Isnin, 14 Januari 2013

N3 Wanted ~Susulan Suspek Tahanan Polis Lolos~


Tasek Gelugor: Baki dua tahanan yang masih diburu polis, kini semakin hilang punca berikutan penduduk tempatan menolak permintaan mereka untuk mendapatkan bantuan dan sebaliknya mahu menghantar mereka ke balai polis.


Kedua-dua tahanan terbabit, Hamzani Harun, 37, atau Mat Blue dan Hissham Abdul Rahman, 39, muncul sekitar Pokok Tampang, di sini, petang kelmarin, sebelum Hissham meminta bantuan seorang penduduk menghantarnya ke bahagian pulau di negeri ini.

Bagaimanapun, penduduk terbabit menjawab sinis dengan berkata hanya boleh membantu menghantarnya ke balai polis.
Penduduk kampung memaklumkan kepada polis mengenai kejadian itu sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi, sebelum mendapati kedua-duanya sudah menghilangkan diri.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, Hissham juga pulang ke rumahnya, tetapi menghilangkan diri sebaik diserbu sepasukan polis, kelmarin.

“Kita meminta ahli keluarga Hamzani dan Hissham segera menghubungi polis jika kedua-dua suspek terbabit pulang ke rumah atau menghubungi mereka,” katanya.
Hissham dan Hamzani dipercayai buntu selepas tiga suspek lain yang turut lolos minggu lalu sudah ditahan, malam kelmarin.

Mohd Farid Akhtar, 24, ditahan di Kampung Petani, Kubang Semang selepas pergi ke sebuah kedai makan untuk mendapatkan makanan pada am 8.30 malam manakala Mohd Shahrimy Mohd Noor, 28, pula menyerah diri kepada pegawai kanan polis di Pasar Awam Penanti pada jam 10.15 malam.


Mohd Khairul Nizam Abdul Rani, 26, pula ditahan di sebuah kafe siber di Penanti, Bukit Mertajam pada jam 1.15 pagi semalam. Khamis lalu, dua lagi tahanan yang lolos termasuk dalangnya, Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, ditembak mati selepas berbalas tembak dengan polis di Kampung Padang Ibu, dekat sini.

Sumber: http://www.cvkmedia.my/2013/01/2-tahanan-masih-diburu-polis.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan