Rabu, 21 Disember 2011

Menghitung, Mengira, Mencongak + - X /

rasanya dah lama tak masuk sini.
nk cuti seminggu kena settle kerja seminggu
bukan boleh biaq
nanti lagi banyak dok atas meja ni

harini dah mula rasa badan sejuk kejap, suam2 kuku kejap..
kenapa ni??
eh...ni bukan citer antu ler nak seram bagai..
aku ni ja yang tak sihat.. 
selsema...demam...pening ja belum
lau yang tu pun kena aku dok rumah ler
selagi badan boleh diangkat, dipaksa untuk buat kerja...selagi itula aku buat..

apa yang asti aku takmau BERSANDING atas katil hospital...
tak rela youuu....
Please doakan aku semoga cepat sembuh yer...

Khamis, 15 Disember 2011

Masyuarat Kenduri

Semalam aku balik kampung...sebab apa?
sebab apa lagi yang membolehkan aku tiap2 hari balik..
dah start sakit pinggang ni...
lau naik GT takpa la..ni naik skuter...aloyai.......

semalam ada kacau bubur asura...ala bubur yang kita buat masa sambut bulan Muharam tu!!!
ha..yang warna hijau2 tu...banyak kacang...n ubi tu...
buat untuk makan time mesyuarat

adala aku snap beberapa keping gambar, tapi maklumla,,yang ditangkap tu veteren sumer..so aku pun tak bleh banyak2...nanti der plak orang marah...

hasil dari perbincangan semalam, ni la yang dapat: (Ceh! macam setiausaha nak bentang minit menyuarat plak!)

Panggilan: 3000 orang
Cenderahati kepada tetamu : 2000 beg
Makanan: 
    1. daging gulai dengan umbuk pisang
    2. ikan talang masin goreng + cili + bawang
    3. Pajeri nanas
    4. Masak lemak ikan talang dengan nanas
    5. cendol pulut
    6. bubur pulut hitam
    7. Ulaman dan sambal belacan (tempoyak + asam limau)
    8. Nasi beriani + nasi minyak + nasi daging + nasi putih
    9. ABC (Dalam perbincangan-nak cari mesin sebenarnya)

Selasa, 13 Disember 2011

Annual Dinner & Wedding Ceremony

Dah lama rasanya tak jenguk kat sini...bukan apa, kekangan tugas membataskan segalanya..ditambah lagi dengan majlis bersejarah aku yang bakal tiba tak lama lagi...tapi seblum tu aku dibusykan dengan Annual Dinner. Almaklumla, dah namanya kominiti member dalm dinner tu..apa lagi, kena buat kerja la. Nak cari Door Gift lagi, Hadiah lagi...penat siot!!!

Minggu ni nak gi ambik baju yang design aritu. Dah siap! Tapi ada kat sungai petani la...aritu hantar design kat KL. 1 Bulan baru siap!

Anything, i will update soon!!

Khamis, 8 Disember 2011

ISO Audit

manyak tensyen lorr.........
manyak minum kopi...
kepala jadi mengong....
ini Auditor...
mau macam-macam file...
bila sudah bagi 
takmo nengok plak..
betul2 tensyen lor....

Isnin, 5 Disember 2011

HP Sauce & Tobasco Sauce HARAM!!!


ha...kat sini dah tertera..
sudah terang lagi bersuluh..
sudah tau tak payah nak suluh..
siang2 nak bersuluh..
gilo ka apo!



4 hari 4 juta

filem ombar rindu memulakan fenomena baru
dengan 4 hari tanyangan mengutip lebih 4 juta
sekaligus mengalahkan filem twilight saga yang ditayangkan pada 18 nov. 
ha..apa tunggu lagi..
jomla reramai gi tengok nun ha...
jangan nak tunggu CD haram tu ja
tak pasal2 kena samak nanti....

Sabtu, 3 Disember 2011

Kena Kea huhuhuhu

huhuhu... kena kerja...
penat siot..
semalam gaduh!!
arini dah bengkak mata sebab buang air mata semalam
penatla...nak balik tido lah...
tata..titi tutu

Khamis, 1 Disember 2011

RARA ZIKRY KE RAHMATULLAH

TAKZIAH UNTUK FAMILY RARA ZIKRY 
UNTUK PENGETAHUAN, ARWAH RARA TELAH MENINGGAL DUNIA PADA PUKUL 10 MALAM TADI DI SUNWAY MEDICAL CENTRE!

ARWAH RARA DIMASUKKAN KE HOSPITAL SETELAH REBAH SEMASA JOGING DAN TERUS DIHANTAR KE HOSPITAL. ARWAH YANG JUGA MENGIDAP ASMA TELAH JATUH LUMPUH DAN SEPARA KOMA.

SEMOGA ALLAH SWT MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ARWAH.

AL-FATIHAH

Rabu, 30 November 2011

Rentetan N3 Kemalangan Di Tempat Kerja 2

n3 sebelum ni aku ada post tentang kemalangan di tempat kerja di SINI dan di SINI
dahla dilayan buruk oleh kakitangankepalabadan kat situ
bila masuk plak kena tunggu plak
dorang ingat ini bukan kes kecemasan ke
time tu aku tak plak tengok ada ke xcident ka apa ka...
tenang ja bagai setenang air di kali
(cewah!!!)

lepas masuk jumpa doktor,
terus tanya KENAPA?
aku pun jawab. I PUNYA PEKERJA KENA CHEMICAL KAT MATA?
macam mana boleh kena? time ni aku jawab dalam hati. DAH NAMA XCIDENT, BUKAN SESUKA HATI USUS JANTUNG NAK BAGI KENA KAT MATA?
NTAH! ni jawapan malas!
CHEMICAL NAMA PA?
ULTRA H
I TAKMAU NAMA BIASA, I NAK NAMA SCIENTIFIC!
time ni aku dah start garu kepala
boss aku terus call PURCHASING MANAGER MR TONY tanya pasal tu!!

n da last u know what happen!

KAMI TAKDAK PAKAR MATA, KENA BAWAK GI SUNGAI PETANI!

DENGAN AMBULANCE KE?

SORRY KAMI TAK BOLEH PROVIDE AMBULANCE SEBAB AMBULANCE HANYA
UNTUK KES KEMALANGAN DAN KES KECEMASAN SAJA

HABIS TU KAMI NAK HANTAR DENGAN APA?

KAMU KENA CARI TRANSPORT SENDIRI.

aku time tu dah bengang semacam
ni bukan kes kecemasan ke?

n da last kami pergi Hospital Sungai Petani dengan sendiri
sewa kereta dengan harga RM120.00
bukan pasal duit
tapi pasal kemanusiaan...
mentang2 pekerja aku ni NEPAL
dorang buat tak tahu ja yer

kami sampai sana lebih kurang pukul 9.30 malam. 
sharp!
terus ke wad Kenanga dekat K4

AKU TABIK SPRING TOING TOING TOING KAT STAF KAT SINI!

bukan setakat facilities yang bagus
kakitanganbadankepala juga bagus
aku bagi 5 STAR

NI JA YANG SEMPAT AKU SNAP SETELAH PENAT BERLARI KE SANA SINI





TERIMA KASIH KEPADA MR. RAJASIGARAN DAN DOKTOR NG S. W. KERANA MELAYAN KAMI DENGAN BAIK SEPANJANG KAMI DISANA!

HOSPITAL BARU SUNGAI PETANI MEMANG THE BEST!!

Outing l Akhirnya CKF Pecah Tradisi

hehehehehe..........
(^^,)
Senyum aku arini macam senyum bermakna
Tapi........
Memang bermakna pun!
Untuk pengetahuan,
sorang kawan aku ni memang dah lama aku ajak
pompuan la...
Puas diajak, dirayu, disembah...
hampeh!
bo layan........
emosi nampak!
tetapi semalam CKF
(Che Ku Fatimah Binti Che Ku Setia)
telah memecahkan tradisinya
tau tak apa......
,
,
,
,
,
,
SEMALAM KAMI GI TENGOK WAYANG

huhahuhahuha
ini semua gara-gara
TWILIGHT SAGA
sekuel yang terakhir..
pada mulanya, lewatla..takutla...
dah masuk panggung, tapi siap patah balik sebab show start pukul 8.30pm
dah tentu habis pukul 10 lebih2 macam tu la
baru je keluar dan menapak lebih kurang 10 langkah,
aku dengan SADISnya berkata...

"BABY DIA LAST SEKALI MACAM MANA EK?"
"BELLA JADI PA?"

terus kami break macam break motor dari melanggar nyamuk yang sedang melintas jalan
eh! ada ke nyamuk melintas jalan! lantaklah...

boleh plak kami buat pusingan 'U' dan terus turn left dan menuju ke kaunter tanpa melihat kiri kanan depan belakang jauh sekali nak mendongak ke atas!

"DIK, TIKET TWILIGHT 2 ORANG"

aku mintak kat adik kaunter yang comel tanpa menggunakan talian hayat
tanpa menunggu trafik laght bertukar menjadi merah sebab time tu dah warna oren,
kami terus serbu panggung

Boleh tahan orang...
suasana pun ok..tak berapa sejuk 
walaupun kadang2 aku berpeluk tubuh hehehehe

keluar ja dari panggung, soalan cepu perak CKF bagi kat aku..

"MACAM MANA? DARI 1 HINGGA 10, CITER NI NO BERAPA?"

"5"

aku menjawab dengan takdak perasaan!

"ERMM SAMALA"

pokpekpokpekpokpek

kami sambung borak sampai parking keta tayar 2 kami
4WD wave CKF terletak elok tepi PERSONA karisma warna merah aku!!

THEN........
,
.
.
,
,
,
,
APA LAGI!
BALIK TIDOLA.........
DAH LEWAT BEB, ESOK NAK KEJER!!! 

Puisi Zahiril Untuk Shera


“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.”

Rentetan N3 Kemalangan Di Tempat Kerja

semalam aku ada post satu n3 yg citer tentang xcdent kat tempat kerja aku ni...
Lau terlepas baca, bolehla clik kat sini..
Ini bukan nak MENGUMPAT atau nak MENGATA
tetapi nak MENASIHATI
kali ni aku yang terkena, 
aku taktau la kalau ada orang lain dah terkena macam yang aku kena!
Nak tahu apa?
bukan kena loteri la...
lau kena loteri...itu kena sebat nanti di neraka lorr...........

macam ni...
Lepas saja pekerja aku ni kena chemical dekat dia punya mata..
dan usaha aku untuk meneutralkan kembali matanya gagal,
aku terus ambil keputusan untuk membawanya ke hospital
aku cap hospital itu sebagai HK
HK ni bukang Hong Kong tau, orang yang bernama Hock Keng pun lagila takdak kena mengena..

dah jadi satu hal pulak nak bawak dengan apa...
semua orang tak sanggup..
so, aku yang masih tinggi kemanusiaan aku ni bersama dengan BOSS aku
bawaklah mangsa ke hospital..

uols nak tahu apa yg jadi..
boleh plak geng2 yang dok kat spital tu wat dono ja...
pastu, soh aku gi bayar lu
pastu baru leh register..
pastu kena tunggu plak..dekat 15m jugak la
barula pekerja aku ni diberi rawatan...
,
,
,
,
,
,
,

nak tau apa yang jadii lepas tu yang buat aku berangin sampai nak bakaq ja spital tu..
tunggu jerla n3 lepas ni
,
,
,
,
(sebenarnya aku tak larat nak menaip)

Selasa, 29 November 2011

Kemalangan DI Tempat Kerja

keadaan hari ni agak cemas....
Salah seorang pekerja aku kena cemical kat mata..
Kalut jugak la aku...
yang kalut nak menyibuk pun ada gak..
So, aku yang berpengalaman dalam pertolongan cemas,
memberila bantuan..
sampai banjir tandas aku kerja kan...
mata yang kena cemical tu,
aku alirkan dengan air suling,
untuk naturalkan mata yang kena bahan kimia tu..
sekali dua2 basah...bukan kena tangkap basah ek!!
so aku dengan bos bawak la pergi hospital..
kat sini yang paling dekat Hospital Kulim la...
Nak dijadikan cerita..
,
,
,
,
,
,
,
,
aku dah pening...
dah blur-blur..
mengantuk..nk tido........
nanti aku sambung len

Khamis, 24 November 2011

"Sedetik Sudah" ganti "Penakut"

Erm...aku pun taktau nak cakap apa..
isu aku yang lepas boleh tengok di sini..
Tapi sidang media yang dilakukan AIM menghuraikan segala kekusutan
Akhirnya lagu 'Sedetik Sudah' nyanyian Anuar Zain, Komposer Edry anak Pak Halim yang memenangi anugerah Lagu Terbaik AIM.

Aku harap lepas ni takdak lah isu macam ni lagi..

ermmm...

bolehke?

wallah hu alam

Rabu, 23 November 2011

Anugerah Yuna DItarik Balik

Emm..aku pun tak tahu nak kata apa...
AIM yang berlangsung baru-baru ni banyak yang harus di perbetulkan..
Kali ni dengan penarikan anugerah daripada penyayi dan komposer muda, Yunalis @ Yuna

Alasan: Masalah teknikal...
Aku ada gakla lalu sebentar kat siaran AIM malam tu...
Pengacara okey jerk walaupun nampak over..
Tapi adatrlah majlis anugerah macam tu, semuanya kena OVER

Tapi, aku hairan la...kenapa anugerah berprestij macam ni boleh ada maslah teknikal..
So sapa sebenarnya yang menang anugerah Yuna tu????
?
?
?

Selasa, 22 November 2011

Gambar Sekitar Majlis Akad Nikah Aku 12.11.2011

Aku paling suka bunga melur...

 ni namanya kuih peneram
 ikan kembung nak buat ikan goreng
 dekat 10kg jugak
 adik n da geng
 Aku pun taktau apa yg depa buat
 my pureen kesayanganku
 bilik aku sebelum dikemas
 ha..kan cantikk
 duit mas kahwin, RM2,584.00

Selepas saja majlis akad nikah kat Masjid, 
Semua ke rumah aku untuk menjamu selera..
Macam2 gelagat boleh ditengok..


 Makcik nak gaul pulut dengan kelapa parut

 Kat rumah, baru tengah masak2





 Time ni ada plak orang jerit "PENGANTIN KENA KIDNAP!!"
 Pengantin baru sampai
 Sahidi n Syahrul


 CheKu peace....
 Ainah, Mel N Ainah
 Shima N maknya

 Cuba tengok orang lelaki yg pakai baju putih tu...
Bukan laki aku ke tu!!!
Hampeh..makan tak panggil pun..



 Nieysa...my future sister-in-law

 Makteh, yang merangkap tuan rumah sepanjang mak teman anak dia gi nikah