Punggung dan paha
merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak
memajukan diri kita dalam kehidupan. Seperti anggota lain bentuk punggung juga
boleh mengupas rahsia personaliti seseorang. Terdapat 5 bentuk punggung iaitu
bulat, seimbang, rata, besar dan tinggi. Jom tengok yang mana satu kah anda.
1. Bulat
Individu yang
mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik,
periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan
boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Dia juga seorang yang kuat dalam
mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.
2. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat
dan tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.
Bakal ibu dan bapa yang baik. Merupakan seorang ibu yang sangat penyayang dan
jika pemilik merupakan lelaki dia boleh menjadi seorang bapa yang jelas
pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya.
Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.
3. Tinggi
Punggung tinggi
ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat
disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak
mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok.
Orang jenis ini suka melakukan sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran
dan ini menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.
4. Besar
Pemilik punggung
besar dan paha besar seorang yang romantik,subur dan sihat. Mereka merupakan
individu yang penuh penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi
mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya
tidak ada yang mustahil dan segalanya boleh diatasi. Sentiasa mengukur kejayaan
diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.
5. Rata
Punggungnya rata
atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus,
bijak danterlalu idealistik. Seorang yang tidak pandai mencari peluang
berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak
lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu
berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.
Mungkin tidak tepat 100%, tapi selalunya akan mengena sedikit sebanyak dengan personaliti kita yang sebenar. Jadi yang mana satukah anda?
Mungkin tidak tepat 100%, tapi selalunya akan mengena sedikit sebanyak dengan personaliti kita yang sebenar. Jadi yang mana satukah anda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan