempoh pembedahan lebih panjang (30 hingga 40 minit), ia mengambil masa lebih lama untuk sembuh (satu hingga dua minggu). Antara kesan sampingan dihadapi pesakit ialah lebam dan bengkak tetapi ia boleh diatasi dengan pengambilan ubat atau meletakkan pek ais pada mata.
Dalam tempoh penyembuhan ini, pesakit diingatkan supaya berehat di rumah dan elakkan cahaya matahari selama seminggu dan tidak makan makanan pedas (kerana ia boleh meningkatkan risiko keradangan). Jika berlaku keradangan, doktor akan memberi ubat antikeradangan.
Siapa yang boleh menjalani pembedahan ini? Semua orang. Untuk kanak-kanak, pembedahan boleh dilakukan selepas berumur 15 tahun iaitu apabila pembentukan mata sudah lengkap dan pada umur ini mereka boleh bekerja sama dengan doktor. Ini penting kerana pesakit perlu membuka mata ketika pembedahan.
Pembedahan tidak akan dilakukan pada individu menghidap penyakit kronik seperti pesakit kencing manis (yang tidak terkawal) dan pesakit jantung yang mengambil ubat warfarin.
Persediaan sebelum menjalani pembedahan
Ada tiga perkara yang mesti anda ketahui sebelum menjalani pembedahan kelopak mata:
Jangkaan yang realistik - Pembedahan kelopak mata ini bertujuan membaiki keadaan sedia ada, bukannya menjadikan anda seorang yang sempurna.
“Ada pesakit datang membawa gambar pelakon terkenal kerana mahukan mata besar dan cengkung seperti mata Angelina Jolie. Walaupun doktor cuba sedaya upaya melakukan yang terbaik, tidak mungkin kita dapat memenuhi impiannya. Pembedahan bukan untuk kesempurnaan, tetapi membaiki keadaan dan penampilan. Berbincanglah dengan doktor untuk mendapat keputusan terbaik,” kata Dr Chua.
Adakah doktor yang anda pilih itu berdaftar? Adakah dia mempunyai lesen melakukan pembedahan berkenaan? Perkara ini sangat penting kerana ramai orang mendapatkan rawatan daripada individu tidak bertauliah atau terlatih khususnya jika pembedahan dilakukan di pusat kecantikan.
Adakah doktor anda berpengalaman menjalankan pembedahan? Tidak salah bertanya doktor mengenai pengalaman dan kepakarannya. Malah anda boleh meminta melihat sijil atau hasil kerjanya sebelum ini.
Minta doktor menunjukkan gambar pesakit�nya bagi melihat keadaan sebelum dan selepas pembedahan. Cara ini secara tidak langsung boleh menggambarkan kemahiran doktor berkenaan.
“Anda perlu memilih doktor bedah mata yang baik dan berpengalaman, bukannya pakar kecantikan atau jurusolek. Sekarang ada banyak pusat kecantikan yang turut menawarkan perkhidmatan membentuk kelopak mata. Walaupun doktor yang anda pilih itu turut mempunyai pusat kecantikan, pembedahan sepatutnya dilakukan di klinik atau hospital, bukan di pusat kecantikan mereka.
“Perlu berhati-hati sebab ada sesetengah pakar kecantikan atau jurusolek menggunakan bahan terlarang seperti silikon yang sudah diharamkan sejak lebih 20 tahun lalu. Kalau guna silikon, mata memang nampak cantik pada peringkat awal tetapi ia akan memberi kesan negatif selepas enam bulan atau setahun.
“Sama seperti pembedahan lain, aspek kebersihan dan kepakaran sangat penting dalam pembedahan pembentukan kelopak mata. Kita bimbang, jika dilakukan di pusat kecantikan, mereka gunakan alat yang tidak steril atau bahan terlarang. Selain itu jika berlaku masalah di kemudian hari, mereka mungkin tidak mahu bertanggungjawab. Malah jika keadaan mata anda jadi teruk, mungkin doktor pun keberatan untuk merawat anda kerana tidak mahu dipersalahkan kelak,” katanya.
Kes 1
Wanita A berusia 50 tahun, kelopak matanya jatuh dan tidak seimbang antara mata kiri dan kanan. Dua tahun lalu dia menjalani pembedahan pembentukan kelopak mata di salun rambut selepas terpengaruh dengan kata-kata manis jurusolek di sana. Apabila matanya mengalami masalah, dia berjumpa jurusolek berkenaan, tetapi diberitahu matanya normal walaupun kelopak matanya besar sebelah.
Kes 2
Wanita B berusia 35 tahun, kelopak matanya jatuh menyebabkan mata kirinya kelihatan lebih sepet. Tidak senang melihat fungsi kelopak mata�nya yang lemah, dia berjumpa jurusolek di sebuah salun kecantikan dan disarankan menjalani pembedahan membentuk kelopak mata berlapis kerana jurusolek itu menyang�ka masalah ptosis (kelopak mata atas terkulai) yang dialami disebabkan ketiadaan lipatan kelopak mata.
Namun, masalah ptosis masih tidak dapat diatasi walaupun kelopak mata B dijahit bagi membentuk lipatan baru. B menemui kembali jurusolek yang sama, tetapi diberitahu mereka tidak boleh menjalankan pembedahan lain untuk membantunya.
Kes 3
Ketika berjumpa doktor, kedua-dua kelopak mata C, remaja perempuan berumur 15 tahun bengkak. Rupa-rupanya dia menjalani pembedahan pembentukan kelopak mata berganda di salun rambut. Jurusolek di salun rambut itu menjalankan empat pembedahan dalam tempoh dua tahun. Bagaimanapun, lipatan kulit itu tidak terbentuk dengan elok menyebabkan ada benjolan pada kelopak matanya.
Lebih menyedihkan, jurusolek berkenaan tidak dapat membantu mengatasi masalah itu. Akhirnya C dibawa berjumpa doktor untuk menjalani pembedahan membuang benjolan. Ketika itulah baru C ketahui benjolan yang ada pada kelopak matanya itu berpunca daripada benang prolene yang digunakan untuk menjahit kelopak matanya dulu. Prolene ialah benang sintetik yang tidak terserap dalam badan.
Kes 4
Keinginan untuk cantik membuatkan D, wanita berumur 48 tahun sanggup mengetepikan keselamatan dengan menjalani pembedahan pembentukan kelopak mata berganda di bilik hotel.
Dua pembedahan yang dijalankan doktor dari luar negara itu bagaimanapun tidak memberikan hasil seperti diharapkan kerana lipatan kelopak matanya tinggi sebelah. Lebih malang, dia tidak dapat mencari balik doktor luar negara berkenaan untuk penjelasan atau mendapat�kan rawatan susulan.
INFO
Garis panduan bagi pembedahan kosmetik
Prosedur kecantikan yang boleh dilakukan oleh jurusolek terlatih adalah pengelupasan kulit, rawatan mengurangkan selulit, mengembalikan bentuk badan, membuang bulu roma, lelasan kulit dan nasihat pemakanan.
Prosedur estetika khususnya membabitkan mata hanya boleh dilakukan oleh pakar pembedahan plastik atau pakar mata dilatih khusus bagi pembedahan kelopak mata dan penggunaan Botox.
Untuk mengetahui sama ada doktor yang anda pilih itu doktor perubatan berdaftar atau tidak, boleh layari laman web Majlis Perubatan Malaysia di www.mmc.moh.gov.my. Bagi mengesahkan pusat rawatan berdaftar atau berlesen di bawah Akta 586, hubungi talian 03-88831277 atau 03-88831313 atau cari di http://medpcs.moh.gov.my
Malah maklumat mengenai pusat rawatan yang menawarkan rawatan estetika juga boleh diperoleh di Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta di Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan.
Pembedahan kosmatik menghasilkan kelopak mata berganda adalah antara yang paling popular di negara kita. Jangan terkejut, bukan wanita saja yang menjalani pembedahan ini, lelaki pun ada cuma tidak begitu ramai (20 peratus) berbanding wanita (80 peratus). Istilah digunakan bagi pembedahan ini ialah blefaroplasti Asia (Asian blepharosplasty).
Kebanyakan permintaan menjalani pembedahan kelopak mata dari golongan mempunyai satu lapisan kelopak mata. Untuk lebih mudah faham, satu lapisan kelopak mata merujuk kepada mata yang kita nampak seperti tiada kelopak mata contohnya mata keturunan China, Korea atau Jepun.
Mereka mahukan kelopak mata berganda untuk kelihatan lebih cantik yang sekali gus boleh menaikkan keyakinan diri, kata Pakar Pembedahan Oftalmologi dan Okuplastik, Dr Chua Chung Nen.
“Mata menjadi penghubung apabila kita berbicara dengan seseorang. Hampir 90 peratus daripada masa berbicara itu, pandangan kita akan tertumpu pada mata teman berbual. Mata sangat penting kerana ada orang membuat tafsiran peribadi berdasarkan mata kita.
“Kehadiran kelopak mata berganda sebenarnya boleh ‘melembutkan’ wajah seseorang. Wajah individu yang mempunyai satu kelopak nampak lebih garang dan keras, membuatkan orang mungkin menganggap dia sukar didekati.
“Malah ada kalanya ia juga mempengaruhi peluang mendapat pekerjaan khususnya bagi individu mempunyai mata sepet dan kelihatan mengantuk. Ini akan menyebabkan majikan tidak yakin untuk mengambil mereka bekerja,” katanya.
Malangnya permintaan tinggi itu menyebabkan ada sesete�ngah pihak tidak bertauliah me�ngambil kesempatan mengaut keuntungan dengan melakukan pembedahan ini.
Lebih membimbangkan pembedahan bukan saja dijalankan di salun kecantikan, tetapi dilakukan individu tidak mempunyai kepakaran. Untuk kelihatan cantik, ada yang sanggup (keba�nyakannya wanita) menyerahkan mata mereka ke tangan doktor dari luar negara yang tidak bertauliah. Sedihnya ada juga yang percaya kepada individu begini walaupun pembedahan itu dilakukan di bilik hotel.
Selain menggunakan peralatan tidak bersteril, ramai ‘tukang bedah’ tidak bertauliah tak mampu menangani masalah berbangkit yang timbul selepas pembedahan.
Apa jenis kelopak mata anda?
Kebanyakan penduduk negara kita mempunyai kelopak mata berganda. Dianggarkan 50 peratus kaum Cina mempunyai kelopak mata berganda, tetapi bentuknya berbeza sedikit daripada kaum lain.
Kelopak mata berganda yang dimiliki orang Cina boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis melekat dan selari. Bagi jenis melekat, kelopak mata kedua ini bercantum di hujung kelopak mata di bahagian dalam (berdekatan hidung) dan terpisah di hujung luar.
Bagi jenis kelopak mata selari pula garisan kelopak mata kedua kelihatan seiring dengan hujung kelopak mata. Dalam kajian yang dijalankan di China, didapati 80 peratus kaum Cina mempunyai kelopak mata jenis melekat dan hanya 20 peratus memiliki kelopak mata selari.
Selain itu, ada juga kelopak mata yang dipanggil semilunar (bulan sabit) khususnya pada orang kulit putih apabila kelopak mata kedua kelihatan sangat tinggi di bahagian tengah mata dan rendah di kedua-dua hujungnya.
Menurut Dr Chua, ketiadaan kelopak mata berganda adalah ciri eksklusif penduduk Asia Timur (orang China, Korea dan Jepun). Dianggarkan 50 peratus penduduk Asia Timur dilahirkan dengan satu kelopak mata sementara 50 peratus lagi walaupun mempunyai kelopak mata kedua, kedudukannya sangat rapat atau rendah berbanding bangsa lain.
Katanya, ada banyak kajian dilakukan untuk menerangkan keadaan ini membandingkan dengan anatomi mata penduduk Barat. Bagi penduduk Asia Timur, otot yang berfungsi membuka kelopak mata termasuk kulit dan kedudukannya lebih rendah berbanding otot mata orang kulit putih.
“Kehadiran kelopak mata kedua bergantung kepada kedudukan otot atau berapa jauh ia terperosok ke dalam kulit. Faktor inilah yang menentukan adanya kelopak mata berganda sama ada boleh dilihat dengan jelas atau tidak, atau tiada kelopak mata kedua langsung.
“Selain itu, bahagian lemak di kelopak mata atas penduduk Asia Timur lebih tertonjol yang menyebabkan ia kelihatan ‘penuh’.
“Bagi orang kulit putih dan bangsa lain, kedudukan otot yang membuka kelopak mata lebih tinggi dan jelas. Bahagian lemak pada kelopak mata mereka terletak jauh ke atas yang menyebabkan mata nampak cengkung,” katanya.
Adakah pembedahan pembentukan kelopak mata ini perlu?
Walaupun kebanyakan kes dilakukan atas tujuan kosmetik (70 peratus), ada sesete�ngah keadaan pembedahan perlu dilakukan apabila menyebabkan ketidakselesaan, mempengaruhi kualiti hidup atau menjejaskan penglihatan (30 peratus). Antara keadaan yang memerlukan pembedahan ialah:
Dermatokalasis (kehadiran kulit kelopak mata yang tidak diperlukan dan boleh me�nyebabkan kelopak mata atas terkulai. Ia disebabkan penuaan dan biasanya berlaku pada orang tua).
Biasanya masalah ptosis berlaku pada orang tua, tetapi jika anak anda dilahirkan dengan keadaan begini, bawalah berjumpa doktor kerana ia boleh menyebabkan gejala mata malas dan menjejaskan penglihatan. Jika dibiarkan, anak anda akan menghadapi masalah yang lebih besar kerana ia akan mempengaruhi tumpuan dalam bilik darjah.
Dr Chua berkata, ada dua kaedah yang biasa digunakan untuk membentuk kelopak mata kedua iaitu melalui:
Bagaimanapun, ada kemungkinan garisan kelopak mata yang dibentuk ini akan hilang selepas tempoh tertentu namun, jika jahitan dilakukan dengan baik, kelopak mata ini akan kekal.
Kekurangannya ialah tempoh pembedahan lebih panjang (30 hingga 40 minit), ia mengambil masa lebih lama untuk sembuh (satu hingga dua minggu). Antara kesan sampingan dihadapi pesakit ialah lebam dan bengkak tetapi ia boleh diatasi dengan pengambilan ubat atau meletakkan pek ais pada mata.
Dalam tempoh penyembuhan ini, pesakit diingatkan supaya berehat di rumah dan elakkan cahaya matahari selama seminggu dan tidak makan makanan pedas (kerana ia boleh meningkatkan risiko keradangan). Jika berlaku keradangan, doktor akan memberi ubat antikeradangan.
Siapa yang boleh menjalani pembedahan ini? Semua orang. Untuk kanak-kanak, pembedahan boleh dilakukan selepas berumur 15 tahun iaitu apabila pembentukan mata sudah lengkap dan pada umur ini mereka boleh bekerja sama dengan doktor. Ini penting kerana pesakit perlu membuka mata ketika pembedahan.
Pembedahan tidak akan dilakukan pada individu menghidap penyakit kronik seperti pesakit kencing manis (yang tidak terkawal) dan pesakit jantung yang mengambil ubat warfarin.
Persediaan sebelum menjalani pembedahan
Ada tiga perkara yang mesti anda ketahui sebelum menjalani pembedahan kelopak mata:
“Ada pesakit datang membawa gambar pelakon terkenal kerana mahukan mata besar dan cengkung seperti mata Angelina Jolie. Walaupun doktor cuba sedaya upaya melakukan yang terbaik, tidak mungkin kita dapat memenuhi impiannya. Pembedahan bukan untuk kesempurnaan, tetapi membaiki keadaan dan penampilan. Berbincanglah dengan doktor untuk mendapat keputusan terbaik,” kata Dr Chua.
Minta doktor menunjukkan gambar pesakit�nya bagi melihat keadaan sebelum dan selepas pembedahan. Cara ini secara tidak langsung boleh menggambarkan kemahiran doktor berkenaan.
“Anda perlu memilih doktor bedah mata yang baik dan berpengalaman, bukannya pakar kecantikan atau jurusolek. Sekarang ada banyak pusat kecantikan yang turut menawarkan perkhidmatan membentuk kelopak mata. Walaupun doktor yang anda pilih itu turut mempunyai pusat kecantikan, pembedahan sepatutnya dilakukan di klinik atau hospital, bukan di pusat kecantikan mereka.
“Perlu berhati-hati sebab ada sesetengah pakar kecantikan atau jurusolek menggunakan bahan terlarang seperti silikon yang sudah diharamkan sejak lebih 20 tahun lalu. Kalau guna silikon, mata memang nampak cantik pada peringkat awal tetapi ia akan memberi kesan negatif selepas enam bulan atau setahun.
“Sama seperti pembedahan lain, aspek kebersihan dan kepakaran sangat penting dalam pembedahan pembentukan kelopak mata. Kita bimbang, jika dilakukan di pusat kecantikan, mereka gunakan alat yang tidak steril atau bahan terlarang. Selain itu jika berlaku masalah di kemudian hari, mereka mungkin tidak mahu bertanggungjawab. Malah jika keadaan mata anda jadi teruk, mungkin doktor pun keberatan untuk merawat anda kerana tidak mahu dipersalahkan kelak,” katanya.
Kes 1
Wanita A berusia 50 tahun, kelopak matanya jatuh dan tidak seimbang antara mata kiri dan kanan. Dua tahun lalu dia menjalani pembedahan pembentukan kelopak mata di salun rambut selepas terpengaruh dengan kata-kata manis jurusolek di sana. Apabila matanya mengalami masalah, dia berjumpa jurusolek berkenaan, tetapi diberitahu matanya normal walaupun kelopak matanya besar sebelah.
Kes 2
Wanita B berusia 35 tahun, kelopak matanya jatuh menyebabkan mata kirinya kelihatan lebih sepet. Tidak senang melihat fungsi kelopak mata�nya yang lemah, dia berjumpa jurusolek di sebuah salun kecantikan dan disarankan menjalani pembedahan membentuk kelopak mata berlapis kerana jurusolek itu menyang�ka masalah ptosis (kelopak mata atas terkulai) yang dialami disebabkan ketiadaan lipatan kelopak mata.
Namun, masalah ptosis masih tidak dapat diatasi walaupun kelopak mata B dijahit bagi membentuk lipatan baru. B menemui kembali jurusolek yang sama, tetapi diberitahu mereka tidak boleh menjalankan pembedahan lain untuk membantunya.
Kes 3
Ketika berjumpa doktor, kedua-dua kelopak mata C, remaja perempuan berumur 15 tahun bengkak. Rupa-rupanya dia menjalani pembedahan pembentukan kelopak mata berganda di salun rambut. Jurusolek di salun rambut itu menjalankan empat pembedahan dalam tempoh dua tahun. Bagaimanapun, lipatan kulit itu tidak terbentuk dengan elok menyebabkan ada benjolan pada kelopak matanya.
Lebih menyedihkan, jurusolek berkenaan tidak dapat membantu mengatasi masalah itu. Akhirnya C dibawa berjumpa doktor untuk menjalani pembedahan membuang benjolan. Ketika itulah baru C ketahui benjolan yang ada pada kelopak matanya itu berpunca daripada benang prolene yang digunakan untuk menjahit kelopak matanya dulu. Prolene ialah benang sintetik yang tidak terserap dalam badan.
Kes 4
Keinginan untuk cantik membuatkan D, wanita berumur 48 tahun sanggup mengetepikan keselamatan dengan menjalani pembedahan pembentukan kelopak mata berganda di bilik hotel.
Dua pembedahan yang dijalankan doktor dari luar negara itu bagaimanapun tidak memberikan hasil seperti diharapkan kerana lipatan kelopak matanya tinggi sebelah. Lebih malang, dia tidak dapat mencari balik doktor luar negara berkenaan untuk penjelasan atau mendapat�kan rawatan susulan.
INFO
Garis panduan bagi pembedahan kosmetik
Prosedur kecantikan yang boleh dilakukan oleh jurusolek terlatih adalah pengelupasan kulit, rawatan mengurangkan selulit, mengembalikan bentuk badan, membuang bulu roma, lelasan kulit dan nasihat pemakanan.
Prosedur estetika khususnya membabitkan mata hanya boleh dilakukan oleh pakar pembedahan plastik atau pakar mata dilatih khusus bagi pembedahan kelopak mata dan penggunaan Botox.
Untuk mengetahui sama ada doktor yang anda pilih itu doktor perubatan berdaftar atau tidak, boleh layari laman web Majlis Perubatan Malaysia di www.mmc.moh.gov.my. Bagi mengesahkan pusat rawatan berdaftar atau berlesen di bawah Akta 586, hubungi talian 03-88831277 atau 03-88831313 atau cari di http://medpcs.moh.gov.my
Malah maklumat mengenai pusat rawatan yang menawarkan rawatan estetika juga boleh diperoleh di Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta di Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan.
CANTIK...kelopak mata yang berlapis dikatakan dapat melembutkan wajah seseorang |
IDAMAN...ramai yang menganggap mata yang menarik mestilah berlapis |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan