Khamis, 8 Mac 2012

N3 SENTAP ~KENA PECAT SEBAB BEDAH HIDUNG~


KAHERAH: Seorang ahli Parlimen mewakili parti Islam paling konservatif semalam meletak jawatan selepas didapati berbohong mengenai pembedahan kosmetik pada hidungnya.
Wakil Parti al-Nour, Anwar al-Balkimy, sebelum ini mendakwa balutan pada mukanya sebelum ini akibat dipukul ketika keretanya dilarikan penjenayah.

Dalam kenyataan dikeluarkan Parti an-Nour, Anwar meletak jawatan selepas ketua parti berkenaan, Emad Abdel Ghafour, bersama sekumpulan pemimpin lain mengunjunginya di hospital untuk menyoal siasatnya.
“Didapati dakwaan dia menjadi mangsa serangan penjenayah tidak benar,” kata kenyataan itu.

Parti itu juga meminta maaf atas penipuan dilakukan Anwar.

Sebagai pembawa fahaman konservatif, kumpulan digelar Salafi itu mengikut tafsiran Islam yang ketat, termasuk mengharamkan pembedahan kosmetik untuk tujuan kecantikan.
Langkah itu dianggap mengubah ketentuan Tuhan.

Sementara itu, jurucakap al-Nour, Nader Bakar, berkata Anwar juga dipecat daripada parti berkenaan.
Katanya, Anwar juga meminta maaf atas tindakannya sebelum ini.

“Kami cuba menonjolkan nilai sosial baru dalam politik berdasarkan prinsip Islam.

“Dia mungkin mengalami masalah gangguan emosi,” katanya. Sejak beberapa hari lalu, media tempatan menyiarkan gambar muka Anwar berbalut sehingga hanya menampakkan mata, mulut dan jambangnya.

Menurut media, Anwar masuk ke sebuah hospital di Kaherah pada 28 Februari untuk membedah hidungnya dan pergi ke sebuah hospital lain beberapa hari kemudian dengan mendakwa kononnya dia dipukul. – AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan