Selasa, 8 November 2011

AGAMA: Hukum Tiru Lafaz Talak Di TV


MASALAH: 

SAYA ada kemusykilan mengenai lafaz talak. Baru-baru ini, saya menonton siri drama di televisyen yang memaparkan dialog pelakon menceraikan isterinya seperti ini “Aku ceraikan kau dengan talak tiga”.

Dalam masa yang sama, saya menceritakan mengulangi dialog berkenaan kepada isteri saya. Tujuan saya mengulangi dialog itu adalah bertujuan menceritakan semula apa yang berlaku di dalam drama berkenaan kerana pada saya perihal cerai ini tidak baik untuk masa depan rumah tangga. 

Adakah jatuh talak itu sedangkan saya tidak berniat langsung untuk menceraikan isteri saya?

PENYELESAIANNYA: 


HUKUMNYA tidak jatuh talak kerana sekadar menceritakan drama itu kepada isteri sebagai pengajaran dan sebagai
nya. Bagaimanapun, ia jatuh apabila anda benar-benar melafazkan kepada isteri sendiri walaupun ia sekadar main-main.

Kita sepatutnya mengetahui lafaz talak termasuk dalam lafaz tidak boleh dipermainkan selain lafaz kahwin seorang wali dan lafaz memerdekakan hamba daripada seorang tuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan