KAJANG: Sambil menyelam minum air. Itu dilakukan kumpulan pecah rumah di daerah ini sebaik mendapati kecuaian mangsa yang gemar menggantung kunci kereta di tepi pintu utama rumah mereka.
Difahamkan, suspek menyasarkan rumah tidak berpenghuni selepas mengintip mereka beberapa jam sebelum itu dan memecahkan pintu rumah menggunakan pemotong besi serta melarikan barangan berharga.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Ab Rashid Ab Wahab berkata, sebaik memecah masuk dan melihat kunci kereta tergantung di tepi pintu, suspek melarikan kereta mangsa sebelum menjualnya.
“Berdasarkan siasatan, tiada tanda pecah masuk pada pintu kereta, malah suspek menggunakan kunci asal,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam.
Katanya, berdasarkan laporan mangsa yang kehilangan Toyota Camry di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, polis memberkas seorang lelaki berusia 29 tahun di Dataran Cheras, Jumaat lalu.
Katanya, penahanan dibuat empat jam selepas seorang lagi mangsa yang juga pembantu peribadi ahli politik membuat laporan polis kehilangan Exora di Bandar Mahkota Cheras.
so lepas ni kena hati-hati. jangan sangkut di pintu atau dinding. apa salahnya kalau kunci kereta di bawa sekali masuk dalam bilik tido!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan