Selasa, 14 Februari 2012

N3 Khalwat~ Valentine: 6 pasangan di cekup~

kredit: kaki wayang


Menjelang sambutan Hari Kekasih atau Valentine Days malam tadi, seramai  enam pasangan muda ditahan di bilik-bilik hotel  bajet di sekitar daerah ini dalam operasi  bersepadu oleh Jabatan Agama Islam Selangor  (JAIS).

Operasi bermula pukul 1 pagi itu turut  melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan  (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya  Petaling Jaya dan polis.

Jurucakap JAIS berkata, antara kawasan yang  menjadi tumpuan bagi melakukan pemeriksaan   ialah sekitar Kota Damansara dan Seri  Damansara.

“Daripada lebih 10 hotel bajet yang diperiksa, kita  telah menahan enam pasangan berusia  lingkungan 20 hingga 30 tahun kerana  berdua-duaan di dalam bilik.

“Kesemua mereka ketika ditahan memberikan  kerjasama yang baik walaupun terdapat segelintir  yang hanya membuka pintu selepas dipanggil  beberapa kali,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua pasangan yang ditahan  kemudian dibawa pulang ke ibu pejabat JAIS untuk  disoal siasat mengikut Seksyen 29 Enakmen  Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana  berkhalwat. Katanya, pasangan tersebut kemudian  dibebaskan dengan ikat jamin sebelum menunggu  tindakan selanjutnya. 

Kredit: MyNewsHub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan