Isnin, 1 Ogos 2011

Status Makanan Yang Dijual Bersama Dengan Makanan Yang Dicampur Arak

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Satu hal yang nak dikongsi bersama dengan semua berkenaan dengan makanan yang dijual bersama dengan makanan yang dicampur dengan arak. Pernak tak korang pergi makan kat TGI FRIDAYS, takpun dekat CHILl's. 

Apabila kita menjamu selera di restoran yang mencampurkan produk yang halal dan haram, kita dituntut untuk menjauhinya kerana timbul rasa syubhah. Walaupun menu yang ditawarkan mengatakan tidak dicampur dengan bahan-bahan yang diragui status halalnya, jelas telah timbul syubhah pada diri puan.

An-Nu’man bin Basyir berkata, “Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.’” (HR. Bukhori)

Marilah kita sama-sama mengingatkan diri kita bahawa setiap yang Allah larang itu pasti ada kebaikan untuk diri kita sendiri. Dan selalu dalam al-Quran mengingatkan supaya kita berfikir akan ayat-ayat Allah. Biar kita dikata kolot oleh manusia tetapi di hadapan Allah kita dimuliakan kerana perbuatan kita melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan perintah-Nya.

Ingatlah! Setiap daging yang tumbuh hasil dari sumber yang haram, maka neraka adalah lebih berhak ke atasnya (daging itu)! Itu adalah sabda Rasulullah SAW

Sebarkanlah walau dengan satu ayat..

p/s: hmm.... kalau restoran cam kat klcc ataupun yg grand-grand konfirm ada jual arak tapi kalau kat hotel yg ternama pasti ada jugak kan? khas utk foreigner. sedangkan orang yg amik kursus perhotelan pun ada yg kena belajar cara menuang arak etc. maybe hotel seri malaysia takde jual arak kot. apa-apa pun find out la dulu ya? tepon kan ada :)

p/s 2: pernah dgr siaran radio, perbualan drpd seorang bekas chef hotel terkenal, bekas-bekas memasak mmg sudah di asingkan utk halal dan non-halal. siap buh label. tapi ada sebahagian tukang masak tu buat tak pedulik. setiap hari dia kena samak bekas-bekas masakan tersebut. berhati-hati la semua.

p/s 3: tgk2 iklan buffet ramadhan kat banner tepi jalan. ada yg smpi rm80++! amboi. satu kepala? dia buh emas kot dalam makanan dia. XD

 kredit kepada scripters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan