Rabu, 12 November 2014

Magnum Percuma



Percuma u, nak apa lagi huuhuh...
jom kita serbu..
kat mana...??
Tu...dah ada kat poster tu...
Tak pun, klik je kat link ni untuk mengetahui maklumat lanjut
Klik SINI


Isnin, 15 September 2014

Takziah & Get Well Soon

Semalam kami dikhabarkan dengan berita adik ipar aku dimasukkan ke Hospital kerana sakit dalam perut. After check up dengan doktor...doc mengesahkan dia kena appendik so have to operation as soon as possible.

We have surprise of that because dia xpernah sakit. But alhamdulillah operation berjaya dan dia sekarang msih lagi berada di wad.



Semalam kami juga dikejutkan nenek belah suami aku telah kmbali ke rahmatullah. Takziah untuk suami aku dan family. 

Jumaat, 29 Ogos 2014

Ketam Nipah vs. Denggi

Ketam Nipah (En. Google)

Abah aku dimasukkan ke hospital kerana denggi.
Adalah dalam 4 ari gitu. Keluar je dari hospital, mak aku ngadu kat aku. mak aku cakap abah aku ni dah jadi pasif. asyik nak tido jer. 
aku pun risik2 ler kat kawan2 aku. dorang cakap makan ketam nipah.
aku terus fon kat laki aku. aku tau en. somi aku banyak kawan yang stay kat tepi laut. Antaranya Yas, Man Tiara dan ramai lagi la. Ada yang aku pun tak kenal. Xpela itu cerita lain. Cerita laki aku dengan hidupnya! biarkan hehehe

Risik punya risik dapatla dalam 3kg. Harganya lebih kurang RM50. En. Somi aku beli terus zoppp...blik kampung aku, terus dibuat sup dan bagi abah aku makan. Bukan abah aku saja, sekali dengan dia la. Laki aku sorang tu memang kaki makan. Takla buat semua, buat dalam 5 ekor saja. ada balance lebih kurang 10 ekor,mak aku simpan.

Yang ni aku rasa kelakar. Pagi keesokan harinya, dalam pkul 7 lebih mak aku call aku. Aku pun hairan la. Mak aku bagitahu ketam telah melarikan diri. Hah...aku blur sekejap sebelum tergelak. Baru aku faham, ketam tu telah merangkak keluar dari bekas simpanan dan telah merayap ke segenap rumah. Apa lagi kelam kabut la pegi cari balik hehehe. Yang tragisnya apabila 2 ekor telah ditemui di dalam lubang jamban rumah aku hahaha.......selamat korang tak kena makan. Abah aku buang ke takungan air belakang rumah katanya. Yang belance ditemui di tepi periuk, bawah meja makan, bawah peti ais dan dalam sinki. Nasib baik tak masuk dalam kelambu hahahaha....

So, alhamdulillah, abah aku pun dah beransur sihat. Nampak sikit cergasnya. Lau tak, asyik nak cari bantal jer!!

Khamis, 28 Ogos 2014

Makan....n makan...

makan....
makan....
n
makan..................
cik abe pun tanya apsal asyik ngup ngap jer kejenyer...
call jer krup krap krup krap
bila tengah krup krap cik abe call
adoiii....
lagi kena bebel aku ni hahahaha

aku ni sekarang dah didatangi penyakit malas nak makan...
makan nasi la...
sebab tu asyik ngunyah biskut kering jer..
malam sikit la nak diet hahaha...

jemu kot!! hahahaha.....

nasib baik ada lebihan biskut badam dan oat, aku bedal jerla untuk isi perut
balik rumah bake ikan, walawei....ratah ikan bakar
nasib baik jumpa cik abe seminggu sekali, lau ari2 mati kering laki aku
okla..nak nyambung ngunyah rempeyek plak...nyummy
(misi menggemukkan badan lagi!!)

Khamis, 21 Ogos 2014

Alhamdulillah. Rezeki Darimu Ya ALLAH...

Terima Kasih Ya Allah!
Kerana Kau memberi aku kesakitan,
untuk menghapus dosa2 kecilku.

Terima Kasih Ya Allah!
Kerana Kau memberikan aku peluang,
untuk berbakti kepada ibu dan bapakku.

Terima Kasih Ya Allah!
Kerana Kau memberi aku kesempatan,
untuk aku menunjukkan kasih sayang kepada saudaraku.

Terima Kasih Ya Allah!
Kerana Kau memberi aku masa,
untuk aku meluahkan rasa cinta kepada suamiku.

Bermula dengan abah dimasukkan ke hospital,
Aku diberikan tanggungjawab untuk menjaganya.
Oleh kerana adik aku masih bersekolah dan bakal mengambil peperiksaan UPSR tahun ini,
aku ditanggungjawabkan untuk menghantarnya kesokolah dan terpaksa ambil EL.
Mak akan menjaga abah di hospital. 
Alhamdulillah, tanggungjawab itu berjaya dilaksanakan.

Aku masuk kerja selepas 2 hari aku EL, aku diserang asma yang teruk 
bahana terkena hujan semasa mengambil dan menghantar adik ke sekolah.
Dah lama aku tak kena asma ni!
Kemuncaknya, semalam aku terpaksa gi klinik,
Awalnya nak di suntik, tetapi apabila aku naik motor ke klinik, 
aku diberikan ubat sahaja. 
Terkorban RM70.00 aku
(kat Klinik S.Kumar)

Selepas minum ubat batok (rasanya overdose aku ambik),
4 biji ubat tahan penat dan 1 biji ubat penat,
aku terbongkang tido tak sedar diri

dekat pukul 7 petang jugakla baru aku terjaga sebab badan aku melekit dan panas,
oleh kerana aku belum makan apa2,
perut dah nyanyi lagu rock,
aku bersiap dan makan dikedai saja.
Indahnya menjadi orang bujang 
(hahahahahaha...xsedar diri!)

Rabu, 13 Ogos 2014

Tenet Slow vs Malas

Gambar ehsan google (sekadar hiasan)

Hudoh

+

Tak senonoh

Itulah perangan aku sekarang ni,
Malas nak hupdat blog!
Tapi....
Malas aku bersebab tau 
huhuhu

tetet slow bagaikan siput khinzir...
balik umah je,
bukak blog je...sementara nak loading tu, 
aku makan nasi lemak sebungkus 70sen pun dah habis
dia masih lagi dok load...
angin tul...!!

Sebenarnya N3 ni dah dekat seminggu kat dalam draft,
sebab asyik loading jer...terus aku save & simpan dalam draft
puas ati!!


Khamis, 17 Julai 2014

MH17: Tragedy Again!

Salam.


Tragedi terjadi lagi.
Kali ni melibatkan kapal terbang milik MAS juga, MH17
Subhanallah...
MH370 belum ditemui, kita dikejutkan dengan berita MH17 dibom jatuh dan terhempas!
Lagi berita boleh rujuk di SINI 

Takziah kepada semua yang terlibat.
Sumber: news.nationalpost.com






Selasa, 8 Julai 2014

Allahyarham Ahmad Raziq Farhan B. Roslan Dalam Kenangan



Hari Sabtu lepas, 
kami dikejutkan dengan berita sedih.
Adik sepupu kami (anak Paksu, sebelah abah) yang amat rapat dengan kami terutama sekali mak & abah
telah kembali ke rahmatullah!

Jodoh, pertemuan, ajal, maut...semuanya di tangan Allah SWT, rahsia Allah yang tidak kita ketahui. 
Akibat dari kemalangan yang berlaku di satu selekoh merbahaya diantara motosikal yang ditunggang oleh arwah dan kawannya dengan sebuah lori pasir, menjadi punca arwah digilis dan meninggal dunia di tempat kejadian , manakala kawannya patah pinggang dan masih lagi menerima rawatan di wad ICU Hospital Sungai Petani. Kemalangan itu dikatakan terjadi akibat daripada lori pasir yang dipandu laju dan merbahaya. 

Sedikit cerita sedih untuk keluarga arwah...

Allahyarham Ahmad Raziq Farhan Roslan merupakan anak kedua daripada 5 orang adik beradik dan merupakan satu2nya anak lelaki dalam keluarga mereka. Dia juga dikatakan sebagai sulung ganti kerana kakaknya yang sulung telah meninggal dunia akibat lemas di Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah (bila tak ingat la pula).

Kebetulan atau suratan, hanya Allah SWT yang maha mengetahui.

Arwah kakaknya meninggal dunia selepas tokwan meninggal dunia lebih kurang anggaran masa 4 bulan. Dan arwah juga meninggal dunia selepas tok meninggal dunia dalam bulan 2 yang lepas. Arwah kakaknya meninggal dunia pada penghujung bulan Ramadhan dan arwah meninggal dunia pada awal bulan Ramadhan. Subhanallah, maha suci Allah. 
Allah menjemput kalian di dalam bulan yang mulia.

Aku hanya mampun berdoa dalam diam. Aku hanya mempu mengucap panjang. Aku juga pernah mengalami keguguran diusia kandungan 6 bulan, aku juga pernah merasa perasaan kehilangan. Aku juga tahu pedihnya apabila mengetahui anak yang kita sayang dan kita kandung telah tiada. La illa ha illa anta..........

Semoga roh arwah dan roh orang2 yang telah meninggal dunia dicucuri rahmat.

PERKAHWINAN TERSINGKAT ERA INI

Picture: Sumber dari En. Google

Britney Spears

Pada Januari 2004, Britney Spears, 32, pernah melakar sejarah membina perkahwinan singkatnya iaitu selama 55 jam bersama teman zaman kanak-kanak­nya, Jason Allen Alexander.

Pasangan itu melangsung­kan perkahwinan singkat itu di gereja The Little
White Wedding Chapel, Las Vegas.

Kira-kira enam bulan kemudian, tanpa rasa bersalah Spears mengumumkan pula berita pertunangannya ­dengan Kevin Federline.

Hubungan cinta Britney dan Federline juga berlaku dalam tempoh singkat selepas tiga bulan berkenalan. Ketika itu, Federline baru putus cinta dengan aktres Shar Jackson.

Pada 18 September 2004, Spears dan Federline ­bernikah secara senyap dan hanya mendaftarkan perkahwinan itu selepas tiga minggu mereka bersama.

Hasil perkahwinan Spears dan Federline yang akhir­nya membawa haluan hidup masing-masing selepas tiga tahun hidup bersama dikurniakan dua anak lelaki Sean Preston Federline, 8, dan Jayden James Federline, 7.



Kim Kardashian

Sebelum berkahwin ­dengan bintang Rap terkenal, Kanye West pada 24 Mei lalu, Kardashian, 33, pernah mengejutkan peminatnya apabila memfailkan cerai terhadap bekas suaminya, Kris Humphries yang juga atlet ternama.

Kardashian yang berkahwin dengan Humphries di Montecito, California pada 20 Ogos tahun lalu memfailkan perceraian selepas 72 hari mereka bergelar suami isteri.

Meskipun dihimpit ­pelbagai kontroversi dan kisah sensasi disebabkan ­perceraian itu, Kardashian tetap meneruskan kehidupan­nya tanpa perasaan kecewa.

Kini misi pencarian cinta Kardashian nampak­nya berakhir apabila dia dan West dapat bersatu juga selepas ­berjuang bersama menghadapi kontroversi yang
timbul.



Drew Barrymore

Selain Britney, bintang tenama Hollywwod yang sering kecundang dalam perkahwinan adalah Drew Barrymore. Pada usia 16 tahun sekitar 1991, Barrymore sudah gagal dalam hubungan cintanya.

Kisah pertunangan Barrymore dengan Leland Hayward putus selepas beberapa bulan diikat. Begitu juga dengan pertunangannya bersama pemuzik, Jamie Walters yang bertahan selama setahun.

Tidak serik mencari cinta sejati, pada usia 19 tahun Barrymore berkahwin dengan suami pertamanya, Jeremy Thomas dan mereka bercerai dua bulan selepas berkahwin.

Pada Julai 2000, Barrymore mengikat pertunangan dengan pelakon komedi Hollywood, Tom Green dan berkahwin pada Julai 2001. Namun, mereka akhirnya mengumumkan perceraian pada Disember tahun yang sama.

Tak kenal erti kecewa, Barrymore menjalin cinta lagi dengan pemain dram kumpulan The Strokes, Fabrizio Moretti pada 2002. Mereka bercinta selama lima tahun dan berpisah pada Januari 2007.

Masih tidak putus asa mencari cinta sejati, akhirnya pada 2011 Barrymore menjalin kasih dengan anak jutawan, Arie Kopelmen dan berkahwin. Nampaknya masih dalam ‘mood’ bahagia, pasangan ini memiliki dua anak dikurniakan Olive Barrymore Kopelman, 2, dan Frankie Barrymore Kopelman, baru berusia dua bulan.


Jimmy Shanley dan Nursuhaila Suhaimy
Tempoh perkahwinan: 20 hari

Pengacara Akademi Fantasia 8 (AF8) dan Trek Selebriti, Jimmy Shanley bertunang dengan Nursuhaila Suhaimy atau Suhaila pada 11 Jun 2010 di Sunway Rahman Putra, Sungai Buluh, Selangor.

Seterusnya Jimmy yang berusia 30 tahun ketika itu diijabkabul dengan Suhaila, 24, di kediaman keluarga isterinya pada 1 Oktober 2010 dan keesokannya mengadakan majlis resepsi perkahwinan ­gilang gemilang di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Bagaimanapun selepas 20 hari berkahwin, rumah tangga pasangan ini mula retak menyaksikan kedua-duanya tinggal berasingan dan turun naik mahkamah di Shah Alam untuk proses bercerai.

Hampir dua tahun menyelesaikan kemelut ini, Jimmy dan Suhaila sah bercerai talak satu pada 10 Oktober 2012. Pasangan ini dikurniakan anak, Zahra Rania Shanley yang kini berusia tiga tahun.

Jimmy, 34, kini bahagia dengan perkahwinan keduanya dengan Mariam Jamilah Abdul Jalil, 26, pada 8 Jun lalu di Hotel Concorde Shah Alam.

Diharapkan perkahwinan ini membahagiakan sekali gus merealisasikan impiannya untuk mencari isteri yang mampu membawanya hingga ke Jannah.


Beego dan Intan Shahira
Tempoh perkahwinan: 10 hari

Pelakon Beego atau nama sebenar­nya Mohd Aszerul Nizam Abdullah yang berkahwin pada usia 26 tahun dengan Intan Shahira Mohd Shahru, 25, pada 29 Disember 2007 mungkin memegang rekod sebagai artis tempatan yang mengecapi alam rumah tangga paling singkat.

Biarpun sembilan tahun bercinta, pasangan ini mengecap nikmat kebahagiaan 10 hari saja sebelum mengalami masalah rumah tang­ga.

Hampir dua tahun naik turun mahkamah di Kuala Lumpur, mereka akhirnya sah bercerai talak satu pada 16 Mac 2009.

Beego, 34, kemudian berkahwin dengan pelakon Linda Hashim, 30, pada 8 Jun tahun lalu selepas bercinta selama dua tahun.

Dia sudah melupakan kisah silam yang pahit dan rumah tangganya bersama Linda kini bahagia dengan kelahiran cahaya mata, Jelita Clarissa pada 23 April lalu
di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur.


Abby Abadi dan Farhan
Tempoh perkahwinan: Hampir setahun

Bekas anggota kumpulan Elite dan pelakon Gerak Khas ini mendirikan rumah tangga ­dengan aktor Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 September 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 10, Marissa Dania Hakim, 8, dan Maria Danisha Hakim, 5.

Abby, 37, kemudian berkahwin dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar atau Farhan, 24, secara rahsia pada 9 Julai 2013 di selatan Thailand biarpun baru dia minggu berkenalan.

Bagaimanapun belum sempat menyambut ulang tahun perkahwinan pertama, pasangan ini sah bercerai talak satu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 11 Jun lalu.

Proses menuju perceraian ini berlangsung penuh kontroversi di mana kedua-dua belah pihak saling tuduh menuduh.

Farhan sudah melafazkan cerai pertama sekitar Januari lalu, tetapi mahkamah tidak mensabitkan jatuh talak kerana lafaz berkenaan tidak memenuhi rukun dan syarat talak.

Abby kelihatan tenang reda dengan perpisahan itu dan menyatakan sudah berusaha dan berdoa, tetapi tidak nampak jalan. Semoga kebahagiaan akan berpihak kepadanya suatu masa nanti.


Adam dan Fiza
Tempoh perkahwinan: Tujuh bulan

Meskipun berkahwin atas dasar cinta, namun mahligai rumah tangga yang dibina penyanyi dan pelakon Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31, bersama pelakon Siti Zaidatul Fiza Abd Halim (Fiza), 33, hanya bertahan tujuh bulan.

Mereka yang hanya berkenalan selama dua bulan selamat dinikahkan pada 26 September tahun lalu di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam dan sah bercerai pada 28 April lalu.

Tiada persefahaman dan isu gambar dalam laman Instagram menjadi punca utama perceraian pasangan itu. Apapun, ia adalah kegagalan kali kedua Fiza dalam perkahwinan.

Fiza yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum bernikah dengan Adam turut memiliki dua orang cahaya mata iaitu Ferra Aryana, 6, dan Feeya Adyrra, 5, menerusi perkahwinan pertamanya.


Chef Riz dan Ana Dahlia
Tempoh perkahwinan: Hampir setahun

Diperkenalkan sendiri oleh adiknya pelakon Serina Redzuawan, tempoh tiga bulan menjalin hubungan cinta sudah cukup buat chef selebriti Mohd Nadzri Redzuawan atau dikenali sebagai Chef Riz menyunting pelakon Ana Dahlia sebagai isteri.

Berkahwin atas dasar cinta, hubungan pasangan ini yang tiba-tiba saja dilanda badai berkesudahan dengan perceraian pada November 2012 sebelum mereka sempat meraikan ulang tahun perkahwinan yang pertama.

Chef Riz, 32, dan Ana Dalia atau Diyana Mastura Jaafar, 31, bernikah pada 11 Disember 2011 memilih keputusan bercerai selepas mendapati tiada persefahaman dalam perkahwinan mereka.

Ana dalam kenyataan­nya juga pernah memberitahu kegagalan rumah tangga bersama Chef Riz itu berkemungkinan turut berpunca daripada sikap terburu-buru mereka membuat keputusan berkahwin kerana berkenalan dalam tempoh singkat.

Bagaimanapun, perceraian dengan Chef Riz juga bukanlah kegagalan pertama Ana dalam rumah tangga kerana dia pernah berkahwin sebelum itu.

Kini, selepas hampir dua tahun hidup menjanda, Ana sudah bertemu pengganti dan dalam proses merancang perkahwinan baru.

Ahad, 6 Julai 2014

BENDA yang tidak harus dipakai ketika bersenam



Nur Safina Othman (TUPAI.COM.MY)

FABRIK KAPAS

Elakkan daripada memakai pakaian senaman yang diperbuat daripada fabrik kapas 100 peratus. Walaupun ia mungkin pilihan yang selesa dan dingin, namun kapas akan menyerap kelembapan dan apabila ia kering perlahan-lahan, anda akan terasa seperti peluh melekat pada badan anda. Selain daripada itu, ia akan menyebabkan jerawat atau kegatalan kulit. Pilih pakaian senaman yang diperbuat daripada fabrik sintetik dan nipis yang direka khas untuk menghalang peluh melekat pada kulit.

PAKAIAN SENAMAN MENGGELEBER

Pakaian yang menggeleber atau besar memang selesa lebih-lebih lagi ketika bersenam, tetapi ia juga mungkin menyebabkan tersangkut pada alat senaman atau menyukarkan anda melakukan pergerakkan. Ini boleh menyebabkan kecederaan pada badan anda. Tidak perlu memakai pakaian senaman yang diperbuat daripada spandeks, tapi pastikan ia mengikut badan dan tidak terlalu menggeleber.

KASUT SUKAN YANG TIDAK DALAM KEADAAN BAIK

Pemilihan kasut sukan amat penting kerana ia perlu memberi sokongan yang diperlukan ketika bersenam. Jika anda masih memakai kasut koyak atau tapak kakinya sudah tertanggal, sudah tiba masanya anda mendapatkan yang baru kerana kasut lama mungkin mendatangkan kecederaan atau ketidakselesaan. Menurut jurulatih peribadi Melissa Paris, jika anda berlari dua hari seminggu, sepasang kasut baru setiap setahun sudah mencukupi. Namun jika anda berlari enam hingga tujuh hari seminggu, anda harus menggantikan kasut sukan anda setiap tiga bulan.

BRA SUKAN YANG TIDAK BERI SOKONGAN

Ini sangat penting buat semua wanita yang bersenam. Jika baju dalam atau bra sukan anda tidak memberi sokongan yang diperlukan ketika bersenam, pasti anda tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kerana berasa tidak selesa dan kurang yakin. Pemilihan bra sukan yang baik akan melindungi ligamen dan tisu pada dada anda daripada meregang berlebihan. Pastikan bra yang dipilih bersesuaian dengan aktiviti senaman yang anda ingin lakukan dan memberi keselesaan.

AKSESORI

Elak daripada memakai aksesori tergantung atau terkeluar seperti subang, gelang, cincin dan sebagainya yang mungkin akan menyebabkan ia tersangkut dengan mana-mana alat senaman. Ia bukan sahaja tidak selesa, malah mungkin akan menyebabkan aksesori anda rosak. Letakkan aksesori anda di dalam beg atau loker simpanan sebelum memulakan senaman.

MINYAK WANGI DAN LOSYEN

Ya, bersenam akan mengeluarkan peluh yang mungkin akan memberi bau kurang menyenangkan. Namun tidak bermakna anda perlu memakai minyak wangi dan losyen untuk menutup bau tersebut. Ini kerana bau minyak wangi yang kuat dan campuran peluh mungkin akan membuat anda sakit kepala. Malah penggunaan losyen juga boleh membuatkan kulit anda licin dan mungkin menyukarkan anda memegang alat senaman. Ia juga boleh mendatangkan kegatalan pada kulit anda. Cukuplah dengan pemakaian deodoran sahaja sebelum bersenam.


Diana Danielle enggan ulas isu cemburu


Ashraf Nasser (TUPAI.COM.MY)

Isteri kepada aktor Farid Kamil, Diana Danielle enggan memberi komen berhubung isu cemburu dan tidak puas hati selepas Nora Danish memuat naik gambar promosi filem "Pengantin Malam" yang mana memperlihatkan Nora memegang tangan suaminya.

"Tiada komen. Terima kasih," ujarnya kepada mStar.

Terdahulu, tindakan Diana, 24, telah mengundang pelbagai respon kurang enak daripada pengikut laman sosial Instagram yang menganggap Diana bersikap kebudak-budakan dan tidak matang.

Sebelum ini, Farid yang ditemui ketika pelancaran 'Kad Amal & Kad Ucapan Hari Raya' untuk filem "Lagenda Budak Setan 3" di Red Box Sogo, Kuala Lumpur baru-baru telah menjelaskan bahawa tindakan Diana itu hanyalah perkara biasa sebagai seorang wanita yang mempunyai perasaan cemburu terhadap orang yang dikasihinya.

"Perkara ini tidak perlu diperbesarkan dan saya harapkan pihak tertentu dapat maafkan tindakan dia. Saya anggap perkara ini tak perlu dijadikan isu kerana biasalah ianya luahan seorang wanita."


Jumaat, 4 Julai 2014

Kisah Bazar Ramadan 1

Semalam hari last keje...pastu sambut holiday 2 ari...mood masak pun dah terbang ke bulan hehehe....So, singgahla aku dinBazar Ramadan Taman Kucai, Kulim, Kedah. Bazar kecil ni hanya terdapat lebih kurang 30 buah gerai gitu. So, bagi saya xbanyak pilihan. Akhirnya, setelah 2 round aku pusing2, akhirnya aku singgah di gerai menjual nasi kerabu. Peniaganya tak banyak cakap ataupun tanya. Pergi jer tercongok kat depan tu, dia hanya bertanya

-nak berapa bungkus? Lauk apa?
aku hnya mengangkat telunjuk jari telunjuk (maknanya 1) terusnku tunjuk ke arah daging bakar.

Dia hanya melakukan tugasnya, dan akhirnya taraaaa......inila juadah bernuka puasa aku semalam bersama dengan air laicikang.


okla kan...harga pun berpatutan bagi saya yang penyakit malas datang, dalam RM 4.00
tambah dengan air laichikang aku RM2.00
so, RM 6.00 la saya berbelanja semalam. 
so, sekarang tengah pikiorrr...nak masak apa umtuk berbuka nanti sebab Mr.B (suami) nak balik nanti.
So, time to blog walking! 
byee

KHASIAT KACANG BENDI

By Azwa Iela (TUPAI.COM.MY)

Tahukah anda bahawa kacang bendi mempunyai banyak manfaat yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Kacang bendi dikatakan amat bagus untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.

Dalam perubatan tradisional pula, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.

Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.

Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.

Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

Antara khasiat kacang bendi lain adalah seperti berikut:
  • Mencuci hati.
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah. 
  • Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar. 
  • Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua. 
  • Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus. 
  • Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa. 
  • Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi. 
  • Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman. 
  • Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur. 
  • Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang baik.

Rabu, 2 Julai 2014

Makanan baik untuk ibu hamil ketika Ramadan

 Azwa Iela (TUPAI.COM.MY) <MINGGUAN WANITA>


Asid folik
Salah satu vitamin dalam kelompok vitamin B untuk memproses perkembangan janin. Vitamin ini mampu mencegah kecacatan pada janin misalnya masalah tulang belakang atau lumpuh. Vitamin ini banyak ditemui pada sayuran hijau gelap seperti bayam, brokoli, asparagus, tempe, hati, cendawan, dan pisang.

Vitamin C
Vitamin ini berperanan membentuk kolagen pada kulit. Vitamin C jugaboleh menyembuhkan luka-luka dan daya tahan tubuh terhadap jangkitan kuman. Boleh didapati pada buah-buahan segar seperti limau, kiwi, betik, tomato, dan sayuran segar seperti bayam dan brokoli.

Vitamin D
Menambah kalsium dan fosfur dalam tubuh. Vitamin D mampu memperbaiki penyerapan kalsium dan alat pencernaan dan menyeimbangkan mineral dalam darah. Sumber makanan vitamin D boleh diperoleh dari tuna, ikan salmon, telur, susu penuh krim dan mentega.

Vitamin B12
Menjaga sel dalam badan untuk berfungsi secara normal. Terutama sel-sel saluran pencernaan, sistem urat saraf dan sum-sum tulang belakang. Vitamin B12 boleh didapati pada tempe, kicap, hasil ternakan dan hasil tenusu.


Isnin, 30 Jun 2014

Salam Ramadhan & Pembaharuan Blog


SALAM RAMADHAN DITUJUKAN KHAS UNTUK SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI SELURUH DUNIA

Sebenarnya ni n3 pada 1 ramadhan aritu. tapi tenet slow ya amat.
arini baru nak posting
sebenarnya masa bulan puasa ni blog ni akan ada sedikit pembaharuan
blog ni bukan saja akan mengisahkan tentang kehidupan aku tetapi juga akan berkongsi perbagai kisah kehidupan orang sekeliling. 
malah, ada disharing resepi2 menarik!
al-maklumla...dari work wife bertukar menjadi housewife! so banyakla masa lapang nanti
nak plak aku suke masak, my hubby aku suke makan!
so, tunggu jer la nanti apa yang terbaru!!
adios!!

Motto Hidup



Pernahkah korang terfikir apa itu motto hidup!!
.
.
.
.
Motto??!!
.
.
.
.
Motto Hidup!!

.
.
.
.
.
Motor kapcai ke??
.
.
.
.
.
ke Ajinomoto!!
.
.
.
.
.
ramai jugak yang tanya aku apa itu motto hidup!
Termasuklah jugak adik aku yang ni 3 
yang buat aku terkedu 3 saat sebelum manjawab
"Soalan ni boleh pospon x? hehehe
yerla kan! Aku ni kan cerdik pandai yang dapat degree dari En. Google jer hehehehe


mengikut pemahaman aku, motto hidup ni lebih kepada pendirian diri kita
jika kita mempunyai motto hidup positif, positiflah hidup kita.

Motto hidup aku verry simple:

Life for something, or die for nothing

ENJOY!!!

Selasa, 17 Jun 2014

Bas Kilang Oh Bas Kilang

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera.

Bas Kilang / Pekerja
Sumber: En. Google


Aku tak tahu sama ada korang semua ada menghadapi keadaan aku atau tidak. Tapi apa yang aku pasti setiap penunggang motosikal macam aku, mesti menghadapi keadaan yang sama.

Masalah apa? Ye, aku tahu setiap orang ada masalah. Tapi masalah ni kalau boleh ditangani dengan segera agar dunia kita sihat dan selamat untuk didiami. Chewahh........kalah Menteri Alam Sekitar hahahaha

Sebenarnya, sudah banyak kali aku hadapinya. Bas kilang / bas pekerja mengeluarkan asap yang tebal lagi hitam dan legam. Habis berbau baju cheq tau! Elok2 sembuq minyak wangi habis sebotoi, tup2 kena sembuq dengan asap bas kilang plak!

Aku harap pihak yang berwajib buatla pemantauan terutama sekali di kawasan kilang. Ada jugak yang driver bas yang xde lesen. Dorang tak fikir ke nyawa penumpang yang dorang bawak tu!

Jangan nanti bila dah jadi tragedi, baru nak ambik tindakan itu, tindakan ini. Lebih baik mencegah dari mengubati.

Sekian.

Neelofa & Hans Isaac Putus..........Sejak Bila Mereka Bercinta???!!!!

Aku hanya baca kat Yahoo.com.my
Tapi aku tak tahu plak dorang ni bercinta
Dulu sakan sangat kata kawan la itu la ini la
Last2 cakap putus....
waaa....penik mak!















13 Jun – Pelakon dan pengacara jelita, Neelofa telah mendedahkan bahawa hubungannya dengan pengarah dan pelakon terkenal, Hans Isaac sudah berakhir sejak awal Februari lalu.
"Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah putus sejak awal Februari lalu.
"Kami kini hanya kawan dan segala spekulasi mengenai bakal berkahwin hujung tahun adalah tidak benar sama sekali," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Pada masa sama, Neelofa atau nama mesranya Lofa berharap selepas ini tiada lagi spekulasi mengenai dirinya dengan Hans dibangkitkan.
"Kami mengambil keputusan untuk membawa hala tuju sendiri. Saya mengharapkan peminat dapat menghormati keputusan kami dan tidak memanjangkan isu ini dengan bertanyakan punca perpisahan memandangkan kami akhiri perhubungan kami secara matang dan ia adalah keputusan bersama.
"Biarlah Hans fokus kepada beberapa perancangannya dan apa yang penting saya ingin gunakan masa muda saya ini sepenuhnya kepada diri saya, kerja seni serta perniagaan saya."


Sumber: www.yahoo.com


Isnin, 16 Jun 2014

Klinik Kesihatan Kulim / Hospital Lama Kulim

Gambar Sumber Dari Encik Google
(Kalau tercopy paste maaf yer)

Baru sampai balik bro.........tired giler2....aku dah terpacak kat Hospital Lama Kulim sejak pukul 8.30 pagi. Aku bawak pekerja asing aku datang jumpa pakar mata. Orang amatlah ramai..tapi yang hairannya aku ingat melayu dengan india ja yang datang hospital...tapi boleh dikatakan 40%nya adalah cina. Hehehe....aku bukan nak racist ke aper...cuma hairan bin ajaib saja. Bukan ke chinese xsuke gomen ke?? hehehehe......

Okeh! Berbalik kepada citer aku...dah siap letak kad dalam bakul tu, aku tunggu la untuk mengambil no...punya la lama. dekat 9.45 baru dapat no...no 21 bilik 5. so, kena tunggu lagi sebelum nak jumpa doc. Alahai.........

Tungggu punya tunggu.....dah dekat 10.30 baru dipanggil masuk jumpa doc. Sebenarnya ini adalah perjumpaan yang ke tiga...tapi yang hairannya bila masuk jumpa doc, doc cakap kena ulang balik prosedur sebab buku report hilang. Haishh...aku dah panas nih! Dorang plak suruh aku g kaunter depan, mintak dorang cari previous report. bila nak g sana...orang kaunter plak cakap xder!! Pastu cakap kad tu bukan daripada Hospital. Aku dah angin 1 badan.

Tapi nasib baik ada seorang doc, aku ingatkan cina, sekali doc melayu daaa........dia la ke hulu ke hilir cari report yang akhirnya tidak dijumpai jugak! So, apa lagi aku kena buat semula apa yang dibuat sebelum ni. Kena bawak g check mata, pastu terus jumpa doc. Nasib baik xbanyak prosedur.

Check sana check sini...doc cakap ok! Jumpa doc mata pun cakap ok. Tapi yang dorang hairan, kenapa dia xboleh nampak @ baca!! mmmmm.........

Then, dah xde solution, lagi 2 minggu aku kena gi hospital kulim, untuk dapatkan kad appointment pekerja asing ni....xtahu lagi bila plak nak kena jumpa specialist mata nanti!

Yang aku xtahan........ORANG yang tahu bagi arahan saja, tapi xtahu buat kerja! Macam hampeh! Kalau rasa susah sangat, lebih baik kau uruskan sendiri. Kalau rasa aku tak boleh buat kerja, kau buat sendiri. Cakap senang la, air liur tak kena bayar pun! Aku ni yang susahnya, langsung tak berterima kasih! Tobat aku xnak berboskan bangsa ni lepas ni!!

Sabtu, 14 Jun 2014

Majlis Bacaan Yassin & Sambutan Hari Lahir Adik Yang Ke 12


sebenarnya berday adik yang kecik sekali pada 8/6 yang lepas..tetapi terpaksa ditunda hari sambutannya kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan.
Ingatkan taknak buat dah, tapi tahun lepas pun tak buat kesian plak.
Tahun lepas sebab abah disahkan mengidap kenser...jadi semua majlis terpaksa ditunda 
Jajan ni adalah auntuk budak2. Untuk orang tua, aku hadiahkan yassin. Kebetulan malam tu aku bercadang nak buat majlis bacaan yasin untuk arwah anak aku dan arwah nenek aku.
Inshaa Allah semoga semua pekerjaan diredhai Allah SWT.

Isnin, 2 Jun 2014

Erra & Engku Emram nak Rujuk??!!

Gambar: Ehsan Google

Ni aku baca dekat Yahoo tadi...
Hehehe...saja bikin gempak...


Ha...baca kat bawah ni yer..
Sumber: www.yahoo.com


Pekerja Baru vs Appoiment Doktor??!!

Ehsan Google

Waaaaaaaaa................ari yang begitu sibuk bagi aku...
Tensyen, geram, marah semua ada
bayangkan arini 3hb june, aku ada new commencement ditambah lagi dengan pekerja asing aku ada appointment dengan doc.
Boss haku???
Hrmmm...ntahla.
Aku dah macam nak nangis, dia boleh cakap aku mcm2
uwarghhhhhhhhh.................
GERAM!

Hubby, I want resign, can I???

Selasa, 27 Mei 2014

Rahsia Perwatakan Melalui Bentuk Kuku



Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah wataknya...

1. Kuku yang baik, rapi dan indah :
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6. Bentuk kuku langsing :
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati di sebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir :
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya

NUF Skin Life

Isnin, 26 Mei 2014

Tips Kesihatan Menurut Islam

Sumber: Google
Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah, dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Ia dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sain telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung dicelah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Rabu, 21 Mei 2014

Rahsia Bentuk Wajah :

Sumber: Google


BUJUR SIRIH....
Bentuk wajahnya kelihatan panjang atau lonjong..
Keperibadiannya:-
Sentiasa bekerja keras,bijak menangani masalah kewangan,memiliki sikap gigih yg luar biasa,memiliki perancangan hidup yg sangat jelas,ada kalanya agak ego...

BULAT....
Bentuk wajahnya kelihatan bulat dan sering dikaitkan dgn faktor ketembamam..
Keperibadiannya:-
Peramah,berpewatakan ceria dan santai,bijak berkomunikasi namun gemar membuat sesuatu keputusan mengkut kata hati...

BERSEGI...
Wajah berbentuk kotak atau kelihatan berbentuk seperti empat segi...
Keperibadiannya:-
Aktif dan gemarkan aktiviti yang berkaitan dengan sukan,Agresif dan bercita2 tinggi,memiliki daya ingatan yg tajam namun agak lembab dalam urusan C.I.N.T.A...

SEGI TIGA...
Lebar dahi lebih besar berbanding bahagian wajahnya yang lain...
Keperibadiannya:-
Cerdik,pantas dlm melakukan sesuatu tugasan,terlalu aktif dan tidak tahu duduk diam namun agak kurg gemar memikirkan soal kesihatan diri...

NUF Skin Life

"Dia Ingat Dia Sudah Bagus" - LCW

Sumber: Encik Google

Ermm...sifu sudah marah.
Itulah luahan perasaan Datuk LCW,
Aku kidnap berita ni kat Metro,
Ni sedutan sedikit sebanyak beritanya...
Nak baca lebih kena beli paper la..


Harian Metro 20/5/2014


U Follow I, I Follow U!!!


Mmm.....pagi2 dah start nak buat N3 mengarut hahaha
Lantakla..asalkan ada jugak!!

Aku ni jenis yang suke meng'follow' orang (betul ke perkataan tu?!Lantak ler!), 
tapi aku tak aspect orang nak follow aku balik. 
Bukan xnak...sapa yang xnak dapat follower ramai gitu,
perasan retis gitu hahaha

idakler nak perasan entah ape2...
cheq takla sampai perasan sampai macam tu 
masih lagi dalam keadaan yang waras campur agak gila2..

Semalam, aku banyak follow blog masakan dan blog sosial,
bangun pagi ni takla aku ngadap blog terus,
sambil2 buat kerja lain, dalam 8 lebih baru aku buka..
u know what...Kak Zakiepurvit follow blog aku,,
terasa macam dapat emas seketui 
hehehe
rasa macam semangat pula nak terus berblog walaupun sebelum ni blog aku bukan setakat suam2 kuku, tapi dah sejuk terus macam kutub utara.
Thanks Kak sebab follow blog saya yang serba kekurangan ni
blog yang merapu dan ntah apa2 ni hehe
ni link ke blog Kak, jangan lupa follow tau hehehe

http://zakiepurvit.blogspot.com/

Ahad, 18 Mei 2014

PETUA KECANTIKAN WANITA SELURUH DUNIA

Heliza Helmi  (Sumber: Google)
Nak tahu petua kecantikan wanita dari negara luar? 

Chile
Wanita Chile menggunakan ekstrak anggur untuk kecantikan wajah mereka. Apa yang mereka lakukan sangat mudah, cuma campurkan anggur merah yang telah dilenyek bersama 2 sudu tepung gandum dan lumurkan di muka selama 10 minit sebelum membilas muka dengan air. Anggur merah mengandungi anti –oksidan yang tinggi akan membuatkan kulit mereka lebih segar dan bercahaya.

Mesir
Wanita di Mesir menggunakan khasiat daripada susu untuk kulit putih dan licin. Seminggu 3 kali, wanita Mesir akan mencampurkan 2 cawan susu tepung bersama air di dalam tab mandi dan akan berendam selama 30 minit – 1 jam. Di fahamkan juga, petua ini adalah petua rahsia kecantikan Permaisuri Cleopatra pada zaman dahulu.

Greece
Minyak zaitun sememangnya popular di negara-negara Mediterranean. Wanita di Greece menggunakan sepenuhnya khasiat minyak Zaitun terutamanya dalam masakan. Masyarakat di Greece amat menyukai hidangan yang berunsurkan ikan, sayuran dan buahan segar. Campuran minyak zaitun bersama hidangan membuatkan makanan bukan sahaja berkhasiat malah bertambah lazat.

Itali
Wanita di Itali juga menggemari penggunaan minyak zaitun . Minyak zaitun yang dicampurkan bersama yogurt segar di gunakan oleh mereka untuk menyihatkan rambut. Campuran itu membuatkan rambut mereka lebih sihat dan bercahaya.

Jepun
Sememangnya rakyat di Jepun sangat popular dengan hidangan mentah iaitu Sushi. Wanita Jepun sangat menggemari penggunaan rumpai laut bukan untuk hidangan sushi tetapi untuk mask rambut! Apa yang mereka lakukan, mereka merebus rumpai laut dan melumurkan di rambut sebelum mandi.

Sweden
Wanita Sweden menngunakan ekstrak the hijau sebahagai toner muka. Kandungan anti oksidan didalam the hijau tersebut membantu mengeluarkan sel-sel mati dan menyegarkan kulit. Wanita Sweden juga percaya bahawa sauna mampu mengeluarkan toksik dalam badan. Setelah bersauna, mereka akan melumurkan minyak zaitun ke badan sebelum membilasnya dengan air sejuk.

Jumaat, 16 Mei 2014

KEBAIKAN HALIA


Memang terbukti halia adalah satu asas makanan yang pasti ada di dapur anda. Halia bukan sahaja digunakan dalam masakan dan minuman, tetapi dalam ubat – ubatan tradisional juga.

Menurut seorang doktor di India, halia yang kaya dengan mineral bermanfaat seperti kalsium, fosforus, besi, magnesium, zat besi dan beberapa mineral penting yang lain . Disebabkan itu juga, halia sangat popular di kalangan masyarakat India untuk mengubati masalah penghadaman dan juga pernafasan.

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tips untuk anda pelbagaikan penggunaan halia. Lihat senarai di bawah.

Halia sebagai pembuka selera
Apabila anda makan halia sebagai pembuka selera, ia dapat mengelakkan anda daripada diserang penyakit pedih hulu hati selepas makan. Ia juga meningkat sistem penghadaman anda dengan membuang toksin. Cara makannya, hiris halia dan sejukkan seketika. Jika anda tidak tahan rasa pahitnya, gaulkan dengan sedikit gula dan perah sedikit air limau nipis dan kunyah halia sebelum makan.

Halia pengganti ubat selsema dan batuk
Jika tiba-tiba anda diserang selsema dan batuk di tengah malam dan tidak mempunyai ubat batuk di rumah, apa yang ada boleh buat adalah rebus halia dan minum jusnya. Terbukti halia akan membantu menghilangkan batuk dan selsema anda sekurang-kurangnya sehingga esok pagi. Halia juga membantu mengurangkan pening kepala termasuk migrain. Jadi, sesiapa yang susah makan ubat, boleh cuba tips ini.

Halia mengurangkan rasa loya ketika perjalanan jauh
Mungkin ada di antara anda yang berasa loya apabila memulakan perjalanan jauh. Tak kira la sama ada menaiki bas, kereta, kapal terbang ataupun bot. Jika ada mengalami rasa loya itu, kemam halia dalam mulut anda. Halia akan memudahkan enzim percernaan yang membolehkan proses pencernaan dengan cepat. Halia juga dapat membantu anda menstabilkan kembali rasa loya tersebut.

Halia pengubat sakit otot
Halia kering mempunyai analgesic dan anti radang yang digunakan secara terapeutik untuk mengurangkan sakit sendi dan radang artritis. Lebihkan penggunaan halia dalam masakan anda ketika anda mengalami sakit ini. Sedikit sebanyak ia dapat meredakan sakit anda.

Selamat mencuba!

Hukum Buka Facebook Masa Bulan Ramadhan

Apa agaknya hukum menziarahi dan bertandang di Facebook semasa bulan Ramadan? Mungkinkah hukumnya haram? Atau barangkali juga makruh? Jika ia haram, apa yang akan berlaku terhadap puasa kita, dan jika ia makruh apakah mungkin ia akan memberi kesan terhadap pahala puasa kita?

Sebelum kita membuat sebarang kesimpulan berkenaan aktiviti ini, adalah baik sekiranya kita memahami terlebih dahulu tentang Ramadan itu sendiri dan apa yang diharapkan oleh agama Islam terhadap umatnya. Apakah sebenarnya pandangan Allah terhadap bulan Ramadan.

Di hujungnya nanti, barulah akan kita akan faham di mana letaknya Facebook dan yang seangkatan dengannya di sisi Ramadan.

Pada suatu ketika pada bulan Syaaban dan ia merupakan hari yang terakhir dalam bulan Syaaban berkebetulan ia merupakan hari Jumaat, Rasulullah SAW menyampaikan khutbah Jumaat kepada umat Islam yang berkaitan dengan Ramadan. Ujar Baginda SAW, Ramadan merupakan bulan yang agung kerana di dalamnya sarat dengan keberkata dan salah satu malamnya, mempunyai nilai yang jauh lebih baik berbanding seribu bulan.

Padanya bulan itu terdapat kewajipan pelaksanaan puasa. Dalam khutbah berkenaan juga, Rasulullah SAW turut menyebut tentang ganjaran-ganjaran yang bakal diraih oleh individu Muslim yang melaksanakan ibadah fardu dan amalan-amalan sunat (Mafhum Hadis yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi).

Manakala dalam sebuah Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, antara mesej yang hendak disampaikan ialah fahaman bahawa setiap amalan yang dikerjakan oleh manusia itu adalah untuk dirinya sendiri (manfaatnya adalah untuk yang melakukannya). Walau bagaimanapun, puasa itu adalah untuk  Allah SWT.

Apabila disebut ia adalah “untuk Allah”, bermakna puasa itu merupakan suatu persembahan makhluk ataupun hamba kepada Pencipta atau Tuhannya. Manifestasi ketundukan, kepatuhan atau ketaatan oleh seorang hamba yang tidak punya sebarang daya kecuali dengan izin Tuhannya.

Ibarat seseorang yang ingin memberi hadiah kepada orang yang dikasihi, tentulah ia akan memilih barangan yang hebat dan berkualiti tinggi untuk dijadikan sebagai hadiah dan persembahan kepada orang yang disayangi. Maka, sewajarnya kualiti puasa yang akan dipersembahkan kepada Allah SWT adalah puasa yang berkualiti tinggi.

Jika logam emas mempunyai  gred-gred yang tertentu, sedangkan  emas itu sendiri sudah merupakan logam yang bernilai tinggi, begitulah analoginya untuk puasa, yang kita bicarakan di sini puasa dalam bulan Ramadan.

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab beliau, Ihya Ulumuddin, terdapat tiga tingkat  puasa iaitu, iaitu puasa umum, puasa khusus, dan puasa khusus yang lebih khusus lagI. Puasa umum berada di tingkat yang paling bawah iaitu puasa yang sekadar menahan diri dari makan, minum dan perbuatan yang menyebabkan terbatalnya puasa.

Manakala puasa khusus pula (tingkat kedua), di samping menahan perkara-perkara yang dinyatakan tadi, turut memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Ataupun, menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh mengurang atau menghilangkan pahala puasa.

Sementara puasa khusus yang lebih khusus (tingkat teratas) adalah menahan hati dari segala hasrat yang sia-sia dan bertahan daripada memikirkan perkara-perkara yang bersifat duniawi semata-mata. Tidak ada perkara yang difikirkan dan dihayati melainkan Allah SWT sahaja.

Kembali kepada persoalan utama tentang lawatan ke Facebook yang sebenarnya boleh juga digunakan dalam mencari rumusan tentang sebarang aktiviti di internet dalam bulan Ramadan. Setelah difahami tentang ketiga-tiga tingkatan puasa, atau tiga jenis kualiti puasa, maka di sinilah kita akan hubung kaitkan dengan aktiviti  “berziarah” dan “bertandang” ke laman-laman sosial di internet--tentang implikasinya terhadap puasa  yang sedang dilaksanakan.

Sebenarnya, jika lawatan kita ke internet itu menyebabkan kita melihat perkara-perkara yang ditegah, tentunya ia akan mengurangkan bahkan barangkali melupuskan pahala puasa, bahkan, kita mungkin akan mendapat dosa sekiranya mata kita melihat atau melayari perkara-perkara maksiat.

Selagi apa yang wujud dalam internet itu tidak menyebabkan puasa kita terbatal, maka puasa kita tetap sah tetapi ia sesuatu yang tidak menguntungkan kita, sedangkan sebagai umat Islam kita amat disarankan untuk mengumpulkan pahala sebanyak mungkin ketika dalam bulan Ramadan.

Pada saya, Facebook ialah perkampungan maya, setiap pemilik akaun merupakan tuan rumah dan friends adalah jiran-tetangga. Dalam perkampungan maya ini, terdapat “kedai”, “tempat hiburan”, “berita atau maklumat terkini”, “bank resepi” dan pelbagai bentuk informasi. Kita bebas menyapa jiran-tetangga, begitu juga sebaliknya.

Seperti dalam kehidupan realiti, kita juga bebas untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling. Persoalannya, apakah bahan yang dijadikan sebagai bahan bualan? Apakah bahan-bahan yang boleh meningkatkan kualiti iman atau, sebaliknya adakah kita berbual tentang hal yang sia-sia?

Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga Muslim, Rasulullah SAW memberi amaran kepada umat Baginda yang sedang menjalani ibadah puasa dengan mengatakan bahawa terdapat lima cara pahala puasa musnah sama sekali iaitu dengan berbohong, mengumpat, mengadu domba, bersumpah palsu dan melihat sesuatu dengan hawa nafsu.

Tentu kita tidak menafikan bahawa semua aktiviti yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah SAW ini boleh berlaku dalam Facebook dan yang seangkatan dengannya.

Facebook merupakan medium semata-mata, tetapi manusialah yang akan menjadikan ia sebagai sesuatu yang boleh memangkinkan pahala ataupun sebaliknya. Telah pun dinyatakan sebelum ini bahawa Facebook ibarat sebuah kampung dalam bentuk maya.

Jika kita seorang yang cintakan agama, tentunya kita akan mencintai puasa kita dan seterusnya kitalah yang akan menjadikan suasana akaun Facebook yang dimiliki sebagai suasana yang memelihara pahala puasa. Bukankah kita boleh mewujudkan sebuah perkampungan yang mesra Ramadan?

Pilihlah jiran-tetangga yang akan mempunyai jiwa yang mencintai Islam, tentunya kita tidak akan gundah dengan pahala puasa kita. Ini kerana, status-status yang akan kita baca di halaman rumah kita hanya status yang baik-baik.

Akan wujudlah perkampungan yang akan saling ingat-mengingati. Perkampungan maya yang baik akan mempengaruhi pemikiran yang baik dari semua aspek termasuklah untuk menghargai masa yang ada. Contoh yang mudah adalah, pada setiap hari Jumaat akan ada pemilik akaun yang mengemas kini statusnya dengan menyatakan kebaikan membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Status sebegini sebenarnya mampu memberi pengaruh kepada friends dan menarik friends untuk membaca al-Quran.

Ujar Rasulullah SAW, “Perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual wangian. Ada kalanya engkau diberinya atau membeli daripadanya atau beroleh bau wanginya. Dan, perumpamaan sahabat yang jahat ibarat peniup tukang besi, ada kalanya engkau terbakar dengan percikan apinya atau terkena bau busuknya” (Hadis riwayat Bukhari).

Maka, untuk merumuskan apakah hukumnya melawat Facebook semasa Ramadan, hukumnya ada pada diri kita.Tepuk dada, tanyalah iman.



Rabu, 14 Mei 2014

Al-fatihah ~ Takziah BFF


Terlebih dahulu aku nak sedekahkan al-fatihah kepada ibu kawan baik aku, Najmi Binti Alias (tengah) di atas pemergiannya ke rahmatullah 14hb Mei 2014. Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya. 
Aku harap Najmi tabah dan bersabar di atas pemergian orang tersayang. 
Amin.