Untuk pengetahuan semua kengkawan yang sudi singgah di blog saya ni, hati-hati apabila ingin membeli kurma. Sempena bulan baik ni, ilmu yang saya dapat tahu, saya sampaikan kepada semua kengkawan. Harap dijadikan ikhtibar dan panduan. Insya allah!
Kurma ini bernama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.
Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini...... ..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.
INGAT TAU!! JANGAN SILAP BELI!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan