Dulu istana negara di Jalan Istana
Kini istana negara di Jalan Duta
Info Istana Negara Jalan Duta
- Dibina di atas bukit di Jalan Duta, KL
- Kos pembinaan: RM800Juta.
- Dibina dengan ciri2 binaan islam dan tradisional melayu di kompleks seluas 96.52H
- Direka arkitek kumpulan Seni Reka Sdn Bhd
- Turut sediakan kemudahan lif, eskalator, klinik, tapak pendaratan helikopter, gelanggang untuk bersukan, kolan renang, dan taman permainan kanak-kanak.
- Lampu hiasan yang digunakan seperti ketika zaman Khalifah Uthmaniah di Turki.
- Singgahsana mempunyai ukiran tradisional melayu, 99 nama Allah dan ayat Al-quran.
- Hanya 28H yang digunakan bagi pembinaan kompleks dan selebihnya dikekalkan sebagai taman dan zon pemampan untuk keselamatan.
Info istana negara di Jalan Istana
- Terletak di Jalan Istana
- Dibina pd tahun 1928
- Keluasan 11.34H
- Berusia 83Thn
- Pada asalnya sebuah banglo yang dimiliki seorang jutawan dari China yang dikenali sebagai CHAN WING.
- Pernah ditawan Jepun pada Perang Dunia ke 2 utk dijadikan mes pegawai tentera.
- Digunakan oleh tentera Jepun selama 4 tahum (1942-1945) sebelum bertukar tangan kpd British Military Administration (Malaya) pada 1946.
- Turut dijadikan mes pegawai oleh tentera British
- Dibeli oleh kerajaan Selangor utk dijadikan istana Sultan Hishamuddin Alam Shah yang ketika itu merupakan Sultan Selangor.
- Istana itu dibeli oleh kerajaan persekutuan pada 1957 dengan harga RM1.4 juta untuk dijadikan tempat bersemayam YDPA Pertama.
- Pengubahsuaian istana telah menelan belanja sebanyak RM328,000 bagi menambah jumlah bilik daripada 13 kepada 20, dapur untuk 100 orang, balai mengadap, 4 bilik tetamu, 2 balai kemasukan dan 1 dewan santapan.
- Kerja pengubahsuaian telah mengambil masa 4 bulan.
sumber : kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan