MASALAH
KELUARGA mentua saya menggunakan paip air yang tidak dibayar bilnya atau dalam kata lain dia mencuri air kerana paip itu tiada meter. Keluarga mentua saya itu terdiri dari orang yang kurang pengetahuan agama.
Saya pernah berbincang dengan mereka mengenai hukum dan kesannya, tetapi mereka tidak mendengar kata-kata saya. Sekarang saya terpaksa mengikut suami untuk balik ke rumah mentua, tapi masalah ini menyebabkan saya berat hati untuk pulang ke rumah mereka.
Saya harap Dr dapat memberikan pendapat berhubung masalah itu.
PENYELESAIANNYA:
PENYELESAIANNYA:
AIR termasuk dalam kemudahan asas yang sangat diperlukan manusia. Dengan sebab itulah Islam berpandangan air sebagai milik semua orang.
Rasulullah s.a.w pernah menyatakan manusia berkongsi milik pada tiga perkara, iaitu air, api dan padang rumput. Antaranya hadis yang bermaksud: “Tiga hal yang tidak boleh dihalangi (dari manusia) iaitu air, padang dan api.” (Ibnu Majah).
Bagaimanapun, apabila air itu tersimpan dalam tangki milik perseorangan atau syarikat air, ia sudah bertukar menjadi milik persendirian.
Ia tidak boleh diambil secara percuma atau bayaran tanpa keizinan pemilik.
Pandangan anda dalam hal ini adalah benar dan tepat.
Walaupun begitu, fenomena seperti itu berlaku apabila tiada tindakan dibuat atau keadaan setempat yang menyebabkan ia berlaku seperti pengurusan air tidak baik, berada di kawasan pedalaman atau hidup dalam kemiskinan.
Semua perlu dikaji dan diteliti. Cara memberi bekalan air dan api percuma pada kadar penggunaan tertentu adalah baik dan bermanfaat kepada masyarakat.
Sebelum tindakan itu dijalankan, anda sepatutnya tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak mengunjungi keluarga suami. Ia penting dalam aspek silaturahim antara keluarga anda dan mentua.
Buatlah tindakan menguntungkan semua pihak dan carilah jalan mengatasi masalah yang membelenggu anda itu itu seperti membeli air terlebih dulu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan