Isnin, 7 November 2011

Debaran

Aku bagaikan kehilangan rentak
Debaran di dada menguasai segalanya
Aku makin sepi di sini
Memikirkan apa yang harus aku lakukan

langit yang mendung menjadi santapan mata aku,
Rintik-rintik jernih yang turun menambah lagi kegelisahan di hati,
Kedinginan tidak bisa menghilangkan keresahan yang makin menggila
Yang mampu membuatkan aku terkelu dan terpilu

Aku tidak tahu apakah aku mampu menghadapi debaran ini,
Debaran untuk menghadapi makna kehidupan yang sebenar,
Gemuruh rasa di hati tatkala untuk menghadapi fasa kedua dalam penghidupan,
Peringkat untuk aku menjadi seorang isteri,
Dimana akad yang terlaksana,
Membawa aku ke fasa baru,

Apa yang aku fikirkan,
Mampukah aku menjadi bidadarinya di dunia mahupun di akhirat?
Mampukah aku menjadi penahan apabila di goyah?
Dan mampukah aku membawa keluargaku yang bakal aku dirikan dengan seri cahaya dari syurga?

Ya Allah! Hanya padamu aku memohon,
kau berkatilah perjalanan hidupku dan keluargaku,
Ke arah jalan yang Kau Redhai..

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan