Selasa, 16 Ogos 2011

Takziah

Hari ini (sebenarnya semalam) aku dikejutkan berita kematian ayah kepada seorang officemate aku. Walaupun dia hanya bekerja sebagai QA sahaja, namun, aku sebagai HR harus menitik beratkan kebajikan pekerja yang berada di bawah aku. Almaklumla, aku sorang saja melayu yang dok kat atas ni. Nak harapkan geng2 yang tak bersunat nih, ermmm jauh BBQ dari api. (uhh..ada ke pepatah macam ni, belasah jerla).

Apa yang aku dengar dari kawan-kawan tadi, ayahnya sakit dada tiba-tiba semasa ditempat kerja. lalu, kawannya membawa arwah ke Hospital Bukit Mertajam dan dimasukkan ke Wad Kecemsan. Setelah beberapa lama, arwah disahkan meninggal. Jenazah diuruskan oleh pihak hospital dan dihantar balik ke rumahnya di Padang Meha, Sungai Karangan, Kulim, Kedah.

TAKZIAH aku ucapkan kepada NURUL FARHANA BINTI AZMI ke atas ke'mangkat'an orang yang amat disayangi itu. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan