Selasa, 31 Januari 2012

Hukum Membaca Yasin Bagi Orang Yang Membunuh Diri


Hukum Membaca Yasin Dan Tahlil Kepada Arwah Yg Membunuh Diri.

Soalan
Assalamualaikum. Apakah hukum tahlil dan yasin untuk arwah yang mati membunuh diri. Sedangkan Nabi SAW tidak menyembahyangkan jenazah yg sedemikian. Tidakkah kita dianggap bersetuju dgn cara kematian yg begitu dengan mengadakn majlis yasin dan tahlil? jika ya adakah kita tergolong dlm golongan yg kufur?

Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Membunuh diri adalah salah satu daripada perbuatan yang mengundang dosa besar. Pelakunya telah gagal dalam ujian yang ditentukan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan memilih kematian sebagai jalan keluar daripada masalah dan ujian tersebut.
Membunuh diri juga termasuk di dalam kematian yang “Su’ul Khatimah” (kesudahan yang buruk; lari daripada takdir Allah Subhanahu Wa Ta'ala).
Oleh yang demikian, hukum membaca Yasin dan tahlil kepada mereka yang mati kerana membunuh diri adalah tidak diharuskan.
Ringkasnya, golongan seperti ini hanya perlu diserahkan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk menentukan nasib dan kesudahannya. Wallahu 'Alam.

Good Luck Miss April

For the Miss April I wish you good luck for your Exam. Hopefully everything okey and done. Score 4flat bebeh!!! Chayok...chayokkk..........!

Kemalangan DI Dalam Ribut

Just nak kongsi.


Petang ni keadaan cuaca amatlah memburukkan. Hujan turun mencurah-curah dengan kilat sabung menyabung. Ditambah lagi dengan angin yang kuat membuatkan aku dah cuak nak balik. Walaupun time tu baru menunjukkan pukul 4 petang, namun, keadaan time ni memang macam pukul 8 malam. Gelap giler. Time aku balik kerja pun hujan still turun. So, aku stay kat ofis lagi. Lebih kurang pukul 7 macam tu, baru hujan renyai2...malu2 gitu hehehehe...Aku pun apa lagi, bercelapak keluar dan terus ke parking motor, ambik encik GT aku tu. Lepas ja scan aku terus menuju ke puncak...eh silap...tu AF...aku pun terus menuju ke hadapan (mestila hadapan takkan ke belakang plak).

Sepanjang jalan toksah dok citer la...air longkang yang melimpah memenuhi jalan, sampah sarap segala mak nenek tersadai di tengah, tepi depan belakang jalan (eh ada belakang ke?).

Bila sampai je kat tempat kejadian, aku pun nek la heran. Apsal la lambat sangat keta kat depan ni. Terkemut-kemut. Kalah kura-kura. Time tu aku tak suspek lagi ada kemalangan.So terus je zupp.......ke kiri jalan dah terus memotong tanpa belas kasihan.

Bila dah banyak keta dok slow...aku pun slow la jugak. Time aku sampai ada seorang Mr Police Trafic hensem guy, tahan aku! Owh...nak bagi sebelah sana jalan lak. Dah jem. Keta tu melintang jalan. Aku pun buat2 la ramah, tanya pa jadi! so inilah info yang aku dapat!

kemalangan melibatkan 3 kereta dan 1 motor. sebab jalan licin, aku dah snap pic. tapi tak dapat download la plak. so citer jerla. time aku sampai tu,mangsa still ada! Yang aku paling kesian, motor tu! teruk gak. time ni aku dah geram dengan ambulan. tak datang2...

apapun aku nak pesan kat aku dan diri sesapa yang baca apa yang aku tulis ni. Bagi yang bawak KERETA tolong hormat kepada penunggang motosikal. Bila malam dan hai hujan, tolong rendahkan lampu kereta anda kerana lampu kereta akan menyebabkan SILAU. Ini akan menyebabkan motor atau kereta akan terbabas. Yang ni aku selalu kena! Dah banyak dah aku buat dosa kering. Yerla..pakai spek! hujan. Spek mana ada viper! keta-keta tuplak, bangang...boh lampu tinggi...memang kena maki percuma jerla dengan aku!

Bagi yang bawak MOTOR plak...jangan terlalu teruja nak bawak laju. bawakla seperti bawak motor. Jangan bawak motor tapi laju macam Ferarri. Sedarla sikit, korang tu bawak EX5 ja...jangan nak berangan.

Dah banyak aku bebel! Thanks for readers...luv u all!

(sekadar luahan rasa)

FashaJejai:Pre Wedding

Kredit kepada Rotikaya dan Kaki Wayang (You all da best)

Sekadar nak berkongsi.Gambar kredit kepada Roti kaya. Dapat citer ni pun dari blog sana. Betul ke Jejai dan Fasha dah nikah?? Atau sekadar bertunang?? Tetapi kenapa picture Fasha dalam Cinta Elisya (betul kot tulis macam ni nama tu!). Banyak dah yang dok tulis pasal benda ni! bagi aku, biarlah mereka dengan kehidupan mereka. Hanya bersyukur yang mereka tergerak hati nak nikah. Lau tak, sama-sama la kita menanggung dosa. Bukan nak kata mereka tu tak baik, cuma apa yang dah jadi kita jadikan teladan. Ambiklah masa sekarang untuk doakan kebahagiaan mereka berkekalan.


Isnin, 30 Januari 2012

Laksa oooo Laksa

Menu aku pada hari ini ialah LAKSA. Sebenarnya aku nak p makan kat Lunas. Tapi ntah knapa ter-p ter-makan kat sekolah Badlishah plak. selalu gak kami mencebur laksa kat sini. Laksa dia memang best. Kuah pekat dan yang best, telus mesti sebelah. 
Laksa kat sini murah jerk....RM2.00. Lau nak yang besar punya kena tambah 50 sen jer...! Lau sesapa yang suka laksa tu, boleh la gi try...aku pun siap bungkus bawak balik lagi huhuhu.........

Khamis, 26 Januari 2012

Menu Tengah hari ni..

Saja ja arini...nak ubah selera sikit
Selera western la kononnya..
padahal nanti cari sambal belacan ngan budu gak 
hehehehehehe

Aku makan Pizza arini...
Baru pas ambik kat Mr. Handsome Guy Pizza tadi..
Naik LC, taktau no plet berapa...
ceh!!! dah lagi tu...dok melalut...

Pizza kali ni memang peberet aku...
Hawaiian Chicken
(terliuq dah ker!)


makan ngan member cina aku...
Ah Yin (Ng Siew Yin)
Budak Store (Budak ke..bukan mak budak ke???) 
hehehhe..jangan mare ha...ayin...
Pepsi can sorang 1, mushroom soup sorang 1 (yg ni ad-on),
Garlick bread tak sempat nk snap sebab dah selamat masuk dalam perut..
Dok tunggu Ayin masuk dalam pinggan lambat sangat hehehehe

Thanks to Pizza Hut kerana sampai menepati masa!
Thanks to Mr Handsome Guy Pizza kerana senyum time hantar tadi...
Len kali kalau datang la lagi yer hehehhe.......

JOM SERBU!!!!!!! 

Jawapan Kharul Fahmi isu kena tegur

N3 yang lepas aku ada masuk tentang perihal KFCM kena tegus dengan jurulatih. Boleh jugak baca kat sini. Ini jawapan yang KFCM bagi. 


Kredit kepada Harian Metro.


ehsan encik google





KELIBAT penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat akhirnya kelihatan pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, petang semalam selepas gagal melaporkan diri tanpa sebarang alasan bersama skuad Olimpik negara kelmarin sehingga menimbulkan keresahan pengendalinya, Ong Kim Swee.

Kapten skuad Olimpik negara itu tampil bersemangat menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukan lain sebagai persiapan menghadapi aksi kelayakan Olimpik 2012 menentang Bahrain di Manama pada Ahad depan.
Ketika ditanya punca sebenar kegagalannya untuk melaporkan diri, Khairul Fahmi menjelaskan mungkin berlaku kesilapan komunikasi antara dirinya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan FAM sehingga menyebabkan insiden itu berlaku.

Surat (melapor diri) sampai, namun mungkin terdapat kekeliruan mengenai tarikh sebenar saya perlu menghadirkan diri, sama ada sebelum aksi Liga Super (menentang Kuala Lumpur pada Sabtu) atau selepas itu dan sebagainya,” katanya ketika diminta mengulas dengan lebih lanjut kesilapan komunikasi itu.
“Saya mendapat pelepasan tengah hari tadi (semalam). Apa yang penting adalah saya sudah hadir di sini dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk terus memberikan fokus untuk aksi ini (menentang Bahrain),” katanya.

Dia bagaimanapun menegaskan insiden itu tidak menjejaskan semangatnya untuk terus menabur bakti kepada skuad negara serta pasukan diwakilinya, Kelantan.

“Saya hormati kontrak bersama Kelantan selain tugas besar untuk negara yang perlu digalas,” katanya yang dijangka pulang ke Kelantan hari ini bagi membantu Red Warriors menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super sebelum kembali ke pangkuan skuad Olimpik.

Khidmat Khairul Fahmi amat ditagih skuad Olimpik negara dan Kelantan selain skuad senior berikutan ketangkasannya mengawal gawang negara sehingga menjulang Piala AFF 2010 buat kali pertama dan mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011

Khairul Fahmi Kena Tegur

Sapa yang tak kenal dengan Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) sampaikan baru-baru ni ada yang menubuhkan kelan dan melancarkan syarikat pelancongan. 
Semalam, aku ada tengok dalam berita TV3, bahagian sukan (walaupun tak berapa gemar, tapi bab berita aku follow la jugak!), KFCM kena tegur dengan jurulatihnya apabila dia tidak hadir untuk sesi latihan untuk skuad olimpik. 
Sebenarnya, aku bukan la fanatik sangat dengan jejaka idaman Malaysia ni...namun, sedikit sebanyak kena la tau jugak kan..! Nanti bila borak dengan geng2 bola kedai mamak dengan conner lot takla aku ternganga tunggu langau masuk mulut! Tak cun la nanti!
Bukan saja aku, malah peminat KFCM  amat berharap agar dia lebih berhati-hati. Jangan cetus kontroversi lagi jer abg Khairul (Ada jugak kena pelempang nanti!)

Muflis kerana Artis

macam2 yang jadi..
kali ni kes artis menipu sasmpai muflis..
kredit kepada Harian Metro



KUALA LUMPUR: “Bukan mahu mengaibkan dia, tetapi perbuatannya yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kami sekeluarga hidup sengsara sejak lapan tahun lalu,” kata sepasang suami isteri yang menanggung hutang hampir RM1 juta dan diisytiharkan muflis, didakwa akibat diperdaya seorang penyanyi terkenal.

Abang Yusuf Abang Daud, 36, yang juga bekas vokalis kumpulan Baji dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30, mendakwa mereka hidup tertekan selepas diisytiharkan muflis pada 2008 disebabkan penyanyi terbabit gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503.
Noor Maszura berkata, semuanya bermula apabila dia dan suaminya dilantik oleh penyanyi terbabit sebagai pengarah syarikat rakaman miliknya pada Disember 2002.

“Rupa-rupanya dia mempergunakan kami berdua untuk dia membuat pelbagai pinjaman bank dan kami diarahkan menjadi penjamin dengan alasan kami pengarah syarikat,” katanya ditemui selepas membuat aduan kepada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, di sini, semalam.

Menurutnya, pada 2003 penyanyi terbabit membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima pada tahun sama.

Bisu Tanpa Kata


Rabu, 25 Januari 2012

Cara Sebatan Islam dan Sivil


Serina Dapat Baby Perempuan


KUALA LUMPUR: Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Isabella Saffiya O’ Luanaigh, kira-kira jam 3.45 petang, kelmarin di Pusat Perubatan Prince Court, di sini.
Serina berkata, anak keduanya itu dilahirkan dalam keadaan normal seberat 3.3 kilogram dan hasrat suaminya, Gavin O’ Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar menyaksikan anak mereka dilahirkan pada Tahun Naga tercapai.

“Salahudin memang mengimpikan Isabella dilahirkan pada Tahun Naga dan ia bertepatan dengan sambutan Tahun Baru Cina kelmarin,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, di sebalik kelahiran Isabella, bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan adalah individu yang terkilan apabila tidak dapat bersama menyambut kelahiran anak keduanya itu.

“Kebiasaannya, ayah (Chef Wan) insan yang begitu fanatik dan gembira dengan kelahiran cucunya, namun kali ini dia tidak dapat berbuat demikian kerana berada di luar negara,” katanya.

Sementara itu, Chef Wan dalam kenyataannya menerusi facebook berkata, dia bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Serina selamat melahirkan anak keduanya dan mereka sekeluarga gembira dengan kehadiran cahaya mata baru itu.
“Biarpun saya kecewa tidak dapat bersama, saya gembira dengan kelahiran Isabella dan dimaklumkan Serina bersama anaknya dalam keadaan sihat,” katanya.

Menurut Chef Wan, dia kini berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja dan tidak sabar pulang ke ibu kota membeli pakaian dan barang keperluan untuk cucu barunya.
Serina dan Salahudin yang bernikah pada 1 Januari 2010 sebelum ini dikurniakan seorang anak, Tristan yang berusia setahun lima bulan.
 sumber: Harian Metro

Selasa, 24 Januari 2012

Amalan Untuk Selamat Dari Seksaan Kubur


Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :- 

1.Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2.Hasan (anak Fatima r.a)

3.Husin (anak Faimah r.a)

4.Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1.Hendaklah ia menjaga solatnya

2.Hendaklah dia bersedekah

3.Hendaklah dia membaca al-Quran

4.Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1.Jangan berdusta

2.Jangan mengkhianat

3.Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

4.Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah.

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri.

Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al- Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Kisah Iblis Terpaksa Bertemu Rasullah SAW



Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:
"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku. "

Rasulullah bersabda :
 "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab :
 "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan,
 "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata:
 "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata:
 "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab :
 "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab :
 "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemauanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

Orang Yang Dibenci Iblis

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis:
 "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab:
 " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT." 

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara' (Loyal)"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis

Nabi lalu bertanya :
 "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"
Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda :
 "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali
 :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas." 

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

Iblis Dibantu oleh 70000 anak - anaknya

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?

10 Permintaan Iblis kepada Allah SWT

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. 

Allah berfirman,
 "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman,
 "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab,
 "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata :
 "Wahai muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat :
 "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca,
 " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata :
 " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."

Hukum Mewarnai Rambut dan Janggut


Kaum lelaki adalah tidak dibolehkan mewarnai janggutnya dengan warna hitam. Hukum ini berdasarkan dari dalil-dalil yang melarangnya. Imam Abu Daudmeriwayatkan dengan sanadnya dari Jabir Bin Abdullah bahawa beliau berkata:
Abu Quhafah dibawa ke hadapan Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam Nabi Muhammad pada hari penaklukan kota Makkah dalam keadaan putih rambutnya. Rasulallah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Warnailah ubannya dan hindarilah penggunaan warna hitam!" (Hadis Riwayat Imam Muslim, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).

Imam Ahmad, Abu Dawud dan An-Nasa'i juga meriwayatkan dari Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhu bahawa beliau berkata: "Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Akan ada kelak di akhir zaman suatu kaum yang mewarnai rambut mereka dengan warna hitam bagaikan anak-anak burung merpati, mereka tidak akan mencium aroma (bau) syurga."

Namun dianjurkan agar mewarnai rambut dengan selain warna hitam berdasarkan hadis Jabir terdahulu.

Dianjurkan agar mewarnai rambut dengan menggunakan inai atau sejenisnya yang membuat warna rambut menjadi merah atau kuning, kerana Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam pernah mewarnai rambut baginda dengan warna kuning. Dan berdasarkan hadis riwayat Muslim yang menyebutkan bahawa Abu Bakar As-Siddiq Radhiallahu 'Anhu mewarnai rambutnya dengan inai dan al-katam (sejenis tumbuhan untuk mewarnai rambut). Dan juga berdasarkan hadis Nabi Salallahu 'Alaihi Wassalam:

"Sesungguhnya bahan terbaik untuk mewarnai uban kamu ialah inai dan al-katam."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam An-Nasa'i dan Imam At-Tarmizi, dan dinyatakan sahih oleh beliau).

Hukum Menggunakan Minyak Wangi Yang mengandungi Alcohol


Perfume/Kosmetik Beralkohol
Perfume/kosmetik beralkohol merupakan masalah baru yang tidak ada pada masa Rasulullah saw, maka dalam mengambil hukum para ulama menggunakan ijtihad. Berdasar penjelasan dari :
1. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
2. Lembaga fatwa Al-Azhar
3. Majlis Muzakarah Panji Masyarakat
4. Fatwa Syeikh Sya'rawi rh

Hukum menggunakan Perfume kosmetik adalah boleh, tidak haram dan tidak najis.

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia mengenai hukum alkohol.

Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi. Dalam  minuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan.

1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.

2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samaada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum.

4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan.

5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.

Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah boleh.

Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai senyawa (OH). Dua jenis alkohol yang paling baik ialah
1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)
2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.

Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:
a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri.

Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk kosmetik dan minyak wangi.

Pada umunnya alkohol adalah bahaya dan beracun ia ada daya pembunuh dan memabukkan serta merosakkan anggota tubuh badan. Arak adalah memabukkan dan ia adalah haram seperti sabda nabi S.A.W
"Semua yang memabukkan berarti arak, dan setiap arak adalah haram." (Riwayat Muslim
Dan Umar pun mengumumkan pula dari atas mimbar Nabi, "Bahwa yang dinamakan arak ialah apa-apa yang dapat menutupi fikiran." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap najis.

Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka jawatankuasa mengambil keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak adalah haram. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak
najis dan boleh di makan.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandugan alkohol adalah boleh dan dimaafkan.

Hasil muzakarah Majlis Muzakarah al-Azhar Panji Masyarakat
(Islam dan masalah-masalah kemasyarakatan, terbitan pustaka panjimas, Jakarta, tahun 1983, hal. 427):

MEMAKAI ALKOHOL DAN MINYAK WANGI
Mengenai alkohol di dalam minyak wangi, telah majelis terangkan. Bimbingan pribadipun telah menguraikannya pada Panjimas yang baru lalu. Hukumnya tidak haram. Memakai minyak wangi, malah disunatkan. Namun sekedar tambahan bagi saudara, Majelis terangkan jualah, sepanjang Majelis ketahui, yakni:
Alkohol, adalah sebangsa gas cair (fluida).

Gas mempunyai sifat:
- Kemampuan berpindah tempat dengan kecepatan yang besar dan mempunyai tenaga kinetik tinggi. Energi kinetik akan menaik, bila temperatur menaik (dinaikkan).
- Campuran molekul-molekul gas, adalah merata. Molekul gas bergerak bebas ke segala arah dalam garis lurus dan tidak hilang energinya, akibat tubrukan antara sesama molekul tadi itu.
- Menempati volume yang lebih besar, dibandingkan dengan zat padat atau cair dalam berat yang sama.

Oleh kerana sifat-sifat yang diterangkan di atas, maka setetes minyak wangi, yang telah beremulasi dengan gas (dalam hal ini alkohol yang dicairkan tadi), maka bau wangi itu ikut dibawa sebar dengan cepat dan ruang sebar (volume sebar)nya pun sama dengan ruang alkohol tadi yang mempunyai energi kinetik: Ek=1/2 mv2.

Pendapat almarhum Syeikh Sya'rawi rh di dalam Anta tas'al Wa Islam tujib.:

Soal: Apakah memakai perfume yang mengandungi alkohol haram hukumnya?

Jawab: Memakai perfume yang mengandungi alkohol halal hukumnya. Alkohol menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk.

Jika ia dipakai untuk tujuan baik, contohnya untuk bahan bakar, hukumnya tidak haram. Alkohol tidak najis. Ada beberapa negara Islam melarang import Eau'De Cologne yang mengandungi alkohol. Misalnya disalahgunakan untuk diminum dan bermabuk-mabuk.

Wanita boleh memakai perfume hanya di dalam rumah sahaja. Jika keluar rumah, dilarang memakainya. Sebab, dapat mengundang perhatian lelaki dan memberi rangsangan.

Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam perfume adalah suci dan boleh dipakai untuk mengerjakan sembahyang tanpa ragu-ragu lagi

Hanya Satu Kisah Yang Dikongsi Bersama


Ini kisah keluarga Bah Tan, seorang lelaki cina etnik Hokkien yang tinggal di sebuah kampung bernama Kampung Bunut Sarang Burung terletak di dalam kawasan jajahan Tumpat, di seberang Sungai kelantan. Kampung ini juga pernah digelar dengan panggilan 'Kampung Cina' kerana majoriti penduduk di kampung itu ramai yang berketurunan cina. Bah Tan menyara keluarganya dengan bertani dan bercucuk tanam, sebagaimana kebanyakan orang cina kampung yang lain. Dia hidup sederhana bersama isteri dan seorang anaknya yang masih kecil.

Pada suatu hari, kampung itu didatangi seorang ulama yang menyebarkan keindahan agama Islam kepada penduduk di situ. Ulama ini melayan semua orang dengan penuh mesra dan hormat, tanpa mengira bangsa atau keturunan, miskin mahupun kaya. Beliau amat disenangi oleh orang kampung, dan ramailah juga penduduk kampung yang tertarik untuk memeluk agama Islam.
Semakin hari, semakin ramai penduduk kampung memeluk agama Islam, termasuklah beberapa orang adik ipar Bah Tan. Mereka kerap berkunjung ke rumah Bah Tan, dan menceritakan kebaikan agama Islam kepada Bah Tan suami isteri. Isteri Bah Tan mula tertarik dengan agama yang baru didengarinya ini. Dia cuba memujuk Bah Tan untuk memeluk agama ini bersama-sama, tetapi Bah Tan tidak mahu menukar agamanya.

Akhirnya isteri Bah Tan memeluk Islam secara diam-diam. Bah Tan sungguh marah apabila mengetahui perkara ini. Isterinya dipukul dan diugut supaya kembali menganut ajaran nenek moyang mereka. Demi menyelamatkan diri dan akidahnya, isteri Bah Tan membawa anak perempuannya lari dan mendapatkan perlindungan di Istana Kota Bharu.

Bah Tan cuba datang ke istana untuk mengambil semula isteri dan anaknya, tetapi Sultan memberi kata dua; Bah Tan tidak akan dipaksa memeluk Islam, dan orang yang memeluk Islam tidak boleh kembali kepada agama asal. Jika Bah Tan tetap enggan memeluk Islam, bererti Maryam bukanlah isterinya lagi. Bah Tan tetap dengan pendiriannya. Dia pulang dengan hampa.
Bekas isteri Bah Tan dan anak perempuannya diberikan satu ruang berhampiran dapur istana untuk menginap. Di sini dia mula menggunakan nama Islamnya Maryam, manakala anaknya diberi nama Siti Hajar. Maryam bekerja sebagai pembantu tukang masak istana, sebagai tanda terima kasihnya kepada Sultan yang sudi memberikan jaminan keselamatan dan tempat kediaman.

Beberapa tahun kemudian, Siti Hajar semakin meningkat dewasa dan kecantikannya menjadi buah mulut orang ramai. Ramai lelaki yang berhasrat untuk menyuntingnya dijadikan isteri, tetapi dia memilih anak lelaki tukang masak istana sebagai suaminya. Pernikahan mereka diwalikan oleh Sultan, sebagai wali hakim. Siti Hajar dikurniakan dua orang anak perempuan, yang sulung diberi nama Siti Fatimah dan yang bongsu dinamakan Siti Aisyah.

Apabila dua beradik ini dewasa, Siti Aisyah berkahwin terlebih dahulu. Suaminya bernama Hasan, anak orang kaya Ibrahim dari pekan Tumpat yang bekerja sebagai pembuat kapal (bahtera layar). Mereka dikurniakan tiga orang anak, seorang perempuan dan dua lelaki. Sayangnya umur Siti Aisyah tidak panjang, dia meninggal dunia ketika sakit melahirkan anak yang keempat. Bayinya juga tidak dapat diselamatkan.

Anak-anak Siti Aisyah yang masih hidup bernama Aminah, Yusuf dan Muhamad. Aminah kemudiannya berkahwin dengan seorang kerani Pejabat Tanah dari Pasir Puteh bernama Yasin, dan mereka dikurniakan sembilan orang anak. Semasa kecil, anak perempuan Aminah yang dipanggil Ros, dikatakan mewarisi kecantikan moyangnya Siti Hajar. Tidak dapat dipastikan samada kenyataan itu adalah benar mahupun sebaliknya.

Apa yang anda baca di atas ini adalah kisah benar dan telah menjadi sejarah. Dari mana penulis tahu semua cerita ini? Siti Fatimah (cucu Maryam dan Bah Tan) sudah lanjut usia semasa ditemui penulis yang masih remaja ketika itu. Siti Fatimah adalah moyang saudara saya! Ros pula ialah ibu saya.
-----
Pada hari ini, majoriti penduduk Kampung Bunut sarang Burung adalah beragama Islam. Cuma ciri unik mereka ialah genetik keturunan cina yang masih kelihatan pada warna kulit mereka yang agak cerah, rambut hitam yang lurus dan mata yang kecil atau sepet.
Selamat Tahun Baru Cina kepada saudara-maraku di sana, samada yang mengenali diri penulis ataupun tidak.
Dan semoga ulama yang tidak kukenali namanya itu dilimpahi rahmah dan maghfirah dari sisi-Nya. Aamiin yaa Ar'hamar-Raahimiin.

Rabu, 18 Januari 2012

Sambutan Majlis Perkahwinan Pihak Lelaki

 Hiasan Bilik Tidur


 Ayahanda Mentua
 Menantu Mithali

 Rombongan di sebelah pihak aku

 macam tak betul ja tempat duduk ni

 Photografer tak bertauliah


 Suap nasi kosong ja..??!!
 nah...nganga luas2
 dah kenyang....kenyang 'malu'

 ecececee.........
 Family picture
Family Picture 2