Isnin, 27 Mac 2017

Pusing-pusing Penang, Replacement CNY 2017

Assalamualaikum...

Amboih...cerita dah basi, baru nak tunjuk!
hehehehe...

Tahun baru cina baru2 ni (30 Jan 2017: Monday) ada la buat gathering cikit ngan kengkawan BFF nih! Saje jela..dah lama tak buat meet up, makan-makan!
Kebetulan encik somi pun cuti, pe lagi, merendet ler..
Thanks kepada Che Ku Fatimah & Najmi kerana sudi mengekor.
Thanks jugak kepada Hubby terchenta Mohd Fadzil Hashim kerana sudi melayan 3 dara HOT & SPICY ni! (yerks!)

Wey, bila nak buat lagi nih!

Kat Batu Feringhi. yang belakang tu Cheku

Encik Somi, senyum nampak gigi susu hehehe

Atas bukit nih! Taktau bukit apa, tapi dekat dengan empangan

hak cipta untukku sahaja

menung teringat sape tu

cak! hehehe

singgah batu feringgi, lapor la plak! kita soru dulu. Laksa Penang

Mee Kuah

we love selfie

wefie! BFF sampai akhirat
ha...lenguh dok bebel. 
nak p makan sat!

bye!

Khamis, 16 Mac 2017

NOVEL PILIHAN: MANNEQUIN by IILYA ABDULLAH


Baru je sampai semalam kat ofis. Belum ada masa lagi nak menelaah. Sibuk dengan kerja. Almaklumla, HR. Semuanya nak kena settle. Ada pekerja asing dari Nepal nak datang. Awalnya nak datang seramai 20 orang. tetapi jadi 17 orang saja, Pagi ni dapat tahu, hanya 13 orang saja yang masuk dahulu. Selebihnya, akan datang kemudian. Takpelah, asalkan ado daripada tiada kan.

Nak cerita pasal novel, apsal aku melalut pasal kerja aku ni!

Aku dlu slalu follow cerita ni dekat Ilham Grup Buku Karangkraft. Selalu cari cerita-cerita seram yang di upload di sana. Tiba-tiba bila dengar, dah nak dibukukan, terus beli ngan penulis. Siap ada tandatangan lagi.

Esok dah Sabtu, so malam ni selamat menyeramkan diri la! Lepas ni boleh la buat book review.

Bye. Adios.
Sweet Eiryz

Ahad, 12 Mac 2017

Entry Pertama setelah Sekian Lama...

Assalamualaikum...

Dah lama aku tidak mencoret sesuatu di sini! Sudah agak lama tidak bersiaran, padahal hari-hari mengadap komputer. Aku cuba untuk mengisi masa lapang dengan lebih bermanfaat. Cuba untuk membuat luahan hati di kanvas putih, tidak kepada seseorang yang bernama manusia. Bukan aku serik, tapi pengalaman membuatkan aku lebih sedar dan peka, tidak semua perkara boleh dikongsikan.

Bijak menuturkan kata-kata tidak semestinya bijak menyembunyikan rahsia orang. Manis dimulut tidak pasti putih hatinya. Aku sudah masak itu!

Luahan aku, diari hati aku!

Semoga bertemu kembali.

bye!

Rabu, 7 September 2016

Anak....

Hanya coretan biasa...
Pasangan yang berkahwin, tentulah menginginkan kebahagiaan...
Inginkan permata hati yang mengukuhkan hubungan kasih sayang yang terjalan!
Begitu juga aku!
Suami, En. Hubby, walaupun dia tak pernah ucap, tapi aku tahu dia juga inginkan penyambung zuriat!
Aku sebagai isteri, kadang-kadang sedih!
Tapi hanya nampak aku bahagia..
bergelak ketawa!
Hakikatnya...tiada siapa yang tahu.

Kadang-kadang, bila aku memandang pasangan dengan anak kecil...terdetik dihati aku....YA ALLAH, bahagianya mereka! Bila lihat anak kecil berlari, berjalan2...betapa comelnya mereka! Kadang-kadang, aku seakan menyalahkan takdir. Kenapa aku tidak diberikan zuriat? Aku bermasalah kah? Orang tidak memahami apa yang aku rasakan. Orang tidak pernah ambil tahu apa yang orang tiada anak rasa bila orang asyik tanya....! Ada yang melabelkan sebagai mandul! Ada yang melabelkan sebagai malang! Kenapa? kami nk ada anak juga macam orang lain! Kenapa kami harus diperkatakan, diperlakukan seperti tiada perasaan.

Orang tidak pernah tahu, setiap malam aku hanya keseorangan!Membayangkan, jika aku ada anak nanti, apa yang akan aku lakukan. Bila berjumpa adik beradik yang lain, pandangan serong di beri. Bila balik kampung, bermacam pertanyaan nk kena hadap.

Kenapa semua orang begitu pentingkan diri sndiri!
Aku hanya hamba yang mampu berdoa!
Hanya pada DIA aku mampu meminta. 
Tolonglahm jangan kecam kami!
Kami juga ingin bahagia!

Rabu, 16 Disember 2015

Koey Teow Sup Sedap - Menu Hari Minggu

Bahan-bahan

1 bungkus kuey teow – dibasuh dan siram dengan air panas, toskan.
1 labu bawang besar
1 batang kulit kayu manis *
2 kuntum bunga lawang *
½ inci halia *
1 batang serai, dititik *
3 ulas bawang merah ( di tumbuk) *
6 ulas bawang putih (ditumbuk) *
½ ekor ayam – dipotong kecik (nk potong besar2 pun boleh, suke ati okeh) # boleh juga guna daging
2 batang saderi
garam & serbuk Maggie secukup rasa

Bahan hiasan
2 keping tauhu putih goreng, didadu
sayur sawi - dicelur
sayur kobis –dicelur
taugeh- dicelur / dimakan mentah
daun bawang
bawang goreng

Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan bahan2 yang bertanda * sehingga naik bau. Masukkan ayam/daging dan kacau sebentar sehingga sebati dengan bahan tumisan tadi. Masukkan air hingga tenggelam ayam, atau ikut suke untuk membuat kuah sup. Masukkan bawang besar. Biarkan sehingga mendidih sebentar sebelum masukkan garam dan serbuk Maggie secukup rasa. Jika tak mahu guna serbuk Maggie secukup rasa pun xpe, boleh juga diganti dengan kiub pati ayam @ suke ati korang la yer! Masukkan juga batang saderi. Biarkan mendidih sebentar, dan ditutup api.

Sambal Kicap
Bahan-bahan
10 tangkai cili padi (hijau + merah)
5 ulas bawang putih
1 sudu gula pasir
Garam
Gula
Kicap manis
Sedikit jus limau / boleh letak 1 sudu makan, jus lemon

Goreng cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan dan dikisar @ ditumbuk. Kemudian, tumbuk/kisar cili padi, bawang putih tadi bersama gula pasir, garam dan serbuk perasa sehingga halus.  Kemudian bolehlah tambahkan kicap manis dan sedikit jus limau/ lemon. Jika suka cair tambah, sedikit air.

Cadangan hidangan, masukkan koey teow yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Masukkan isi ayam yang telah dicarik2 / masukkan ketulan daging. Letak kan bahan hiasan, dan curah sedikir sambal kicap. Boleh letakkan cili potong jika mahu lebih pedas dan hirisan limau nipis. Curah sup panas ke dalam mangkuk dan sedia dihidangkan panas2. 

Khamis, 10 Disember 2015

Annual Dinner oh Annual Dinner

behind: Zack, Datin, Jolim
front: me, Alice, CT Yeo

ehem....
nampak x kebulatan yang terserlah di situ
hahahaha......
cait!!
Last year punya citer!

Meting xhenti2, lagi dekat, lagi banyak meeting
Lagi dekat, lagi mcm2 timbul
Tak kuasa mak!
Tapi..nak xnk kena jugak kan
Dah jadi Community, kenala jadi mangsa buli pekerja
Kat kilang, aku buli korang,
Time Dinner, korang plak buli aku!!
sampai ati huhuhu!!!!

taklah, drama queen betul la aku ni!!
Alhamdulillah, so far, so good!
just got a few thing have to do hard, 
and a few thing have to do soft.

mostly 60% was done already,
need to confirm with outsider about a few thing
yang we are not control!

Tomorrow got meeting again!
Have to travel again to Penang,
Walawei,
So malas too drive!!

But, what to do, work its work!
You like it or not, you must do...

yeah!!! kambaiti!!

bye!



Selasa, 8 Disember 2015

BRIM: KEMASKINI @ ABAIKAN!!

Amboih...
Lama tak bersiaran

Salam sejahtera!
Alhamdulillah utk kesihatan yang baik

Ha, isu ape yg aku nk bangkitkan pg2 buta nih hahaha
buta la sangat kan
Dah tengah hari meremang dah kan!!
Orang lain dah bersepah hupdate blog, aku setahun sekali br nk hupdate
hehehehe....

Okeh, kembali kepada isu yang aku nak bgtau...
Yang ni pasti ramai yang suke!
Yang tak suke pun, buat2 lah suke eh!

ISU BR1M

Uiks, ramai yang dah tahu, BR1M dah naik kan!
Tapi tahu x, mcmna pengagihannya!
eh, kejap!
dah KEMASKINI ke belum.
 lau belum, boleh la dikemaskini cepat2 yer
boleh klik ke link INI 

Pengagihannya akan bermula pada bulan depan, JANUARI 2016
Boleh tengok rajah di bawah yer!!

sumber: LHDN

Tapi, ramai yang belum kemaskini!
Kenapa?
Nanti bila BR1M tak dapat, mula la dok meroyan cakap gomen macam2.
eh, termengumpat taksengaja plak!!!

p la kemaskini, bukan susah pun!
klik...klik...dah siap!!
Lau xmau p kemaskini, ha tengok la apa akan jd nanti, jangan salahkan orang lain yer, salahkan diri sendiri jer eh!!

LHDN
Okla....rasanya banyak dah dok merepek...
Ha..tunggu pa g, p la kemaskini.

Bye......