Ahad, 26 Ogos 2012

N3 Agama ~ Kesan Air Tangan Orang Yang Tak Solat~


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.

Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. – Wallahu a’lam.

Rabu, 15 Ogos 2012

Selasa, 14 Ogos 2012

N3 Soal Jawab Agama ~3 Cara Banyar Kifarat Akibat Zina Di Bulan Ramadhan~


SEBELUM berkahwin dengan isteri, saya pernah berzina dengannya beberapa kali pada waktu siang bulan Ramadan.
Kini kami sudah bertaubat. Bagaimanakah kiraan kifarat ke atas saya jika saya tidak mampu berpuasa untuk tempoh yang lama itu? 
HAMBA ALLAH,
Kuala Lumpur 

Jawapan:

PERSETUBUHAN pada siang hari pada bulan Ramadan termasuk dalam perkara merosak dan membatalkan puasa. Puasa yang terbatal wajib diganti dan dibayar kaffarah.

Kaffarah puasa ada tiga peringkat iaitu (1) memerdekakan hamba mukmin sama ada lelaki atau perempuan, sekiranya tidak mampu, (2) hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut dan sekiranya mampu, (3) hendaklah memberi makan kepada 60 fakir atau memberi mereka 60 cupak makanan asasi yang boleh dijadikan fitrah seperti beras atau gandum.

Sekiranya ketiga-tiga itu tidak mampu dilaksanakan, kaffarah masih perlu ditunaikan apabila dia berkuasa melakukannya tanpa pengecualian.

Dalam keadaan tertentu, hanya diwajibkan ganti tanpa kifarat apabila: (1) Orang yang bersetubuh memasukkan kemaluan dalam faraj belum sampai had yang ditentukan, (2) Yang disetubuhi (perempuan), (3) Bersetubuh dalam keadaan lupa dan (4) Berkeadaan jahil ketika itu mengenai terbatalnya puasa dengan kelakuan itu.

 Sumber:Harian Metro 15/8/2012

N3 Soal Jawab Agama ~Jimak Siang Hari Di bulan Ramadahan~


SAYA pernah bersetubuh pada siang hari dalam bulan Ramadan tahun lalu. Saya membuat pilihan untuk memberi makan kepada 60 fakir miskin.
Tetapi di tempat saya, tiada fakir miskin. Bolehkah saya membuat kenduri di rumah saya dengan menjemput jiran? Atau bolehkah saya bungkus makanan yang berjumlah 60 bungkus dan diagihkan ke rumah jiran? 
Zack,
SELANGOR 

Jawapan:

BERSETUBUH pada siang hari di bulan Ramadan membatalkan puasa. Seorang lelaki yang batal puasa atas sebab bersetubuh hendaklah qada’ puasa yang terbatal itu dan membayar kaffarah (kifarat).

Kaffarah puasa ialah: 1. Memerdekakan seorang hamba jika mampu dan ada. Sekiranya tidak berkuasa, 2. hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut, dan 3. mengeluarkan 60 cupak beras kepada 60 orang fakir atau miskin dengan kadar secupak seorang.

Bagi mempermudahkan pembayaran itu, saudara boleh membayarnya di masjid di tempat saudara tinggal sekiranya yakin ia boleh sampai kepada fakir miskin.

Seterusnya saudara boleh membayar kaffarah di Pusat Pungutan Zakat. Mengadakan kenduri di rumah dengan menjemput jiran atau membungkus makanan untuk diagihkan ke rumah jiran tidak memadai terutamanya apabila mereka orang kaya dan berada.

Kaffarah itu hendaklah diterima oleh fakir atau miskin. 

N3 Soal Jawab Agama ~Hamil Tanpa Izin Suami~


SAYA seorang ibu yang kehilangan anak ketiga akibat penyakit genetik. Menurut doktor, setiap kali saya mengandung saya berisiko 25 peratus tetapi perkara itu boleh dikesan menggunakan kaedah amniosintosis (pengambilan air ketuban) pada seawal 12 minggu kehamilan.
Suami saya seolah-olah berputus asa dan tidak mengizinkan saya mengandung lagi kerana takut perkara sama berulang. Namun saya ingin cepat mengandung bagi mengubati hati saya kerana kehilangan arwah. 
Saya tetap yakin Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Dia mendengar doa yang saya panjatkan kepada-Nya setiap hari dan saya yakin anak itu adalah rezeki.

Bolehkah saya mengandung tanpa keizinan daripada suami?

Ibu Runsing,
KUALA LUMPUR

Jawapan:

PENYAKIT keturunan atau baka (genetic disorders) berlaku atas sebab ‘kekurangan, terlebih, atau kecacatan gen dalam DNA orang yang terbabit.’ (http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit).

Kemungkinan ia boleh diwarisi oleh anak. Bagaimanapun, kita hendaklah yakin semuanya datangnya daripada Allah dan anggaplah semuanya sebagai ujian daripada-Nya.

Puan sudah berjaya menghadapi cubaan itu dan hasrat puan untuk mengandung tanpa keizinan suami patut dielakkan. Ketaatan sepenuhnya kepada suami menjadi tanggungjawab isteri.

Ia adalah ujian Allah sehingga dapat melayakkan puan memasuki syurga Allah. Puan hendaklah berbincang dengan suami secara baik mengenai hasrat itu.

Bawa berbincang dengan pakar perubatan kerana ia dapat merapatkan hubungan suami isteri serta mungkin suami dapat bertolak ansur selepas mendapat khidmat nasihat.

Sumber: Harian Metro 15 Ogos 2012

Rabu, 8 Ogos 2012

N3 Khas Raya ~Buka Puasa~

Dah tau kat mana nak buka puasa hari ni!!!
Ada satu tempat nih!!
Tapi kat sini kena tahan sakit sikit la...
Makanan pun best jugak...
Boleh la p cuba petang nih yer...........
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,

,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
JANGAN LUPA SINGGAH YER!!!

Selasa, 7 Ogos 2012

N3 Khas Raya ~Tiket Bas Habis~

Mmm..selalu sangat aku dengar pasal nih! Tak boleh balik la sebab tiket bas habis! Kenapa?? Bas tak cukup ke atau ambil kesempatan untuk naikkan harga. Yela kan..walaupun tiket tu dah kena double harga, orang sanggup beli! Kata dorang, apala sangat dengan duit, kalau nak dibandingkan dengan family! Yer betul aku akui tu!!! 

Tapi aku ada cara yang terbaik yang boleh korang ikut untuk balik kampung time raya nanti...

Cuba TRY, bagus nih!!
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
ADA BERANI!

N3 Saja ~I'm BACK~


Emmm rasa dah berzaman tak bukak blog!
Tak ada kesempatan...bizi memanjang..
Buat apa ntah!!

Rasanya inilah N3 paling malas penah ditaip oleh aku...
Malas lah nak xplain bebanyak..ntah ada orang baca ke tak!!! 

by the way..thanks kepada rakan2 bloger yang sudi bertanya khabar...mengutus pengganti suara bertanyakan khabar! jeuh jugakla nak membalas!! tapi dengan adanya N3 nih..diharap dapatlah tau yang saya dah buat comeback!

oklah guys..nak p terjah bazar jap...nak masak..sengsorang ja..bek beli yer tak!!
(malas sebenarnya! malu nak ngaku heheheh)