Isnin, 6 Mei 2013

Greatwall Corned Beef ada DNA Babi


SIDANG AKHBAR PENARIKAN BALIK PRODUK MAKANAN TIN CORNED BEEF BERJENAMA GREATWALL BRAND

Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama sekali umat Islam di Negara Brunei Darussalam bahawa produk makanan tin Corned beef berjenama Greatwall Brand keluaran Negara China yang dikilangkan oleh North International Holding Tianjin Foodstuffs Import & Export Company yang berlabel halal yang diedarkan di Negara ini, telah dicemari dengan DNA babi.

Perkara ini adalah berdasarkan hasil dari penganalisaan Pusat Sains Halal, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan yang mendapati produk tersebut positif mengandungi DNA babi.

Sehubungan dengan ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama menasihatkan supaya:

- Para pengimport dan peniaga untuk menarik balik produk tersebut dari pasaran.

- Para pengguna yang berugama Islam yang memiliki produk terbabit untuk menjauhi dan tidak memakan produk ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan