Selasa, 31 Januari 2012

Kemalangan DI Dalam Ribut

Just nak kongsi.


Petang ni keadaan cuaca amatlah memburukkan. Hujan turun mencurah-curah dengan kilat sabung menyabung. Ditambah lagi dengan angin yang kuat membuatkan aku dah cuak nak balik. Walaupun time tu baru menunjukkan pukul 4 petang, namun, keadaan time ni memang macam pukul 8 malam. Gelap giler. Time aku balik kerja pun hujan still turun. So, aku stay kat ofis lagi. Lebih kurang pukul 7 macam tu, baru hujan renyai2...malu2 gitu hehehehe...Aku pun apa lagi, bercelapak keluar dan terus ke parking motor, ambik encik GT aku tu. Lepas ja scan aku terus menuju ke puncak...eh silap...tu AF...aku pun terus menuju ke hadapan (mestila hadapan takkan ke belakang plak).

Sepanjang jalan toksah dok citer la...air longkang yang melimpah memenuhi jalan, sampah sarap segala mak nenek tersadai di tengah, tepi depan belakang jalan (eh ada belakang ke?).

Bila sampai je kat tempat kejadian, aku pun nek la heran. Apsal la lambat sangat keta kat depan ni. Terkemut-kemut. Kalah kura-kura. Time tu aku tak suspek lagi ada kemalangan.So terus je zupp.......ke kiri jalan dah terus memotong tanpa belas kasihan.

Bila dah banyak keta dok slow...aku pun slow la jugak. Time aku sampai ada seorang Mr Police Trafic hensem guy, tahan aku! Owh...nak bagi sebelah sana jalan lak. Dah jem. Keta tu melintang jalan. Aku pun buat2 la ramah, tanya pa jadi! so inilah info yang aku dapat!

kemalangan melibatkan 3 kereta dan 1 motor. sebab jalan licin, aku dah snap pic. tapi tak dapat download la plak. so citer jerla. time aku sampai tu,mangsa still ada! Yang aku paling kesian, motor tu! teruk gak. time ni aku dah geram dengan ambulan. tak datang2...

apapun aku nak pesan kat aku dan diri sesapa yang baca apa yang aku tulis ni. Bagi yang bawak KERETA tolong hormat kepada penunggang motosikal. Bila malam dan hai hujan, tolong rendahkan lampu kereta anda kerana lampu kereta akan menyebabkan SILAU. Ini akan menyebabkan motor atau kereta akan terbabas. Yang ni aku selalu kena! Dah banyak dah aku buat dosa kering. Yerla..pakai spek! hujan. Spek mana ada viper! keta-keta tuplak, bangang...boh lampu tinggi...memang kena maki percuma jerla dengan aku!

Bagi yang bawak MOTOR plak...jangan terlalu teruja nak bawak laju. bawakla seperti bawak motor. Jangan bawak motor tapi laju macam Ferarri. Sedarla sikit, korang tu bawak EX5 ja...jangan nak berangan.

Dah banyak aku bebel! Thanks for readers...luv u all!

(sekadar luahan rasa)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan