Khamis, 4 Ogos 2011

Sibuk++, Ngantuk++&& Kemalasan+++

Hari ni, aku rasa agak sikit KErajinAN.
Selepas 2 hari aku diserang oleh Encik ASMA, aku rasa keadaan aku hari ini agak ok!!
Dahla time2 payroll, memang bawak masalah!!
2 hari gak la, aku dok sokseksoksek...biasala filter dah rosak!! asyik tersekat saja!
Semalam selepas selesai buat payroll kat rumah, aku bantai telan bermacam jenis ubat.

*gambar dari En. Google

Dengan ubat asma, ubat demam, ubat batuk, kahak, vitamin, antibiotik...semua sekali aku bantau telan. Bukan apa, aku kalau dah wat keja tido lambat, aku susah sikit nak tido. Asyik terbangun saja. 
So, aku makan ubat tu, moga-moga aku tido dengan aman sikit jangan aman sampai lubang kubur dah!!

Memang aman aku tido. Sedar-sedar dah pukul 6.45 pagi. huhuhuhu.........terlepas sahur!!! padan muka aku!
Tapi nasib baik sebelum tido semalam aku dah minum milo dan makan buah. boeh la tahan sikit perut aku ni! Nasib baik badan pun banyak 'stok' simpanan. Boleh cover la sikit.
Lau badan macam Puan Izyan kan....harus tergolek sebelum sampai waktu berbuka!! Sory Puan Izyan, terkutuk lak hehehe..jangan mare..ampun maaf dipinta!!! Cenyum sikit. Dah lama diam ni..gi mana??

Okla...nak sambung semak report payroll aku. 7hb ni dah masuk gaji untuk pekerja kat tempat kerja aku ni...nanti depa pakat ramai2 bako aku lak lau gaji tak masuk!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan