Khamis, 5 Mac 2015

Entre Memasak: Masak Lemak Cili Padi Ayam Campur Rebung Madu

Assalamualaikum...

Sudah lama tak berblog, 
dah naik berhabuk

N3 kali ni lain sikit dari kebiasaan,
Selalunya N3 luahan hati, perasaan dan sama waktu dengannya, 
kali ni nak buat n3 masak-memasak pulak!

Biasala bila sudah bertukar status seorang istri n mama,
bertukarla tanggungjawab tu.
Sebelum ni, asyik perasan 'single, not available'
sekarang tanggungjawab besar menanti!

Menu ni, menu semalam,
Permintaan dari encik Hubby!
kebetulan encik hubby ada bawa balik rebung masu fresh punya,
apa lagi kita terus keletung keletang la kat dapo tu!
macam nak berperang!

Eiryz tak rempah biasa, rempah ni eiryz guna yang segera! 
walaupun segera, tetap homemade tau!
Bukak jew typerware, drop jer dalam kuali, terus masak! 
As simple of that!
Encik hubby yang cerewet pasal makan pun,
dont say anything!
He like ler ler tu!
Me like moree......!!


Resepi: Masak Lemak Cili Padi Ayam bersama Rebung Madu
Resepi Asal: Mak
Olahan: Eiryz


Bahan-bahannya:
½ ekor ayam saiz sederhana – diperap dengan tepung, dibilas dan toskan.
2 cawan rebung madu  - dihiris nipis, direbus dengan sedikit garam, dan toskan.
1 kotak santan MS – lebih kurang 250 gram
2 cawan air
2 batang serai -  dititik
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
2 inci kunyit hidup (jika tiada 1 sudu kecil serbuk kunyit)
12 - 15  biji cili api (ikut kepedasan masing-masing)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah india
1 ulas bawang putih
Santan cair ( ½kotak santan + ½ cawan air)
-  Satukan bahan-bahan di atas dan kisarkan.

#Eiryz guna rempah segera, resepi yang sama! ;-D

Cara-cara membuatnya:
- Masukkan bahan kisar di dalam periuk, masak hingga kering air dan goreng seketika untuk memastikan bahan-bahan kisar masak dengan elok. Gunakan api perlahan.
-Masukkan ayam dan tunggu sehingga air ayam keluar, dan gaulkan bersama-sama dengan rempah.
-Setelah air ayam kering, masukkan santan santan dan sedikit air. Jangan terlampau masukkan air yang banyak kerana masak lemak nanti akan kelihatan cair.
 -Masak sehingga mendidih dan ayam empuk. Gunakan api yang sederhana dan dikacau selalu.

 -Akhir sekali masukkan rebung, garam dan perasa.  Masak selama 5 - 6 minit lagi dan kemudian bolehlah ditutup api.







Rabu, 4 Mac 2015

Mood Lari...........


Kenapa?
Sapa tak angin jika pagi2 datang kerja, breakfast pun belum, datang sergah kita ni macam takder perasaan. 
Aku tahu, kau orang lama...tapi kau jangan ingat kau orang lama, kau boleh jadi boss kat sini! 
Kau pun KULI BATAK mcm aku jugak kat sini!

Jangan nak tunjuk keras kepala sangat la kat sini!
Kalau yer pun ada masalah, jangan lepaskan kat tempat kerja.

Yang buruk, busuk, hampeh punya pasal, lepas kat aku semua,
tapi, yang baik, cantik, elok, wangi....cepat2 hang sampaikan kat orang!!

Feeling: Moody, rasa nak makan orang sekarang!!

Khamis, 5 Februari 2015

cerpen Baru ~Szaza Zaiman~


Assalamualaikum.

Pernah dengar tentang penulis bebas Szaza Zaiman!
Saya salah seorang pengikut di blognya!
Dari hari ke hari, bakat menulisnya kian terserlah.
Kadang-kadang saya rasa seakan dia menceritakan tentang kehidupan dia sendiri
Tulisan yang tidak mengboringkan dan kadang-kala boleh ketawa sendirian dengan ayat selamber dia!
Semoga success selalu!

Cerpen terbaru Szaza Zaiman boleh klik di SINI

Wassalam

Rabu, 4 Februari 2015

Petua: Atasi kulit melepuh dengan kopi

Assalamualaikum..

Pernah terkena air panas!

Kebiasaannya wanita yang selalu kena air panas, minyak panas dan wanita jugak sangat menjaga sensitiviti kulit mereka!


Pasti ada di antara anda yang risau mempunyai parut yang hodoh akibat terkena air panas dan ini pastinya membuatkan anda malu dan kurang keyakinan.

Jangan risau kerana kali ini kami ingin berkongsi petua bagaimana mahu merawat kulit apabila terkena air panas dengan menggunakan kopi.

Dipetik dari Wanita, caranya mudah iaitu dengan menepekkan serbuk kopi serta-merta pada bahagian yang terkena air panas itu.

Biarkan selama 10 minit, kemudian bersihkan bahagian yang ditepekkan kopi tersebut dengan air yang bersih dan anda akan melihat kulit tidak lagi melepuh.

Selamat mencuba!


Susah Dulu, Senang Kemudian...

Assalamualaikum WBT

Rasanya dah berhabuk blog ni
Dah lama saya tak menjengah
Kadang-kadang kekangan masa yang tidak menentu
Niat untuk menulis, banyak kali tertangguh

Sebenarnya, banyak yang ingin dicoretkan diluahkan kedalam blog kali ini, tetapi masa yang terlalu singkat telah mematahkan segalanya.

Apapun, inshaa allah saya akan cuba isikan blog ini dengan banyak perkara lagi kedepan hari

Terima kasih kepada silent reder yang banyak wassup saya yang sudah lama menyepi 

Kalau ada masa kehadapan hari, inshaa allah saya akan cuba untuk menceritakan semua kisah hidup saya

Doakan saya yer!!

Apapun takniah kepada  satu-satunya adik lelaki saya yang selamat menimang cahaya mata sulung Januari lalu. 


 Syirin Qairaa Amanda

Wassalam

Rabu, 12 November 2014

Magnum Percuma



Percuma u, nak apa lagi huuhuh...
jom kita serbu..
kat mana...??
Tu...dah ada kat poster tu...
Tak pun, klik je kat link ni untuk mengetahui maklumat lanjut
Klik SINI


Isnin, 15 September 2014

Takziah & Get Well Soon

Semalam kami dikhabarkan dengan berita adik ipar aku dimasukkan ke Hospital kerana sakit dalam perut. After check up dengan doktor...doc mengesahkan dia kena appendik so have to operation as soon as possible.

We have surprise of that because dia xpernah sakit. But alhamdulillah operation berjaya dan dia sekarang msih lagi berada di wad.



Semalam kami juga dikejutkan nenek belah suami aku telah kmbali ke rahmatullah. Takziah untuk suami aku dan family.