Rabu, 16 Disember 2015

Koey Teow Sup Sedap - Menu Hari Minggu

Bahan-bahan

1 bungkus kuey teow – dibasuh dan siram dengan air panas, toskan.
1 labu bawang besar
1 batang kulit kayu manis *
2 kuntum bunga lawang *
½ inci halia *
1 batang serai, dititik *
3 ulas bawang merah ( di tumbuk) *
6 ulas bawang putih (ditumbuk) *
½ ekor ayam – dipotong kecik (nk potong besar2 pun boleh, suke ati okeh) # boleh juga guna daging
2 batang saderi
garam & serbuk Maggie secukup rasa

Bahan hiasan
2 keping tauhu putih goreng, didadu
sayur sawi - dicelur
sayur kobis –dicelur
taugeh- dicelur / dimakan mentah
daun bawang
bawang goreng

Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan bahan2 yang bertanda * sehingga naik bau. Masukkan ayam/daging dan kacau sebentar sehingga sebati dengan bahan tumisan tadi. Masukkan air hingga tenggelam ayam, atau ikut suke untuk membuat kuah sup. Masukkan bawang besar. Biarkan sehingga mendidih sebentar sebelum masukkan garam dan serbuk Maggie secukup rasa. Jika tak mahu guna serbuk Maggie secukup rasa pun xpe, boleh juga diganti dengan kiub pati ayam @ suke ati korang la yer! Masukkan juga batang saderi. Biarkan mendidih sebentar, dan ditutup api.

Sambal Kicap
Bahan-bahan
10 tangkai cili padi (hijau + merah)
5 ulas bawang putih
1 sudu gula pasir
Garam
Gula
Kicap manis
Sedikit jus limau / boleh letak 1 sudu makan, jus lemon

Goreng cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan dan dikisar @ ditumbuk. Kemudian, tumbuk/kisar cili padi, bawang putih tadi bersama gula pasir, garam dan serbuk perasa sehingga halus.  Kemudian bolehlah tambahkan kicap manis dan sedikit jus limau/ lemon. Jika suka cair tambah, sedikit air.

Cadangan hidangan, masukkan koey teow yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Masukkan isi ayam yang telah dicarik2 / masukkan ketulan daging. Letak kan bahan hiasan, dan curah sedikir sambal kicap. Boleh letakkan cili potong jika mahu lebih pedas dan hirisan limau nipis. Curah sup panas ke dalam mangkuk dan sedia dihidangkan panas2. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan